Friday, October 31, 2008

Perkara Luar Biasa


Allah telah menganugerahkan kepada manusia khusus dan awam 8 perkara luar biasa yang boleh berlaku ke atas manusia. Perkara luar biasa itu bolehlah dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu, 4 perkara yang di puji dan 4 perkara yang di keji dan menyalahi ajaran Islam. Ramai daripada kalangan orang Islam sendiri yang terkeliru tentang konsep dan perbezaan perkara-perkara tersebut, kadang-kala masyarakat tidak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana mesti dijauhi.
Empat Perkara Yang Terpuji

1. Irhas.
Irhas ialah perkara luar biasa yang di anugerahkan oleh Allah kepada Nabi-Nabi dan rasul-rasul semasa baginda masih kecil. Contohnya seperti Nabi Isa boleh bercakap semasa baginda masih dalam buaian.

2. Mukjizat.
Mukjizat ialah suatu perkara luar biasa yang dikurniakan oleh Allah hanya kepada Nabi-Nabi dan rasulnya sahaja bagi melancarkan usaha rasul-rasul tersebut menyampaikan dakwah dan risalah Allah. Contohnya seperti Mukjizat Nabi Sulaiman yang boleh memahami bahasa semua binatang, mukjizat al-Quran dan Isra’ Mikraj yang berlaku kepada nabi Muhammad saw.

3. Karamah.
Karamah ialah suatu perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang mukmin yang berakhlak rasul dan benar-benar berpegang dengan ajaran Islam zahir dan batin. Mereka ini adalah merupakan orang yang alim dan sentiasa beramal soleh. Mereka mahir sekurang-kurangnya tentang ilmu fardhu Ain, Usuluddin, Fekah dan tasauf serta mereka sentiasa beramal dengannya pada setiap masa dan kelakuan. Ikatan diri mereka sentiasa dengan Allah tanpa dapat dipengaruhi oleh alam sekeliling.

4. Maunah.
Maunah ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang mukmin awam yang soleh, yang apabila di timpa sesuatu musibah atau hal ke atas dirinya, mereka terus melipat gandakan pergantungan dan keimanan kepada Allah serta memantapkanya melalui berbagai-bagai wirid, dan doa serta amalan-amalan sunat yang lain.

Empat Perkara Yang Di Keji

Perkara luar biasa yang di keji oleh Allah ialah perkara luar biasa yang berlaku ke atas orang biasa melalui pertolongan selain daripada Allah. Contohnya melalui pertolongan khadam-khadam yang terdiri daripada Jin dan Syaitan dan sebagainya. Perkara luar biasa jenis ini mestilah di jauhi oleh setiap orang Islam kerana ianya sesat dan menyesatkan.

1. Istidraj
Istidraj ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada mereka yang berpura-pura beramal dengan amalan soleh, walaupun diri mereka mahir dengan fardhu ain, Usuluddin, fekah dan tasauf. Mereka berbangga dengan perkara luar biasa yang berlaku ke atas diri mereka sedangkan mereka mengetahui punca sebenar datangnya perkara luar biasa tersebut. Lazimnya golongan ini terikat dengan perjanjian serta mewujudkan pantang-larang yang selari dengan hukum syarak. Ini kerana khadam-khadam mereka adalah terdiri daripada golongan Jin sama ada Jin Islam atau terdiri daripada Jin yang kafir. Setiap amalan wirid, jampi dan doa itu ada penjaganya (Khadam). Orang yang beramal dengan kaedah ini kebiasaannya mempunyai suatu perasaan tidak baik yang telah tersemat dalam diri mereka. Antara matlamat mereka ialah :-
- Ingin di puja.
- Ingin dikunjungi oleh orang ramai
- Cinta kepada pangkat dan kebesaran
- Ingin mendapatkan harta dan kuasa

Mereka sebenarnya mengetahui dari mana datangnya zahir perkara luar biasa pada perkataan, perbuatan dan qasad hati, tetapi mereka enggan meninggalkan amalan tersebut kerana mereka ingin menjadi jaguh dalam bidang perubatan dengan mengadakan beberapa keajaiban dari berbagai-bagai jenis ubatan, kaedah perubatan dan sebagainya. Kadang-kadang melalui langkah mempertahankan diri. Mereka juga terjebak dalam permainan tunjuk kuat kebatinan supaya mereka di anggap orang yang paling makbul doanya atau paling keramat. Dia juga inginkan supaya di kunjungi, di puja dan di hormati sebagai seorang Ahlillah secara mutlak, sedangkan dalam masa yag sama dia akan terasa hina dan hilang kewibawaan jika tiada pada dirinya perkara yang luar biasa.


2. Sihir.
Sihir ialah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-rang Islam yang durhaka (‘asi ) yang tidak faham aqidah, syariat dan ubudiah serta tidak beramal dengannya dan orang-orang yang fasik. Sihir juga diberikan oleh Allah kepada pendita-pendita bukan Islam samada Yahudi, Buddha, Nasrani, Majusi dan yang seumpama dengannya. Sihir ini terjadi melalui pertolongan daripada rohani Jin Islam yang fasik dan Jin-Jin yang kafir melalui perjanjian tertentu. Kebiasaannya golongan ini terikat dengan perjanjian dan mengadakan jamuan yang harus dan haram di sisi Syarak. Mereka mendapat perkara yang luar biasa ini adalah melalui pertolongan kumpulan Jin Islam yang fasik dan daripada Jin yang kafir. Golongan orang Islam yang mendapat perkara luar biasa melalui kaedah ini selalunya sentiasa bergelumang dengan kejahatan dalam semua hal. Golongan ini sebenarnya melakukan syirik kepada Allah dengan jelas dan nyata.


3. Silap Mata.
Silap Mata adalah perkara luar biasa yang Allah kurniakan kepada orang-orang Islam yang fasik dan juga kepada orang-orang kafir, melalui pertolongan daripada Jin kafir. Oleh itu mereka juga terikat dengan perjanjian dan membuat perkara-perkara yang diharamkan oleh hukum syarak. (KECUALI silap mata yang tiada kaitan dengan pertolongan jin iaitu ‘trick’ semata-mata)

4. Sya’wazah.
Sya’wazah ialah perkara yang di kurniakan oleh Allah, yang berlawanan sama sekali daripada kehendak asal. Kebiasaannya perkara ini Allah berikan kepada golongan yang angkuh daripada orang-orang kafir. Misalnya apabila mereka meminta sesuatu yang baik, tetapi Allah kurniakan dengan sesuatu kejahatan yang berlipat ganda.

Wednesday, October 29, 2008

Memahami Budaya Masyarakat Arab


Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Memahami budaya masyarakat Arab akan memudahkan pembelajaran bahasa Arab. Di sini, diberikan beberapa contoh bagi menggambarkan pengaruh budaya amat penting dalam pembelajaran bahasa Arab iaitu:

1. Penggunaan isyarat dalam menyampaikan sesuatu maksud adalah berbeza mengikut budaya masyarakat. Dalam masyarakat Melayu 'menggeleng kepala ' dari kiri ke kanan dan kanan ke kiri itu menunjukkan kepada maksud 'tidak mahu'. Akan tetapi dalam masyarakat Arab, sekiranya dibuat demikian, mereka tidak akan memahaminya, kerana kebiasaan dalam masyarakat mereka, bagi menunjukkan maksud 'tidak mahu' , mereka menggunakan isyarat bunyi pada lidah dan diikuti mendongak kepala sedikit ke atas. Justeru, tanpa memahami budaya mereka, kita tidak akan mengetahui maksud yang hendak disampaikan oleh mereka.

2. Ucapan terima kasih yang dituturkan sebagai suatu ucapan penghargaan terhadap sesuatu pertolongan yang diterima. Biasanya sekiranya seseorang pelajar itu tidak memahami budaya masyarakat Arab dengan baik, mereka hanyalah akan mengucapkan perkataan 'syukran' bagi menandakan ucapan terima kasih. Namun, dalam masyarakat Arab itu sendiri, mereka sering menggunakan perkataan lain bagi menunjukkan tanda terima kasih iaitu 'barakallahu fik'.

Perkataan ini bukan sahaja menunjukkan ucapan terima kasih, bahkan penuturnya itu dalam masa yang sama mendoakan agar Allah memberkati rakannya. Selain daripada itu, perkataan yang biasanya digunakan dalam mengungkapkan ucapan terima kasih ialah 'jazakallahu khairan kathira' yang bermaksud 'moga Allah mengurniakan kebaikan yang banyak kepadamu'.

3. Kebiasaannya dalam masyarakat Arab, apabila mereka meletakkan tangan kanan di atas kepala sambil berkata 'ala raksi', ini menunjukkan bahawa mereka bersedia memberikan apa jua pertolongan yang diminta. Namun sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya mereka, maka sudah tentu mereka akan tercengang kehairanan kerana perkataan 'ala raksi' itu bermaksud 'atas kepala saya'.

4. Sesetengah budaya dalam masyarakat Arab (seperti masyarakat Arab Jordan) ketika hendak turun daripada teksi atau untuk meminta untuk diturunkan, perkataan hormat yang digunakan ialah 'allah yu'tika 'al'afiah' yang bermaksud 'moga Allah memberikan afiat padamu'. Apabila disebut sahaja perkataan ini, pemandu teksi sudah mengetahui tujuan penumpangnya iaitu meminta diturunkan di tempat itu. Justeru, tanpa mengetahui budaya mereka, agak sukar untuk difahami maksud daripada ucapan yang dipertuturkan oleh mereka.

5. Mengungkapkan pertanyaan 'apa khabar' atau dalam bahasa Arabnya 'kaifa ha luk' berkali-kali dalam satu pertemuan adalah perkara biasa dan ia merupakan tanda mengambil berat. Sekiranya seseorang itu tidak memahami budaya Arab, nescaya mereka akan memberikan tanggapan negatif kerana pertanyaan 'apa khabar' biasanya diungkapkan pada permulaan pertemuan sahaja, bukannya diungkapkan berkali-kali dalam satu pertemuan.

6. Memberikan minuman kopi setelah dihidang makanan yang lain adalah menunjukkan waktu untuk pulang. Budaya dalam masyarakat Arab ialah mereka akan memberikan minuman kopi yang sedikit dan pahit sebagai menu terakhir kepada tetamu yang berkunjung ke rumah mereka. Walaupun tuan rumah tidak mengungkapkan sebarang kata atau permintaan supaya tetamu pulang, akan tetapi dapatlah difahami melalui budaya mereka bahawa apabila kopi dihidangkan, ini bermakna sesuailah bagi tetamu untuk pulang ke rumah mereka kerana tiada lagi hidangan lain yang akan diberikan kepada mereka.

Tuesday, October 28, 2008

Antara Jin, Ifrit dan Syaitan serta Iblis


Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin ialah sejenis makhluk Allah yang tersembunyi dan tidak dapat dilihat oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang usianya. Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.

Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat. Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
"Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan tersesat, saya akan menghalang mereka dari jalan Mu yang lurus. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari depan dan dari belakang mereka, dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka bersyukur ( taat )."

Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.

Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan dengan manusia sehingga ke hari kiamat. Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
  • Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.

  • Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.

  • Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan dan nawaitu

Bersahabat dengan Jin.

Ramai di kalangan orang Melayu yang bersahabat dan menjadikan Jin sebagai pembantu dan Khadam mereka dalam membantu mereka melaksanakan tugas-tugas yang tertentu. Contohnya seperti Tok Bomoh, Tok Pawang, Tok Dukun, Tok Mudim, Mak Bidan, Mak Andam, Tukang Urut, Panglima, Hulubalang, Tok Guru latihan pertahanan diri dan sebagainya. Walaupun begitu tidak semua golongan di atas yang menggunakan Jin dalam kerja-kerja harian mereka. Tidak dinafikan terdapat juga golongan tersebut yang benar-benar mempunyai kemahiran semulajadi tanpa pertolongan dari Jin.

Menurut Sheikh Abdul Wahhab Asy-Sya’rani dalam kitabnya Yawaqitu Wal Jawahir, bahawa bersahabat dan berkawan dengan Jin itu sangat keji. Katanya lagi "Barang siapa memilih dan melebihkan bersahabat dengan Jin daripada berkawan dengan ulama, maka orang itu sangat jahil. Kerana yang lebih biasa bagi Jin itu adalah perbuatannya dan perkataannya berlebih-lebihan dan dusta jua seperti kelakuan manusia yang fasik. Maka orang yang berakal lari ia daripada bersahabat dan berkawan dengan Jin, seperti larinya daripada bersahabat dan berkawan dengan manusia yang fasik." Tambahnya lagi : " Tidak sekali-kali aku melihat seseorang yang berkawan dengan Jin itu beroleh kebajikan kerana asal kejadian Jin itu adalah daripada api dan api itu sangat banyak geraknya. Dengan banyak gerak itu datanglah berlebih-lebihan perbuatan dan perkataan orang itu.
Syeikh Muhyuddin Arabi dalam kitabnya Futuhat pula menjelaskan : " Adalah orang yang berkawan ( bersahabat ) dengan Jin itu tidak beroleh ilmu kerana Allah. Kerana Jin itu sangat jahil akan Allah dan sifat-sifatNya. Kadang-kadang orang yang bersahabat denagan Jin itu menyangka semua perkara yang dikhabarkan dan di beritahu oleh Jin itu adalah daripada perkara yang berlaku di dalam alam itu adalah Karamah daripada Allah Taala. Sebenarnya sangkaan mereka tersebut adalah tidak benar sama sekali. Kerana segala pemberian Jin kepada manusia tentang khasiat tumbuh-tumbuhan, khasiat batu permata, akar kayu dan segala khasiat Isim dan huruf itu adalah merupakan salah satu bidang dalam ilmu Kimia semata-mata yang juga boleh di pelajari dan diketahui oleh manusia. Kata Syeikh Muhyuddin Arabi lagi : " Sesungguhnya ramai orang yang bersahabat dengan Jin akan menjadi takbur dan sombong dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Sifat takbur merupakan salah satu sifat yang paling di murkai oleh Allah dan akan dimasukkan ke dalam Neraka seperti yang telah dinyatakan oleh Allah dalam Al-Quran dan Hadis RasulNya.

Ringkasnya kita sebagai seorang Islam di tegah daripada bersahabat dan berkawan dengan para Jin samada Islam maupun Jin kafir kerana keburukannya lebih banyak jika dibandingkan dengan kebaikan yang akan kita perolehi. Jin akan sentiasa merasuk dan mendorong manusia supaya melakukan kejahatan dan maksiat tanpa kita sedari.

Friday, October 24, 2008

Berhati-Hati Dengan (E Codes) Dalam Makanan


Saya mendapat maklumat ini daripada pelajar Sains Teknologi Makanan.

Pig Fat in E Codes

E100, E110, E120, E140, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E344, E355, E366, E337, E422, E420, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904.

Emulsifiers Yang HARAM

120, 141, 160(A), 161, 252, 300, 422, 430, 431, 433, 435, 436, 441, 470, 471, 472 (A.E), 474, 475, 476, 477, 481, 482, 483, 491, 494, 542, 572.


Istilah

LARD (minyak babi) - kosher gelatin

PORK FAT (lemak babi) - animal fat

HAM (asalnya HAMBURGER) - animal shortening

BACON (hirisan nipis daging babi) - collagen (pork)

PORK INSTESTINE (perut babi) - hydrolized animal protein

قل إن كان آبائكم وأبنائكم..... أحب إليكم من الله ورسوله؟



يقول الله تعالى : " قل إن كان آباؤكم وأبناؤكم واخوانكم وأزواجكم وعشيرتكم وأموال اقترفتموها وتجارة تخشون كسادها ومساكن ترضونها أحب إليكم من الله ورسوله وجهاد في سبيله فتربصوا حتى يأتي الله بأمره والله لايهدي القوم الفاسقين "- التوبة 24
كلما اقرأ هذه الآية أشعر بالخوف والرهبة من هذا الوعيد الشديد. وأسأل نفسي هل حبي لله ورسوله وللجهاد في سبيل الله أكبر من حبي لهؤلاء الذين جاء ذكرهم في الآية : الآباء والأبناء والإخوان والزوجة والعشيرة ؟ أرد وأقول نعم إننى أحب الله ورسوله وأحب الجهاد أكبر ولكن هل هذا هو فعلاً واقع الأمر أم أنه مجرد إدعاء؟

Saturday, October 18, 2008

Ibadah Korban & Waqaf Telaga Di Kemboja 1429H/2008


Saudara-Saudara Islam kita di Kemboja hidup dalam keadaan yang amat daif dan menyedihkan. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari hakikat ini, ana bersama rakan-rakan di atas asas KEBAJIKAN mengambil inisiatif untuk menyalurkan sumbangan daripada sesiapa sahaja dalam bentuk ibadah korban / aqiqah, bantuan kepada guru-guru al-Quran dan institusi pendidikan, serta waqaf telaga di masjid-masjid dan surau-surau di Kemboja

SATU BAHAGIAN KORBAN / AQIQAH = RM 200

SUMBANGAN / DERMA UNTUK GURU-GURU QURAN DAN WAQAF TELAGA MASJID ADALAH BERGANTUNG KEPADA KEIKHLASAN ANDA. (Untuk makluman... sebuah telaga berharga RM450)

Seperti pada tahun lepas, Insya allah pada tahun ini juga ana akan pergi ke Kemboja untuk menyampaikan sendiri bantuan dan sumbangan derma serta melaksanakan ibadah korban / aqiqah di sana. Sesiapa yang berminat, boleh hubungi ana untuk tindakan yang selanjutnya. sila email ke:


Tuesday, October 14, 2008

Buku Terbitan Terbaru




Buku ini saya hasilkan bersama dengan seorang sahabat iaitu Ust Hadi Talhah. Buku ini sesuai untuk bacaan umum dan juga para pelajar yang ingin mendalami sistem perundangan Islam. Antara tajuk dan perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini ialah Falsafah Perundangan Islam, Mengapa Perlu Kepada Undang-Undang Jenayah Islam, Perbezaan di antara undang-undang jenayah Islam dan undang-undang jenayah ciptaan, Keberkesanan Undang-Undang Jenayah Islam dalam Membanteras Jenayah dan Konsep serta Pembahagian Jenayah dalam Islam. Moga buku ini dapat memberikan sedikit sumbangan ke arah memahami perundangan Islam dengan lebih jelas agar tidak timbul sikap prejudis dan 'fobia' terhadap apa jua syariat Islam. Sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini, boleh menghubungi saya di alamat email: shauqi02@yahoo.com




Mahu Di Pandang Cantik


Akhir-akhir ini budaya untuk kelihatan cantik tidak lagi tertumpu kepada wanita sahaja, malahan kaum lelaki juga telah cuba-cuba untuk lebih kelihatan cantik. Tidak hairanlah jika kita dapat melihat muka lelaki yang licin bak telur dikupas. Seperkara lagi yang lebih dibanggakan oleh mereka yang ingin kelihatan cantik ialah bertindik. Ia telah menular kepada anak muda masa kini. Jika diikutkan budaya bertindik ini hanya diamalkan oleh penganut agama Hindu.


Akan tetapi anak muda masa kini bertindik hanyalah semata-mata untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Kononnya ingin mengikut arus moden. Dalam erti kata yang lain mereka takut dikatakan ketinggalan, bak kata orang tak "up to date". Lebih mencabar lagi bertindik tidak hanya di telinga dan hidung semata-mata malahan telah menular di pusat, atas kening, lidah dan juga di bawah bibir. Mereka seolah-olah bangga dengan budaya Barat ini dan megah jika berjaya menirunya.


Kononnya ingin kelihatan "cool" dengan pemakaian subang di sana sini. Akan tetapi sebenarnya cara pemakaian subang tersebut sudah menyalahi tuntutan Islam. Contohnya, dalam budaya Barat pemakaian subang dalam kalangan lelaki adalah sebagai identiti kepada pengamal budaya homoseksual. Manakala kita di sini meniru bulat-bulat tanpa mengetahui maksudnya. Adakah kita sudah kehabisan budaya untuk diamalkan sehingga terpaksa meniru budaya Barat? Atau budaya Islam sudah tidak "up to date" dan tidak serasi dengan remaja?


Berhias untuk kelihatan cantik tidak dilarang dalam Islam. Namun bentuk perhiasan yang digunakan perlulah diambil perhatian agar ia tidak bertentangan dengan garis panduan yang ditetapkan oleh syara'. Firman Allah bermaksud: "Maka Allah sekali-kali tidak berlaku zalim kepada mereka, akan tetapi merekalah yang berlaku zalim pada diri mereka." (30:9)

Thursday, October 9, 2008

Konsep 'Rumah Terbuka'

Fenomena dalam menyambut hari raya dalam masyarakat kita akhir-akhir ini ialah dengan mengadakan ‘rumah terbuka’. Konsep rumah terbuka ini adalah sesuatu yang baik sekiranya dilaksanakan mengikut lunas-lunas dan ajaran Islam yang mulia. Namun, apabila ia dilaksanakan dengan mengabaikan tuntutan syarak, maka ia tidak lagi menjadi ibadat sebagaimana yang diharapkan.

Antara tujuan mengadakan ‘rumah terbuka’ ialah untuk menghidupkan amalan ziarah-menziarahi pada hari raya. Sebagaimana yang dimaklumi, amalan saling ziarah menziarahi pada hari raya merupakan tradisi yang disyariatkan di dalam Islam.

Namun, kadang-kala berlaku, sesetengah orang tidak akan menziarahi rakan taulannya melainkan setelah dibuat ‘rumah terbuka’. Seolahnya amalan ziarah tertakluk kepada adanya rumah terbuka. Sekiranya tiada rumah terbuka, maka amalan ziarah tidak akan dilakukan pada hari raya. Sedangkan apa yang dikehendaki oleh Islam ialah, amalan ziarah-menziarahi itu hendaklah dilakukan bagi menghubungkan ikatan silaturrahim dan hubungan yang erat dalam kalangan umat Islam walaupun dengan ketiadaan ‘rumah terbuka’.

Apa yang lebih penting ialah amalan saling ziarah- menziarahi di antara satu sama lain seperti menziarahi orang tua, saudara-mara, kaum kerabat, jiran, para guru dan sahabat-handai sebenarnya tidak terbatas dengan adanya ‘rumah terbuka’ atau pada hari raya sahaja, tetapi ia perlulah dilakukan dari semasa ke semasa demi mengukuhkan ikatan ukhuwwah dan persaudaraan sesama kita.

Puasa Enam Di Bulan Syawal


Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy (R.A.): Sesungguhnya Rasulullah (S.A.W.). bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ
أَتَبْعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر


Maksudnya: Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan Syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H.R.: Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa puasa enam hari itu boleh dilakukan secara berurutan ataupun tidak berurutan, karena ungkapan hadis itu bersifat mutlak, akan tetapi bersegera melaksanakan puasa enam hari itu adalah lebih utama. Tidak diwajibkan untuk melaksanakan puasa Syawal secara terus menerus akan tetapi hal itu adalah lebih utama. Kata Imam Khatib Syarbini dalam kitabnya, Mughni Muhtaj, puasa enam elok dilaksanakan secara berturut-turut tetapi sekiranya dilakukan secara berselang-seli juga tidak menjadi satu kesalahan.

Antara fadilat puasa enam ialah mereka yang melaksanakan puasa enam akan diberi ganjaran seperti berpuasa setahun sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis di atas. Para ulama menghuraikan rahsia di sebalik ganjaran tersebut dengan mendatangkan dalil daripada sabda Rasulullah dalam sebuah hadis yang riwayat Imam an-Nasai bermaksud: "Berpuasa pada bulan Ramadan seolah-olah berpuasa selama sepuluh bulan dan puasa enam pada bulan syawal seperti berpuasa dua bulan."


Manakala di dalam kitab Sabil al-Muhtadin pula, dinyatakan bahawa setiap amalan kebaikan manusia akan diganjari sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari pada bulan Ramadan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari pada bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia menyamai jumlah hari di dalam setahun sebanyak 360 hari.


Tambahan daripada itu, sebagai manusia yang menjadi hamba kepada Allah, alangkah baiknya seandainya amalan puasa yang diwajibkan ke atas kita pada bulan Ramadan ini kita teruskan juga pada bulan Syawal, walaupun sekadar enam hari. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak melakukan ibadat puasa semata-mata kerana terpaksa atau kewajipan semata-mata tetapi kita melakukannya kerana rasa diri kita sebagai seorang hamba yang benar-benar bersungguh-sungguh untuk taqarrub kepada Tuhannya. Semuanya bertujuan membersihkan diri dan menundukkan hawa nafsu.


Membiasakan puasa setelah berlalunya Ramadhan menandakan diterimanya puasa ramadhan, kerana apabila Allah Ta'ala menerima amal seseorang hamba, pasti dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik selepasnya. Sebahagian cerdik pandai mengatakan : Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.


Oleh kerana itu sesiapa yang dikatakan mengerjakan kebaikan adalah dilihat berdasarkan kebaikan yang ada sesudahnya. Sesiapa yang mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amalan pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yangtelah dibuat.


Antara manfaat puasa enam hari pada bulan syawal juga adalah sebagai kesinambungan amalan yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Rabbnya pada bulan Ramadhan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini. Seorang ulama salaf ditanya tentang mereka yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan ramadhan tetapi jika ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi dalam mengerjakan ibadah, beliaumenjawab: seburuk-buruk golongan adalah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan saja, padahal orang salih adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun.