Followers

Sunday, December 30, 2007

Multaqa Ulama Muda

Program Multaqa Ulama' Muda anjuran Nadwah Ilmuwan Muslim (NAIM) yang julung-julung kali diadakan telah berjaya menghimpunkan para ustaz dan para peserta yang agak ramai. Program ini telah dilangsungkan semalam iaitu pada 29 Disember 2007 bertempat di Darul Fuqaha', Sungai Merab, Kajang, Selangor. Para pembentang yang terlibat dalam multaqa ini ialah Dr. Zulkifli al-Bakri,Ustaz Zahazan, Ustaz Zamerey, Ustaz Zaharuddin dan Ustaz Adlan. Pembentangan pertama dimulakan oleh Ustaz Zahazan Mohamed (Pensyarah Jabatan Bahasa al-Quran, UIA) yang membincangkan tajuk:Tafsir antara pembaharuan dan tradisi. Kemudian, pembentangan seterusnya menumpukan aspek muamalat iaitu yang bertajuk Konsep Takaful Dalam Muamalat Islam yang dibentangkan oleh Ustaz Zamerey Abd Razak (Penolong Naib Presiden Pematuhan Syariah Takaful Ikhlas). Seterusnya, perbincangan juga tertumpu pada aspek muamalat yang dibentangkan oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (Pensyarah Ekonomi, UIA ) yang bertajuk : Kontrak Di Bank Islam & Isu Berbangkit. Sesi seterusnya dibentangkan oleh Ust Adlan Abd Aziz (Panel Hadis al-Ahkam.net) dengan tajuk : Penggunaan Hadis Dha`if dalam Kajian Fiqh. Sesi terakhir menampilkan Ust Dr Zulkifli Muhammad al-Bakri (Pensyarah Kanan USIM, juga merupakan ahli majlis fatwa Negeri Sembilan dan Terengganu) yang membicarakan tajuk Aplikasi Fiqh Pada Masa Kini. Program ilmiah seumpama ini akan diadakan dari semasa ke semasa dan amat diharapkan pada masa-masa hadapan dapat menarik lebih ramai para ustaz dan ustazah di samping peserta-peserta yang lain untuk menghadirinya agar sama-sama dapat berbincang sesuatu yang dapat memberikan manfaat ke arah perkembangan dakwah di Malaysia.

No comments:

Post a Comment