Monday, November 24, 2008

Michael Jackson Memeluk Islam


Penyanyi kontroversi Amerika Syarikat, Michael Jackson memeluk Islam. Jacko yang dibesarkan sebagai penganut Kristian, dikatakan mengambil keputusan menukar agamanya ketika beliau menggunakan studio di rumah kawan rapatnya untuk merekodkan album baru. Rakannya, David Wharnsby seorang penulis lagu Kanada dan produser Philip Bubal, yang menasihatkan Jacko supaya memeluk Islam. Kedua-duanya juga sudah memeluk Islam dengan nama baru mereka Dawud Wharnsby Ali dan Idris Philips.

“Mereka mula berbincang mengenai agama dan bagaimana mereka menjadi seorang yang lebih baik dengan menukar agama. Tidak lama kemudian Michael mula menerima idea itu,” kata sumber yang dipetik oleh akhbar . Abang Michael Jackson sendiri iaitu Jermaine Jackson sudah pun memeluk Islam sejak tahun 1989. Penyanyi Britain, Yusuf Islam, 60, atau nama asalnya, Cat Stevens, mengalu-alukan Jacko sebagai saudara baru.

Jacko kini berdoa untuk ke Makkah selepas satu majlis diadakan di rumah pemain keybord Toto, Steve Porcaro, 51, di Hollywood Hills yang menyusun album Thriller penyanyi itu.

1 comment:

  1. Kuasa ALLAH swt memberi hidayah kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki. ALLAH maha pengasih lagi maha penyayang. Bersyukurlah mereka2 yg diberikan hidayat.

    ReplyDelete