Sorotan Penguasaan
Oleh
Mohd Sukki Othman
( محمد شوقي عثمان )
Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat 1 bermaksud: “ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda ( Kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.
Masjid al-Aqsa dan sekitarnya termasuk tanah, air, udara, batu, tanaman dan buah-buahan mempunyai keberkatan sebagaimana yang telah dinaskan oleh al-Quran. Oleh itu, bumi Palestin boleh dianggap sebagai muka bumi Islam yang suci ekoran Masjid al-Aqsa yang terdapat padanya. Masjid al-Aqsa adalah sebuah tempat yang telah disinggahi oleh nabi ketika berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj, di samping ia merupakan kiblat yang pertama bagi umat Islam.
Menunaikan solat di Masjid al-Aqsa mempunyai ganjaran
Pembukaan Baitul Maqdis telah dilaksanakan dengan jayanya oleh Khalifah Umar al-Khattab (r.a) pada tahun keenam hijrah. Oleh itu, Palestin telah menjadi sebahagian daripada dunia Islam. Penduduk-penduduknya telah memeluk Islam dengan sukarela. Seterusnya ramai daripada para Sahabat dan Tabiin telah tinggal di Palestin dan mereka telah menjadikan Palestin sebagai pusat perkembangan tamadun Islam. Justeru, Palestin telah berkembang pesat dengan pembinaan sekolah, masjid, hospital, pasar dan sebagainya. Palestin telah menjadi tumpuan para ulama’ dari segenap ceruk rantau sehinggalah al-Quds menjadi terkenal sebagai pusat ilmu dan ulama’.
Bumi Baitul Maqdis ini terus dipelihara oleh pemerintah Islam manakala ulama’ pula mengambil inisiatif untuk terus mengekalkan peradaban Islamnya. Mereka sangat mengambil berat dengan bumi suci ini lebih daripada penjagaan terhadap diri mereka sendiri. Sultan Abdul Hamid telah membuat kenyataan dengan katanya: “Sesungguhnya setiap inci bumi Palestin telah diperolehi dengan pengorbanan darah datuk-nenek kita, oleh itu kita tidak boleh mempersia-siakan walau seinci dari bumi ini...” dan katanya lagi: “Kita tidak sekali-kali akan membenarkan Palestin yang telah dibuka dengan darah datuk-nenek kita menjadi Negara Yahudi...”.
Justeru, Sultan Abdul Hamid telah berusaha dengan sedaya upaya untuk menjaga dan memelihara Baitul Maqdis daripada ketamakan Yahudi. Sultan Abdul Hamid bertindak dengan mengeluarkan arahan supaya melarang golongan Yahudi membina penempatan mereka di Palestin. Dalam usaha memelihara Palestin daripada dicerobohi, baginda telah memisahkan Baitul Maqdis daripada pentadbiran
Dari detik itu, bermulalah usaha untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniah. Musuh-musuh Islam berusaha untuk menempatkan Yahudi di Palestin agar Khilafah Uthmaniah dapat ditewaskan dengan mudah. Manakala orang-orang Inggeris yang diketuai oleh
Apabila tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, Inggeris dan Yahudi telah bersekongkol menentang Khilafah Uthmaniah. Kesan daripada peperangan ini ialah tewasnya Daulah Uthmaniah. Dengan kekalahan itu, Palestin telah menjadi milik
Semenjak daripada peristiwa itu, rakyat Palestin telah berusaha sedaya upaya untuk tidak berundur dari bumi Palestin. Mereka telah melancarkan serangan jihad terhadap Yahudi. Namun mereka telah ditewaskan, sebaliknya Yahudi telah mengisytiharkan Palestin sebagai negara mereka. Yahudi juga telah membahagikan Palestin kepada tiga bahagian: bahagian terbesar dari bumi Palestin menjadi hak milik negara Yahudi, Semenanjung Barat diserahkan kepada
Pada tahun 1967, Yahudi telah bertindak untuk menguasai kawasan-kawasan Palestin yang belum dikuasai oleh mereka. Dalam usaha ini, Yahudi telah menggunakan kekuatan tenteranya. Namun rakyat Islam Palestin tidak berdiam diri, malahan mereka berjuang habis-habisan dan berjihad menentang Yahudi. Rakyat Islam Palestin telah melancarkan ‘intifadah’ untuk menentang Yahudi pada tanggal 8 Disember 1987. Pengorbanan dan perjuangan rakyat Palestin ini membuahkan hasil apabila dapat mengkucar-kacirkan tentera Yahudi di samping dapat memusnahkan kereta-kereta kebal, kereta-kereta perisai dan sebagainya yang menjadi milik Yahudi.
Pada waktu gerakan ‘intifadah’ ini memuncak yang merisaukan Yahudi, maka terdengarlah suara-suara daripada luar yang meminta agar dimeterai perjanjian damai dengan Yahudi ini. Suara-suara itu meminta agar diadakan perdamaian dengan pengunduran puak Yahudi sedikit demi sedikit dari bumi suci umat Islam itu.
Maka dari sinilah, datangnya fatwa dari ulama-ulama Islam yang menghalang pengunduran umat Islam dari mana-mana bahagian dari bumi Palestin. Ini adalah kerana tanah Palestin melibatkan aqidah dan agama umat Islam yang tidak seharusnya sesiapapun mengabaikan bumi suci yang telah dibuka oleh orang Islam terdahulu dengan darah-darah mereka ini, dan yang terus memeliharanya sejak sekian lama.
Tambah memilukan lagi apabila keputusan Kongres Amerika bernombor (106) menyatakan bahawa bandar al-Quds sepatutnya menjadi ibu negara Israel untuk selama-lamanya. Dunia Islam dikejutkan dengan keputusan Kongres Amerika yang telah mengisytiharkan al-Quds sebagai milik Israel itu. Lalu, Majlis Fatwa Kerajaan Jordan menolak sekeras-kerasnya keputusan ini yang bercanggah dengan hak asasi manusia.
Sesungguhnya keputusan Kongres Amerika itu telah menggambarkan permusuhan mereka yang nyata dengan aqidah setiap umat Islam di atas muka bumi ini. Amerika Syarikat dan Israel juga telah bersatu untuk mengembangkan kezaliman dan permusuhan mereka terhadap bumi Palestin. Umat Islam perlu sedar bahawa sebenarnya merekalah yang bertanggungjawab terhadap al-Quds, untuk memeliharanya dengan baik di atas nilai-nilai keadilan, kasih-sayang, hormat-menghormati di antara agama dan sebagainya.
al-Quds adalah merupakan salah satu juzuk daripada aqidah umat Islam yang perlu dipelihara sebagaimana memelihara agama itu sendiri. Ini adalah berlandaskan perkara-perkara berikut:
1. Terdapat ikatan yang kukuh di antara al-Quds dan Masjid al-Aqsa dengan aqidah umat Islam. Ini adalah kerana ia merupakan bumi yang telah dipilih oleh Allah sebagai tempat berlakunya peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
2. Ia juga merupakan kiblat pertama umat Islam. Umat Islam menghadapkan wajah mereka ke Baitul Maqdis semasa mengerjakan solat, iaitu ketika mereka berada di Makkah sebelum peristiwa hijrah, dan selama lapan belas bulan ketika berada di Madinah al-Munawwarah.
3. Masjid al-Aqsa merupakan masjid yang telah disabdakan oleh Rasulullah agar umat Islam berusaha untuk mendekatinya.
4. Rasulullah (s.a.w) juga telah menerangkan dan memberitahu mengenai kelebihan dan fadhilat tinggal di Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya. Sabda nabi (saw) yang bermaksud: “Akan berterusan segolongan dari umatku yang memperjuangkan kebenaran, dan mereka tidak dapat ditewaskan oleh musuh-musuh mereka hinggalah berlakunya Kiamat”. Sahabat bertanya: “Dimanakah mereka tinggal?”. Jawab Nabi: “Mereka tinggal di Baitul Maqdis dan kawasan-kawasan sekitarnya”.
No comments:
Post a Comment