Followers

Saturday, January 31, 2009

PM Turki tinggalkan sidang Davos kerana Gaza


DAVOS 30 Jan. - Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan bertindak meninggalkan sidang Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini semalam selepas terlibat dengan pertikaman lidah dengan Presiden Israel, Shimon Peres berhubung konflik di Genting Gaza.

Recep berikrar tidak akan kembali semula menyertai forum itu, yang dihadiri oleh elit politik dan perniagaan dunia.

Dalam detik-detik paling dramatik yang jarang dilihat berlaku pada forum Davos, Recep berjalan keluar meninggalkan dewan di hadapan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dan anggota panel lain dengan mendakwa, beliau telah dipaksa memendekkan kenyataannya mengenai perang itu.

“Saya tidak fikir saya akan kembali ke Davos selepas ini kerana anda tidak membenarkan saya bercakap,” kata Perdana Menteri itu sebelum beredar, meskipun beliau malam tadi menyatakan kesediaan untuk menimbangkan semula keputusannya itu.

Recep mengkritik hadirin yang terdiri daripada tokoh korporat dan politik antarabangsa kerana memberi tepukan selepas Peres dengan penuh emosi mempertahankan serangan Israel ke atas Gaza, sehingga menyebabkan lebih 1,300 rakyat Palestin terkorban.

Beliau yang mengetuai segelintir negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel menyifatkan apa yang dilakukan oleh Israel di Gaza sebagai tindakan “tidak bertamadun.”
“Saya berasa sangat sedih kerana hadirin bertepuk tangan selepas tuan (Peres) berucap kerana ramai penduduk (Palestin) telah terbunuh,” katanya kepada Peres sebelum dicelah oleh pengerusi sesi iaitu wartawan Washington Post, David Ignatius.

“Kita tidak boleh memulakan perbahasan semula kerana kita kesuntukan masa,” kata Ignatius kepada Perdana Menteri Turki itu.

Peres sebelum itu mendakwa Israel terpaksa melancarkan serangan ke atas Hamas kerana ribuan roket dan mortar telah dilancarkan ke wilayah Israel.

Sambil meninggi suara dan menuding jari ke arah Recep, beliau berkata, Turki sudah tentu bertindak sama jika roket dilancarkan ke Istanbul.

Ki-moon, Recep, Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Mussa dan Peres duduk dalam satu barisan untuk menyertai perbahasan itu dan kesemua mereka membuat kenyataan panjang lebar mengulas mengenai konflik tersebut. - AFP

Thursday, January 29, 2009

Noora dapat kekuatan daripada azan

JULIANNE (Noora) Scasny dilahirkan di Amerika Syarikat. Ibunya berdarah Arab dari Syria dan beragama Kristian manakala bapanya berketurunan kulit putih Eropah, juga beragama Kristian. Sewaktu berusia 15 tahun, Julianne sudah menyimpan cita-cita untuk menjadi biarawati di gereja Roman Katolik.

Bagaimanapun, di dalam kelas mata pelajaran Sejarah Dunia, bab sejarah Asia Barat memang antara tajuk yang paling beliau minati terutamanya bila ia menyentuh soal agama Islam.

Kebetulan, seorang pelajar lelaki dari Mesir yang juga merupakan teman sekelasnya sentiasa membetulkan tanggapan salah guru kelas tersebut terhadap Islam. Pada saat itu, Julianne agak terkejut dengan situasi pelik itu kerana kebiasaannya guru yang membetulkan atau menegur anak murid.

Semenjak insiden itu, dia memberanikan diri bertanya kepada pelajar lelaki tersebut mempersoalkan kepadanya perbezaan antara Kristian dengan Islam? Ringkas jawapan budak Mesir itu: ''Tidak banyak."

Jawapan temannya itu menimbulkan rasa tidak puas hati dan Julianne terus mencari maklumat tentang Islam menerusi komputer di sekolah. Pun begitu, teman baru dari Mesir itu telah memperkenalkan Julianne dengan kedua ibu bapanya.

Sekali lagi, Julianne mengambil peluang dengan meminta agar dipinjamkan senaskhah al-Quran dalam bahasa Inggeris. Alhamdulillah, permintaannya itu tidak dipandang remeh keluarga Mesir itu, mereka menghadiahkan Julianne al-Quran terjemahan bahasa Inggeris karangan Yusuf Ali.

Pemberian ikhlas itu sememangnya bagai pucuk dicita, ulam mendatang buat Julianne sehinggakan beliau tidak dapat melepaskannya walau sesaatpun. Baginya, kepuasan membaca kitab Injil tidak seperti membaca al-Quran. Apa yang diterangkan di dalam kitab suci al-Quran begitu telus dan sesuai dengan firah manusia serta ia menjawab pelbagai persoalan yang wujud sebelum ini. Akhirnya, Julianne mengakui kebenaran Islam sungguhpun sekadar di dalam hati.

Bagaimanapun, minat mendalamnya tentang Islam dapat dihidu oleh kedua-dua ibu bapa Julianne. Sebagai langkah drastik, mereka melarangnya bergaul atau bersahabat dengan masyarakat Islam di situ. Ibunya pula sanggup bertemu dengan wanita yang memberikan senaskhah al-Quran terjemahan, lantas memberi amaran agat fia tidak lagi menerangkan apa-apa tentang Islam kerana didakwa akan menimbulkan kekeliruan Julianne.

Cerita Julianne, dia masih ingat bagaimana sambutan pertama Hari Raya Aidilfitri bersama komuniti Muslim di tempatnya. "Saya terrpaksa memberitahu keluarga yang saya terpaksa bekerja lebih masa sedangkan pada hakikatnya, saya mahu bersama-sama orang Islam lain mendirikan solat sunat Aidilfitri," kata Julianne dalam pengakuannya di laman web Islam Online.net. Walau bagaimanapun, rahsianya terbongkar juga.

Pertama kali bepeluang menumpang seorang teman Muslim dari Pakistan ke sebuah masjid berdekatan, merupakan pengalaman penuh bermakna bukan kerana dibantu teman tersebut tetapi kesyahduan apabila melihat umat Islam bersolat berjemaah.

Ayahnya pula pernah menunjukkan protesnya dengan bertemu ibu kepada teman Muslimnya lantas bersuara dengan nada kasar agar dia tidak meminjamkan lagi buku-buku tentang Islam kepada Julianne. Wanita Islam itu bersetuju dengan bersyarat. Tegasnya, Jika Julianne berada di rumahnya, Julianne bebas membaca apa sahaja bahan bacaan yang ada di rumahnya itu.

Menyedari usaha mereka (ibu bapa) itu tidak berhasil, mereka telah membawa saya berjumpa dengan seorang paderi Katolik di gereja kejiranan kami. Malah semenjak itu, ayahnya kerap menyelongkar biliknya dan membuang apa sahaja yang berkaitan Islam seperti; kitab terjemahan al-Quran, telekung dan kitab-kitab Islam yang lain.

Hakikatanya, akui Julianne kehidupannya cukup tertekan, apatah lagi ada kalanya dia dikurung supaya tidak bertemu komuniti Muslim. Semua yang dilakukan itu atas alasan, selagi mana Julianne tinggal sebumbung dengan mereka, selagi itulah dia mesti mengikut peraturan keluarga itu serta pergi ke gereja serta menjadi seorang Katolik. Semua itu tidak ada kompromi.

Julianne bingung dan pernah meminta nasihat daripada keluarga Muslimnya. Mereka sekadar menasihatkannya agar menurut kata keluarga. Akhirnya, Julianne akur dan bertahan selama kira-kira empat tahun sahaja.

Titik perubahan berlaku sebaik Julianne menghubungi semula wanita dari Mesir yang sebelum ini bertanggungjawab memberikannya senaskhah al-Quran dengan menanyakan berita pembinaan sebuah masjid baru di kejiranan mereka.

Dia menyuruh Julianne menyaksikannya sendiri. Pelawaannya itu menguja perasaan Julianne. Ironinya, masjid yang bakal dibina itu dahulunya sebuah kelab malam yang menjadi kunjungan golongan remaja di situ. Malah, seingat Julianne, di situ jugalah lokasi kakaknya ditahan kerana minum sehingga mabuk.

Apa yang berlaku itu sesungguhnya sesuatu yang tidak dijangka dan kehadiran Julianne pada makan malam itu mengembalikan semula perasaan dan semangatnya terhadap ruh Islam.
Ditambah pula kuasa di sebalik laungan azan, yang begitu menyentap dan menimbulkan keberanian daripada titisan air mata keinsafannya.

Julianne tidak memandang ke belakang malah bertekad teguh dengan keputusan muktamadnya bergelar Muslimah sejati, waima mendapat tentangan hebat daripada ibu bapa.

Alhamdulillah pada Ramadan Julianne sah bergelar Muslim dan mengambil keputusan memakai hijab.

Berita pengislaman Julianne itu, pastinya bukan sesuatu yang dinanti-nantikan ahli keluarganya malah mereka mebambahkan lagi tekananke atasnya. Sehingga kini, ibu bapa masih tidak putus asa menyuruhnya menanggalkan tudung serta mengenakan pakaian yang mengikut trend remaja terkini.

Ada ketikanya ibu sanggup membohonginya dengan menyediakan makanan yang menggunakan bahan-bahan yang haram, datuk dan nenek pula sentiasa mengherdiknya dengan sumpahan agar dia dimasukkan ke neraka manakala bapa pula sengaja membawa anjing ke tempat dia mendirikan solat.

Alasan bapa, itu rumahnya dan dia bebas melakukan apa sahaja. Sebagai anak dan masih tinggal dengan keluarga, Julianne tiada hak bersuara.

Kesedihan Julianne sentiasa diluahkan kepada Ilahi dan alhamdulillah doanya diperkenankan apabila beliau dipertemukan jodoh pada usia 21 tahun dan setahun kemudian menimang cahaya mata pertama.

Meskipun setelah berkeluarga, kehidupan rumah tangga Julianne tidak pernah lekang daripada campur tangan keluarga kandungnya. Pun begitu, Julianne tidak pernah putus asa berdakwah kepada mereka dan berdoa agar suatu hari kelak mereka juga akan menerima hidayah Allah SWT.

Sehingga sekarang, Julianne atau nama Islamny Noora akui masih ada segelintir manusia sukar menyelami perasaan mereka (saudara baru) yang bersendirian di dalam Islam. Namun, kesedihan dan kekecewaan itu terubah bila menyedari bahawa dia sebenarnya memiliki sebuah keluarga yang lebih besar iaitu keluarga sesama Islam.

Wednesday, January 28, 2009

Mengenang Tokoh: As Syahid Sheikh Ahmad Yassin

January 28, 2009

Mengenang Sheikh Ahmad Yassin1938- 2004

Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampong bernama al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya.

Keadaannya yang lumpuh itu tidak mengahalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dahsyat lagi beliau telah dihantar pulang ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan islam dan dakwah islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di mesjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama "Mujamma al-Islam?".

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai "al-Mujahidun al-Filastiniyun" pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan "Kataib Syuyukh" yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak mengahalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa.

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan kepada kondisi Negara-Negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid al-Aqsa, begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rejim Zionis, Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan islam yang dikenali sebagai HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang muda yang dikenali dengan nama "Atfal Hijarah" (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai "Intifadah". Kesan dari "Intifadah" ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS.

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18/5/1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan HAMAS yang lain telah dipenajarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera- tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 / 10 / 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masaalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan pada abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan..

Pada 13/12/1992 kumpulan komando HAMAS yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa tawanan HAMAS lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walaubagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan dengan harapan untuk membebaskannya. Percubaan mereka gagal, tentera Zionis yang ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik HAMAS, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat PAlestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap- tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelabagi usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang Bandar- Bandar, membunuh orang awam, membina tembok pemisah, membunuh pejuang-pejuang Palestin dan pemimpin-pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta- kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 / 9 / 2003 bila mana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua HAMAS yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 / 3 / 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari mesjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Monday, January 26, 2009

Solat Gerhana Matahari - 26 Jan 2009 (Isnin)


SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI (KUSUF)

Solat Sunat Gerhana atau juga dikenali sebagai solat sunat Kusuf atau Solat Khusuf merupakan solat yang didirikan sewaktu terjadi gerhana bulan atau matahari. Solat sunat gerhana matahari dalam istilah arabnya : Solat Sunat Kusuf. Solat sunat gerhana bulan dalam istilah arabnya : Solat Sunat Khusuf.

Kusuf dari segi bahasa bermaksud terlindungnya cahaya matahari samada terlindungnya itu dalam bentuk juzu'nya atau keseluruhannya. Khusuf pula mutlak digunakan untuk lindungan cahaya bulan secara juzu' atau pun keseluruhannya. Ramai ulama' yang menyatakan bahawa kedua-dua kalimah itu boleh digunakan untuk kedua-duanya sekali samada gerhana bulan atau pun matahari.
Hukum Solat Gerhana Matahari

Hukumnya adalah sunat muakkadah atau pun sunat yang digalakkan. Ini berdasarkan daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermakna : Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah tidak berlaku gerhana pada kedua-duanya kerana kematiaan seseorang dan tidak pula kerana kelahirannya. Maka apabila kamu melihat perkara itu maka sembahyanglah dan berdoalah sehingga kembali terang (hilang gerhana) apa dengan kamu.

Hadis ini keluar daripada mulut Rasulullah s.a.w pada hari kematian anak lelakinya Ibrahim di mana ramai orang mendakwa bahawa kematian Ibrahim inilah yang menyebabkan matahari bersedih sehingga berlakunya gerhana. Mengikut kepercayaan mereka ketika jahiliah di mana apabila berlakunya gerhana matahari atau pun bulan maka mereka beranggapan bahawa berlakunya sesuatu gerhana disebabkan kematian seseorang yang besar dan mulia.

Rasulullah s.a.w telah menyangkal kefahaman karut ini lalu bersabda sebagaimana tersebut. Begitulah juga dengan kebanyakan kita hari ini yang mana mereka bukan bersegera untuk solat gerhana apabila berlakunya sesuatu gerhana tetapi sebaliknya mencari sesuatu untuk memukul pangkal-pangkal pokok buahan supaya berbuah lebat. Perkara ini jika melibatkan kepercayaan yang berlawan dengan kekuasaan Allah dalam membuat sesuatu boleh membawa kepada syirik.
Solat Sunat Gerhana

Solat gerhana ini disunatkan untuk ditunaikan secara berjemaah dengan diseru sebelum mendirikannya : as-Solatu Jaami'ah!! ( Solat berjemaah ) . Lafaz Niatnya : "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat mengikut imam kerana Allah Ta'ala" - (Jika berimam) ataupun "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala" - (Jika solat seorang diri)

Solat gerhana ini boleh dilakukan secara berseorang atau secara berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat Gerhana mengandungi 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 rukuk, dan 4 sujud. Iaitu seperti berikut :
Rakaat pertama
1. Niat solat Gerhana, Takbir
2. Baca Surah Al-Fatihah dan surah
3. Rukuk
4. I'tidal
5. Baca Al-Fatihah dan surah
6. Rukuk.
7. I'tidal.
8. Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua
1 Baca Al-Fatihah dan surah.
2. Rukuk.
3. I'tidal,
4. Baca Al-Fatihah dan surah.
5. Rukuk.
6. I'tidal.
7. Sujud macam biasa
8. Tahiyyat Akhir
SEHUBUNGAN DENGAN ITU MASJID NEGARA AKAN MENGADAKAN SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI SEPERTI MANA BERIKUT :-

TARIKH : 26 JANUARI 2009 BER. 29 MUHARRAM 1430 HIJRAH
MASA : SELEPAS SOLAT ASAR
TEMPAT : DEWAN SOLAT UTAMA, MASJID NEGARA
ANDA BOLEH MEMBACA INFO LANJUT MENGENAI PERISTIWA GERHANA MATAHARI YANG AKAN BERLAKU INI DENGAN KLIK PADA PAUTAN DI BAWAH :-

SUMBER INFO : PLANETARIUM NEGARA, MALAYSIA.

Marilah kita sama-sama menghayati dan menginsafi kebesaran Allah s.w.t dalam mengatur alam ini. Selain dari panduan maklumat dari pakar-pakar astronomi mengenai kejadian ini, sewajibnya kita membetulkan akidah dan iktikad di dalam hati kita bahawa Allah s.w.t itu Maha Berkuasa dan Maha Bijaksana dalam mengatur dan menguruskan langit dan bumi dan segala isinya.

Mungkin ada sesuatu mesej di sebalik kejadian ini tanpa kita sedari. Maka sedarilah dan marilah kita sama-sama berfikir dan merenung sejenak dalam masa 24 jam yang kita ada setiap hari. Setiap saat yang berlalu menandakan usia kita semakin tua dan usia dunia juga lebih tua dari kita. Jika usia dunia amat sedikit maka usia kita teramat-amat sedikit dari usia dunia.

Khutbah Khas Gerhana

MARILAH kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan sebenar-benar taqwa, iaitu istiqamah dalam mengerjakan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Dengan yang demikian, mudah-mudahan kita akan menjadi umat yang terbaik dan unggul serta mendapat keredaan Allah Subhanahu Wata'ala di dunia dan di akhirat.

Allah Subhanahu Wata'ala Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui akan segala kejadian. Dialah juga yang menjadikan apa yang ada di bumi seperti manusia, jin, tumbuh-tumbuhan dan haiwan serta menjadikan apa yang ada di langit seperti bulan, matahari dan sebagainya. Iaitu sebagai bukti keterangan yang nyata tentang kudrat, iradat, ilmu, kebijaksanaan serta pengurniaan nikmat dari Allah Subhanahu Wata'ala yang banyak dan luas yang mendorong supaya makhluk-Nya memuji dan bersyukur serta mengabdikan diri sebagai hamba dengan khusyuk dan tawaduk kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Umat Islam mestilah percaya dengan penuh yakin bahawa Allah Subhanahu Wata'ala pentadbir seluruh alam, segala peredaran cakerawala, bumi, bulan, matahari dan seumpamanya adalah di bawah kekuasaan Allah Subhanahu Wata'ala yang menggerakkannya. Peredaran bulan dan matahari yang teratur setiap hari secara berganti-ganti, matahari beredar di waktu siang, manakala bulan beredar di waktu malam adalah atas kudrat dan iradat Allah Subhanahu Wata'ala jua dan ia-Nya mempunyai hikmat dan tujuan tersendiri, Maha Suci Allah, Pentadbir seru sekalian alam.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ibrahim ayat 33, tafsirnya:
"Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu."

Sesungguhnya Allah menjadikan malam dan siang adalah sebagai tanda kekuasaan atau bukti kekuasaan-Nya, keduanya (malam dan siang) akan mengakibatkan perubahan dan perbezaan cuaca, masa dan waktu. Begitu juga dengan kejadian gerhana, adapun gerhana itu terbahagi kepada dua iaitu gerhana matahari dan bulan. Gerhana itu ialah suatu perubahan, suatu kejadian, suatu keagungan dan kebesaran tuhan yang berlaku pada matahari dan bulan, di mana kejadian ini adalah suatu perkara yang amat mudah bagi Allah Subhanahu Wata'la melakukan-Nya.

Oleh itu jika berlaku kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan, tetapi gerhana itu berlaku atas sifat wajib bagi Allah Subhanahu Wata'ala iaitu berkehendak dan berkuasa atas segala sesuatu yang tidak dapat dihalang oleh apa jua kekuatan pun di dunia ini, sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari Abi Masuud Radiallahuanhu berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Sesungguhnya matahari dan bulan tidak akan gerhana kerana kematian atau hidupnya seseorang, keduanya itu adalah bukti dari tanda-tanda kebesaran Allah Ta'ala. Maka apabila kamu melihat gerhana itu berdirilah, bersembahyang dan berdoalah kepada Allah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Apabila berlaku gerhana, kita sebagai umat Islam adalah dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam supaya bersegera untuk melakukan perkara-perkara yang berkebajikan seperti berdoa, berzikir, bersembahyang, bertakbir, bersedekah dan beristighfar. Sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam, maksudnya:

"Dari A'isyah Radiallahuanha ia berkata: Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: Maka apabila kamu melihat gerhana itu lalu berdoalah kamu kepada Allah Ta'ala, serta berzikir, bersembahyang dan bersedekah. (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Oleh yang demikian, wahai kaum Muslimin, marilah kita sama-sama mengambil kesempatan semasa berlakunya gerhana bulan ini untuk bersegera bertaubat atas segala dosa yang telah dilakukan, serta memperbanyakkan doa dan istighfar memohon keampunan ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala. Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam. Mudah-mudahan kejadian gerhana bulan ini akan menimbulkan keinsafan, menambahkan dan menguatkan lagi keimanan serta ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala. Amin Ya Rabbal’alamin.

Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Ali 'Imran ayat 190 - 191, tafsirnya:
"Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukuran malam dan siang, ada tanda-tanda kekuasaan, kebijaksanaan dan keluasan rahmat Allah bagi orang-orang yang berakal: Iaitu orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau maka peliharalah kami dari azab neraka."

Friday, January 23, 2009

Menemui Hidayah Sebenar


Ikutilah kisah seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro mencari jalan kebenaran di dalam hidup.

“Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu.

“Jika ‘seorang’ tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja,” katanya.

Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.

“Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud.

“Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat ‘beribu-ribu’ tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut,” katanya.

Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.
“Ini menjadi usaha saya lebih mudah,” katanya.

Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala.

Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments), Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.

“Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; ‘Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada’.

“Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya,” soalnya.

Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.

“Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,” kata Micheal.

Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.

“Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul?

“Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya,” katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.

“Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam.

“Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya,” kata Micheal.

Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda ‘menyeru kepada kasih sayang sesama umat’.

“Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku?

“Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh,” katanya.

Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!

“Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu.

“Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama,” tambahnya.

Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.

Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah ‘berkenalan’ dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!

Thursday, January 22, 2009

Bolehkah Bekerjasama Dengan Israel?


Oleh: Ustaz Shauqi

Penguasaan Yahudi terhadap Baitul Maqdis serta penguasaan mereka ke atas masjid-masjid di sana terutamanya Masjid al-Aqsa adalah merupakan suatu kezaliman yang nyata. Oleh itu, menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam untuk berusaha bersungguh-sungguh demi menyelamatkan al-Quds dan masjid-masjid yang terdapat di dalamnya. Bahkan menjadi suatu kewajipan kepada umat Islam untuk membebaskan Palestin keseluruhannya daripada cengkaman Yahudi.

Hukum syariat Islam telah menyatakan bahawa sekiranya musuh berusaha mendapatkan serta menguasai bumi umat Islam, maka umat Islam di situ wajib berjihad mempertahankan tanah air mereka. Sekiranya penduduk di situ tidak mampu, maka menjadi kewajipan kepada seluruh umat Islam untuk berjihad membebaskan bumi umat Islam tersebut. Akan tetapi sekiranya umat Islam hanya duduk diam membisu tanpa berusaha untuk berjihad membebaskan masjid al-Aqsa dan persekitarannya, maka ini akan mengundang kemurkaan dari Allah.

Sekiranya seseorang muslim itu menziarahi atau berurusan dengan Israel sedangkan mereka masih lagi memerangi umat Islam, maka beliau boleh dikategorikan sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri munafik. Alasannya ialah sekiranya seseorang itu muslim sejati, sudah tentu beliau beriltizam dengan hukum-hakam Islam yang menghendaki agar memberi wala’ dan ketaatan kepada Allah, Rasul dan orang beriman. Muslim sejati juga sudah pasti akan memerangi mereka yang bertindak memerangi Islam di samping bertegas tidak berurusan dan bekerjasama dengan musuh-musuh itu. Seseorang muslim dianggap bekerjasama dan berurusan dengan Israel sekiranya mereka berjual-beli makanan, alat-alat senjata serta memperdagangkan barang-barang Israel di negara-negara umat Islam.

Jelasnya, perbuatan-perbuatan ini akan menggalakkan aktiviti ekonomi Israel dan secara tidak langsungnya telah memberi kekuatan kepada Israel untuk terus menguasai bumi umat Islam dengan secara zalim. Sesungguhnya seseorang muslim yang berurusan dan bekerjasama dengan Israel dianggap sebagai pengkhianat kepada Allah, Rasul-Nya serta orang beriman. Ini adalah berikutan Islam itu adalah amanah yang wajib dipelihara. Sekiranya bekerjasama dengan Israel yang memerangi Islam, tidak syak lagi bahawa itulah suatu pengkhianatan terhadap agama Islam. Inilah yang dinamakan munafik di dalam agama.

Perbuatan nifaq ( munafik ) serta mengkhianati Allah, Rasul dan orang beriman adalah sebesar-besar jenayah dan dosa. Kerjasama yang dilakukan oleh seseorang individu muslim dengan Negara Israel seperti menyeludup masuk bahan-bahan makanan dan senjata serta memperniagakan barang-barang Israel di negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain adalah merupakan jenayah dan pengkhianatan yang amat besar. Jenayah ini dianggap amat besar kerana individu tersebut boleh dikatakan terlibat dengan perisikan yang bertujuan menghancurkan Islam.

Unit perisikan Israel sudah tentu akan mengambil kesempatan di atas kerjasama dengan individu muslim tertentu untuk mengetahui kekuatan tentera Islam seperti bilangan anggota tentera, kubu-kubu pertahanan dan sebagainya. Individu muslim yang sanggup diperalatkan sebegitu rupa semestinya mengharapkan ganjaran wang yang banyak hasil kerjasama dengan Israel. Malangnya, kerana semangat material yang menguasai diri, telah menyebabkan seseorang itu menjadi penolong kepada musuh-musuh agama dan seterusnya mempunyai saham yang besar dalam usaha memerangi Allah dan orang beriman.

Pertolongan yang dilakukan oleh individu-individu tertentu terhadap Israel termasuk membeli barangan daripada syarikat-syarikat yang sudah dikenal pasti membiayai tentera-tentera Israel telah memungkinkan Israel terus menguasai bumi yang dirampas daripada tangan umat Islam. Sedangkan bumi tersebut adalah bumi suci umat Islam yang telah dipertahankan oleh umat-umat Islam terdahulu sehingga terpaksa menumpahkan darah-darah mereka dan mengorbankan nyawa-nyawa mereka.

Bumi suci umat Islam ini telah disebut oleh Allah swt di dalam al-Quran dan juga telah disebut oleh Rasulullah saw di dalam hadis baginda. Firman Allah dalam Surah al-Isra’ ayat pertama bermaksud: “ Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjid al-Haram ke Masjid al-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami memperlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda ( Kebesaran ) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat”.

Tuesday, January 20, 2009

Skim Cepat Kaya (SCK); Mengapa Melayu Ramai Terlibat??


SCK adalah satu pelaburan yg menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat. Mengapa SCK menjanjikan pulangan yg lumayan dalam masa yg singkat?

Jawapannya:
1-Menarik minat pelabur kerana kurang risiko jangkamasa
2-Kelihatan lebih menarik dari skim pelaburan yg ada di pasaran
3-Dapat menarik pelanggan untuk menggunakan wang simpanan kecemasan




Mengapa SCK lebih popular dikalangan org melayu?

1-Orang Melayu lebih berminat kepada pelaburan berbentuk islam. Jadi banyak skim SCK mendakwa menepati syariat.
2-Orang Melayu amat berminat untuk kaya cepat tanpa perlu bekerja kuat. Mereka mengambil contoh idola penyanyi dan orang kuat politik kampung dan bhgn yg kaya raya tanpa perlu bekerja kuat.
3-Orang Melayu amat mudah mempercayai berita2 palsu apatah lagi jika ia mengenali pembawa berita palsu tersebut.
4-Orang Melayu terlalu percaya kpd takdir. Dia terpilih kerana takdir telah menentukan ia akan kaya;takdir juga memilih ia akan ditipu. Tak payah bising2 jika terkena tipu.


Bentuk2 SCK

1-Pulangan lumayan dlm bentuk bulanan. Penganjur terlibat dlm perniagaan antara bangsa. Penganjur perlukan modal, tak perlu pinjam bank. Pelabur akan didaftarkan sebagai pemegang saham dan layak mendapat dividen pada setiap bulan.
2-Penganjur adalah pemegang lesen mlm. Pelabur di kehendaki menjual lot2 kedai di internet. Misal nya satu lot RM 3000. Bagi yg berjaya jual komisyen RM 300 di bayar tunai. Jika pelabur yg kemudian juga dapat menjualnya pelabur asal tetap mendapat komisyen. Begitulah seterusnya. Masing2 pelabur siang malam mencari pelabur2 baru. Penganjur senang lenang goyang kaki saja. Untuk menghalalkan mlm(lesen Multilevel Marketing) diakadkan pembelian atas belian sabun,bedak dll.
3-Pelaburan internet spt forex. Penganjur amat berpengalaman, ianya dapat memastikan pelabur tidak akan kerugian. Malah penganjur berupaya memutuskan talian antarabangsa jika pada masa kita tidur di tengah malam pasaran eropah atau US mengalami kejatuhan.
4-Pembelian dinar Iraq. Dijangka bila berakhir perang nilai ini akan meningkat dgn tinggi. Pelabur beli dan simpan. Yg hairannya money changer pun tidak pernah melihat dinar iraq yg baru ini.
5-Pelaburan konsep Al Bainah. Penganjur menawarkan pembelian misalnya set pinggan mangkuk dari italy dgn harga tunai RM 3000 kemudian membeli balik dgn harga hutang sebanyak RM 4000. Jadi pelabur bayar tunai RM 3000 dan dapat pulangan RM 4000 dlm bentuk hutang, misalnya sebulan RM 1000 selama 4 bulan.



Di mana penganjur mengiklankan penipuan mereka?

1-Akhbar2 tempatan terutama akhbar online.
2-Risalah2 di tempat awam termasuk masjid dan surau
3-Rakan dan kenalan baru atau kenalan lama
4- Keluarga terdekat

Saranan untuk menghapuskan SCK yg berleluasa sekarang ini

1-Tindakan tegas kepada akhbar yg mengiklankan
2-Tindakan tegas kpd bank yg gagal melaporkan aktiviti online deposit untuk skim cepat kaya ini kpd bank negara.Di bawah akta AMLA bank wajib mengenal pasti aktiviti perniagaan pelanggannya. Sebarang keraguan hendaklah dilapurkan kpd Bank Negara. Bank juga harus memilih untuk membuka akaun semasa 'foreign money';kerana ada penganjur yg membayar pelaburnya dalam bentuk wang USA dan UERO Dollar.
3-Kementerian perdagangan dlm negeri harus mengkaji lesen MLM yg disalah gunakan
4-Masjid, radio dan tv harus berperanan sepanjang masa mengingati akan haram dan salah akan skim cepat kaya ini.
5-Bank Negara harus membuka talian online untuk tempat aduan orang ramai.
6-Kerajaan disarankan agar mentakrifkan semula skim cepat kaya ini dgn akta yg lebih jelas. Selain dari pengambilan deposit tanpa lesen ianya harus diluaskan kpd apa saja aktiviti2 perniagaan yg meragukan. Satu badan khas wajib diwujudkan untuk menjadi tempat rujukan org ramai. Badan khas ini sebaiknya diletak dibawah bank negara kerana BNM amat berpengalaman dalam hal ini.

Akhirnya kepada mereka di luar sana ambillah peringatan bahawa tidak ada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Nabi sendiri pun terpaksa membawa dagangan dari Mekah hingga Ke Syam demi untuk mencari rezeki. Jika penganjur SCK ini benar2 tulin (genuine) mereka harus membentang penemuan mereka kpd kementerian kewangan malaysia agar kerajaan dapat melabur maka semua rakyat akan senang lenang. Jika mereka mendapat peluang perniagaan yg mudah lebih baik mereka beritahu secara rahsia kpd keluarga terdekat agar dapat kaya raya tak payah di tabur kemerata tempat risalah2 cara cepat kaya
Sumber: http://barakahprima.blogspot.com/

Doa Untuk Amalan

DOA YANG SANGAT WAJAR DIAMALKAN DI ZAMAN INI (AYAT PENGERAK)

Oleh: Ismail bin Abu Bakar

Ada satu doa yang pendek tetapi sangat besar manfaatnya sekiranya diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Doa yang dimaksudkan seperti sabda Rasulullah s.a.w. seperti berikut;

Rasulullah s.a.w. mengajarkan kepada umatnya satu doa yang jika dibaca tiga kali di waktu pagi dan tiga kali di waktu petang maka akan terhindarlah kepada yang membacanya daripada segala kemudaratan disepanjang hari tersebut. Doa daripada hadis di atas adalah seperti berikut;

Mengikut kamus Dewan Bahasa Edisi Ketiga, ”Mudarat” membawa maksud seperti berikut;

1. Tidak Beruntung, Menanggung Rugi2. Tidak Berhasil, Tidak Berjaya, Gagal3. Berbahaya4. Melarat, Bertambah Payah

Dengan itu jika kita amalkan doa yang tersebut di atas, insya’Allah kita akan terhindar daripada ”mudarat” yang disebutkan. Maka dengan itu faedahnya yang diperolehi ialah kita akan;

1. Beruntung, Tidak Menanggung Rugi.2. Berhasil, Berjaya dan Tidak Gagal.3. Selamat dari bahaya.4. Tidak melarat, Menjadi Senang.

Keberuntungan beramal dengan doa ini :-

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Sumber: http://www.darussyifa.org/modules.php?name=News&file=print&sid=50

Kepala Babi Dalam Surau UM??


Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut. Kepala binatang tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi sebelum Subuh.
Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam. “Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam). Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.
Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang, selin itu, isu ini sengaja dicetuskan bagi mengalih perhatian umum kepada isu rasuah yang lebih besar,”ujar beliau.
Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya. Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan komputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya. Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

Doa Segala Penawar


Monday, January 19, 2009

Aboutreika: Atlet Kebanggaan Umat !!


Mohamed Aboutreika adalah nama yang tidak asing di dunia Arab, terutama dikalangan peminat bolasepak Arab. Beliau mungkin tidak terkenal dikalangan rakyat awam Malaysia yang lebih cenderung mengikuti perkembangan bolasepak Eropah. Tapi pada mata sebenar, beliau merupakan seorang tokoh ahli sukan yang harus dibanggakan dan dihayati kisahnya.
Aboutreika merupakan seorang pemain bolasepak kebangsaan Mesir. Melalui sepakan beliau, sudah dua kali Allah mengurniakan kemenangan kepada pasukan Mesir dalam Kejohanan piala negara-negara Africa (African Cup of Nations, ACN). Bahkan pada awal 2008 beliau telah diundi melalui International Federation of Football History & Statistics (IFFHS) sebagai pemain bola sepak paling popular di dunia.Pada Januari 2008 lalu, sewaktu ACN di Ghana, dalam satu perlawanan kumpulan Mesir menentang Sudan, beliau telah menimbulkan kekecohan dalam dunia bolasepak dan Confederation of African Football (CAF) dengan satu adegan kontroversi, tapi sangat bermakna pada umat Islam.

Beliau yang menyarung jersey nombor 22 menjaringkan gol pertamanya dalam ACN lalu menyingkap jerseynya yang mendedahkan t-shirt yang dipakai di dalam dengan tulisan "تعاطفا مع غزة Sympathize With Gaza". Tindakan ini diambil dalam usaha membangkitkan kesedaran masyarakat terhadap Gaza yang ketika itu baru sahaja ditutup sempadannya dari semua arah dan disekat semua bekalan kemanusiaan oleh penjajah zionist Israel. Bahkan, penduduk Gaza dengan desperate terpaksa memecahkan benteng Rafah untuk tembus ke Mesir untuk mendapatkan bekalan.
Peristiwa di Stadium Ohene Djan, Accra, Ghana itu mengundang perhatian dunia. Pengadil menghukum Aboutreika dengan kad kuning. CAF memberi amaran kepadanya. Dunia bercampur-campur perasaan mengenainya. Reaksi dunia yang sebahagian besarnya mengecam tindakan Aboutreika ini cukup bertentangan. Sedangkan pada World Cup 2006 yang lalu, seorang pemain Ghana secara terbuka mengibarkan bendera Israel selepas menjaringkan gol, namun tidak dikenakan sebarang tindakan. Dia hanya perlu meminta maaf kerana mengusik isu sensitif kepada bangsa Arab. Aboutreika pula menerima pelbagai tohmahan dan amaran kerana dikatakan membawa mesej berunsur politik. Namun, Aboutreika terpaksa menjelaskan mesejnya lebih berupa humanitarian.
Walaubagaimanapun, umat Islam tetap menjulangnya tinggi kerana berani menyuarakan perasaan umum umat Islam, berani menanggung risiko untuk saudara-saudarinya di Gaza, berani berseorangan menegakkan kebenaran.Di Gaza, satu pertandingan bolasepak yang dianjurkan telah diberi nama Piala Aboutreika bagi menghargai tokoh tersebut yang peka dan memperjuangkan isu mereka (rakyat Gaza) dan sanggup menghadapi kesusahan yang boleh menggugat kariernya.
Selain peristiwa "Sympathize with Gaza", Aboutreika juga pada 2006 pernah menyingkapkan t-shirt dengan mesej "We Sacrifice Ourselves for You Prophet Muhammad" selepas menjaringkan gol pada ACN 2006. Mesej tersebut adalah respon berikutan lukisan karikatur zalim mengenai Nabi Muhammad S.A.W. yang diterbitkan media Denmark.
Demikianlah Aboutreika sentiasa memainkan peranannya sebagai Muslim sejati dan bermaruah dalam memperjuangkan isu umat Islam.Secara realitinya, keberanian yang dimiliki Aboutreika dalam menyuarakan kebenaran kepada dunia perlu diambil iktibar oleh para pendokong Islam.Aboutreika seorang yang terkenal kerana sentiasa akan bersujud syukur sebaik sahaja menjaringkan gol. Beliau juga dilaporkan sebagai seorang yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah agama.
Disamping itu, beliau juga seorang yang bergiat aktif dalam kerja-kerja kemanusiaan, membasmi kemiskinan dan aktiviti-aktiviti social service yang lain. Dari sini kita boleh mendapat gambaran kecenderungan, prinsip dan kekuatan beliau yang unik. Melalui trademark sujudnya dan qudwahnya ini juga, terbaru dari Islamonline.net pada 24 Nov 2008, beliau telah pun menarik ramai rakyat Congo memeluk Islam. "..merupakan pendakwah Islam", menurut Mufti Congo, Sheikh Abdullah Mingala Lwaba.
Ahli-ahli sukan lain, terutama yang beragama Islam, seharusnya meneladani Aboutreika. Kerjaya sebagai seorang ahli sukan tidak patut memisahkannya dari tanggungjawab Islam. Kelebihan yang dimilikinya seharusnya ditujukan untuk keuntungan agama. Bahkan, kerjaya tersebut sepatutnya lebih mengeratkannya dengan Tuhan Pengatur segala keputusan, lalu dia mematuhi segala anjuran dan perbatasan yang telah ditetapkan Allah. Ini adalah satu saranan khusus buat atlet-atlet Muslim.Kemenangan Mesir dalam Piala negara-negara Afrika awal 2008 lalu yang menang 1-0 ke atas Cameroon dalam perlawanan final. Biar melalui kejohanan dengan penuh kontroversi, namun gol tunggal kemenangan Mesir itu dijaringkan oleh, tidak lain tidak bukan, Mohamed Aboutreika! Tahniah di atas kejayaan yang berliku jalannya!

Sumber: http://pj-sempoi.blogspot.com/2008/12/aboutreika-atlet-kebanggaan-umat.html

Thursday, January 15, 2009

Thursday, January 8, 2009

Boikot Barangan Company Yang Bantu Israel !!






Umat Islam wajib bertindak segera memboikot barangan Israel dan Amerika Syarikat terutama syarikat-syarikat yang telah dikenal pasti membantu Israel. Apatah lagi kuasa beli umat Islam ialah 2/3 dunia. Sikap prihatin terhadap saudara Islam yang lain adalah wajib. Nabi saw menyatakan bahawa sesiapa yang tidak mengambil berat (memperdulikan) urusan orang Islam yang lain, maka dia bukanlah dari golongan umat Islam. Bayangkanlah setiap sen yang kita belanjakan buat keuntungan puak Yahudi dan Amerika ini, mereka gunakan untuk membeli senjata dan peluru untuk membunuh umat Islam di palestin!Oleh itu, pastikan kita membantu umat Islam di Palestin dengan cara memboikot barangan US dan Yahudi supaya ekonomi mereka lumpuh!!.

Venezuela Usir Duta Israel


CARACAS 7 Jan. – Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza. Kementerian Luar dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin. “Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.” Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut. – AFP
*** Bagaimana pula sikap negara-negara umat Islam? Negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin pun tidak sanggup untuk melakukan tindakan seumpama Venezuela ini. Ini jelas menunjukkan betap pemimpin-pemimpin negara umat Islam sudah dikuasai secara fizikal dan mental oleh puak Yahudi dan Amerika Syarikat, justeru mereka hanya patuh kepada US sehinggakan tidak memperdulikan nasib umat Islam yang dibunuh saban waktu!!

Saturday, January 3, 2009

Wajib Tentang Kezaliman Yahudi!


Kekejaman dan kezaliman Yahudi semakin menjadi-jadi apatah lagi tindakan jahat rejim zionis itu terus mendapat restu Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah. Sudah lebih 400 nyawa orang Palestin yang tidak berdosa telah terkorban manakala ribuan yang lain cedera. Sebagai umat Islam, kita mesti 'sensitif' dengan apa yang menimpa umat Islam Palestin. Namun, sesuatu yang amat mengecewakan apabila dalam suasana serangan peluru dan pengeboman yang silih berganti dihamburkan kepada rakyat Palestin, masyarakat kita terus dibuai keseronokan dengan konsert dan hiburan di malam tahun baru 2009! Ruang dan peluang yang wujud di sebalik sambutan tahun baru itu telah digunakan sepenuhnya oleh golongan tertentu dalam masyarakat kita untuk terus menyemarakkan lagi gejala sosial yang memang telah sedia ada. Tambahan pula dengan 'pesta seks' sempena tahun baru jelas menyemarakkan lagi 'budaya' maksiat dalam masyarakat!.

Umat Islam di Palestin 'berjuang' untuk hidup.... tapi umat Islam di Malaysia 'berjuang' untuk konsert!. Sama-samalah kita berusaha menghulurkan bantuan kepada saudara seIslam di Palestin dalam apa bentuk sekalipun... doa, wang ringgit, memboikot barangan yahudi, etc. Kepada para penagih rokok, tibalah masanya bagi mereka untuk memboikot rokok.. Janganlah jadi macam sesetengah orang Islam yang begitu hebat mengecam dan marah padaYahudi tetapi dalam masa yang sama masih memegang rokok yahudi di jari!.

Antara Muharam 1430H & Januari 2009


Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)

Pada tahun ini, sambutan tahun baharu Hijrah dan tahun baharu Masihi boleh dikatakan disambut hampir serentak. Hal ini kerana jumlah hari yang membezakan sambutan di antara kedua-duanya hanyalah tiga hari sahaja. Apa tidaknya, sambutan 1 Muharam 1430 Hijrah jatuh pada tanggal 29 Disember 2008 iaitu lebih kurang tiga hari sebelum tibanya 1 Januari 2009. Namun, sesuatu yang sepatutnya dipersoalkan oleh generasi Melayu yang beragama Islam dan yang sudah terdidik dengan ajaran Islam yang suci murni ini ialah manakah sambutan yang lebih diutamakan?

Sudah tentu ramai yang akan mengatakan bahawa sambutan tahun 2009 lebih diutamakan dan lebih meriah berbeza dengan kedatangan 1430 Hijrah yang kadang-kala tidak disedari kehadirannya oleh sebilangan umat Islam sendiri! Hal ini bukanlah perkara baharu yang berlaku dalam masyarakat kita, bahkan hasil penjajahan pemikiran yang semakin kuat bertapak kukuh dalam jiwa individu Muslim dalam masyarakat kita menyebabkan perkara seumpama ini akan terus berlaku dan berlaku seolah tiada penghujungnya.

Sambutan Muharam dirasakan terlalu ‘boring’ kerana tiadanya percikan bunga api, tiada juga konsert hiburan dan tiada upacara ‘countdown’! Sebaliknya ia disambut dengan doa selamat, memohon keampunan kepada Allah swt serta ceramah dan forum agama. Sebaliknya, sambutan tahun baharu Masihi pula akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang meruntun nafsu untuk menyertainya! Bermula daripada perhimpunan besar-besaran muda-mudi dan remaja belia, kemudian diikuti dengan persembahan konsert dan percikan bunga api yang amat mempesonakan. Tambah menyeronokkan lagi ialah perhimpunan itu melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan serta pengkid dan pondan tanpa garis pemisahan!

Media massa dan elektronik pula seolahnya tidak memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dan sewajarnya dalam mempromosikan perayaan Tahun Baharu Hijrah sekiranya hendak dibandingkan kesungguhan dalam mempromosikan sambutan tahun baharu Masihi. Sebagaimana yang dimaklumi bahawa peranan media massa dan elektronik dalam hal ini sangat besar bahkan ia boleh merubah minda masyarakat serta mendidik mereka ke arah yang lebih berakhlak dan bersopan dalam apa jua sambutan yang diraikan. Begitu juga peranan pihak pemerintah amat diharapkan dalam usaha membentuk jati diri bangsa ke arah yang lebih beretika dan bermaruah.

Masihkah kita ingat ketika berlakunya tsunami pada tanggal 26 Disember 2004, iaitu hanya empat hari sebelum disambut tahun baharu 2005? Pada waktu itu, kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Badawi telah mengumumkan bahawa segala sambutan tahun baharu yang berbentuk hiburan, konsert dan seumpamanya dibatalkan!. Justeru, apabila berlangsungnya sambutan tahun baharu pada ketika itu, ia disambut dengan penuh keinsafan, bertafakur mengingati mangsa bencana dan suasana ketenangan dapat dirasai di seluruh Malaysia.

Namun, bak kata pepatah, ku sangka panas hingga ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Pada pada tahun-tahun berikutnya sambutan tahun baharu Masihi kembali gegak-gempita dengan hiburan dan konsert yang berteraskan budaya hedonisme barat di samping pembaziran bunga api yang menelan kos ribuan ringgit itu! Keinsafan hanya datang apabila diuji oleh Allah dengan bala bencana atau musibah yang besar. Akan tetapi apabila tiada lagi musibah, maka umat Melayu Islam sanggup menanggalkan ‘pakaian’ Islamnya dan tanpa segan silu melakukan perkara yang mengundang kemurkaan Allah. Itu belum lagi dilihat kepada kondom-kondom yang bertaburan di merata tempat setelah sambutan tahun baharu itu selesai yang ianya saban tahun dilaporkan di dada-dada akhbar. Semua ini sudah tentu mengundang gejala sosial dan perlakuan jenayah yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.

Justeru, semua pihak hendaklah kembali memainkan peranan masing-masing untuk memperbetulkan keadaan seumpama ini. Ibu bapa hendaklah mengawasi anak-anak mereka daripada terjebak dalam aktiviti yang sia-sia serta yang melalaikan. Pastikanlah anak-anak tidak berpeleseran dan berkeliaran di waktu larut malam yang ianya sudah tentu akan mengundang situasi yang amat membimbangkan.

Media massa pula wajar memperhebatkan promosi terhadap tahun baharu Hijrah dengan diperbanyakkan filem, drama, diskusi, dan sebagainya yang memaparkan unsur ‘hijrah’ dan pengorbanan yang perlu ada pada diri setiap individu agar mereka lebih bersemangat untuk melaksanakan kewajipan agama, serta memperkukuhkan jati diri bangsa dan Negara. Sekiranya peranan dan perubahan tidak dilakukan dari sekarang ke arah membentuk generasi yang lebih gemilang dan berwawasan, maka janganlah diharap generasi akan datang akan lebih cemerlang daripada sekarang!.

Penghargaan Daripada Qadhi Kemboja