Oleh: Mohd Sukki Othman (Ustaz Shauqi)
Masa berlalu dengan begitu pantas. Sedar atau pun tidak kita kini melangkah ke bulan April 2009 mengikut kalendar Masihi. Masa dan waktu yang berlalu dan yang telah meninggalkan kita, tidak akan dapat dikembalikan lagi. Bak kata seorang penyair Arab: “Semalam yang berlalu dirasakan terlalu hampir dan dekat, namun seluruh penduduk dunia tidak dapat mengembalikan hari semalam”. Sehubungan dengan itu, amat beruntunglah mereka yang dapat memanfaatkan waktu dan masa dalam kehidupan ini dengan baik iaitu dengan mengisikan agenda kehidupan dengan sesuatu yang bermanfaat yang boleh mendatangkan kebaikan di dunia dan di akhirat. Akan tetapi amat malang sekali apabila hari-hari yang berlalu terus diisi dengan sesuatu yang bukan sahaja boleh mencemar adab budaya Melayu yang baik, malahan menghakis kesucian dan ajaran Islam yang bertapak dalam diri. Allah swt berfirman yang bermaksud: “Demi masa, sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh, dan yang saling berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”.
Sesuatu yang amat merugikan dan mencemar adab Melayu yang dilakukan oleh segelintir masyarakat Melayu Islam pada bulan April ini ialah sambutan April Fool. Biasanya apabila datang 1 April maka remaja Melayu Islam terikut-ikut dengan budaya barat yang menjadikan tarikh ini sebagai hari untuk 'memperbodohkan' atau 'mengenakan' orang lain. Di manakah jati diri masyarakat Melayu apabila apa sahaja yang datang dari barat tanpa melihat sama ada ia bermanfaat atau merugikan terus dirayakan dan disambut tanpa usul periksa! Malahan, sesuatu yang lebih teruk lagi apabila terdapatnya mereka yang begitu berbangga dengan apa sahaja yang datang dari barat seolahnya ia melambangkan ketamadunan yang tinggi.
Justeru, tidak menghairankan apabila ‘produk’ barat terus mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Sebagai contohnya, apabila diberi pilihan antara Coca Cola, Mecca Cola, Zam Zam Cola atau Radix Cola, maka sudah tentu dengan penuh kebanggaan Coca Cola akan dipilih kerana ia merupakan produk barat yang dipuja dan dibangga. Inilah mentaliti segelintir masyarakat kita yang tidak dapat membezakan di antara ‘kaca dan permata’, sebaliknya mereka rela terus dijajah pemikiran dan mentaliti sehingga memandang apa sahaja yang datang dari barat itu merupakan sesuatu yang baik dan hebat.
Begitu juga dengan budaya barat yang terus disemai dengan begitu kukuh dari semasa ke semasa dalam masyarakat yang mengakibatkan tercemarnya adab dan budaya Melayu yang berteraskan ajaran Islam yang suci murni. Sehubungan dengan itu, apabila datangnya bulan April, maka sambutan April Fool tidak pernah dilupakan! Sedar atau pun tidak, sambutan April Fool hanya akan membodohkan masyarakat kita sahaja bahkan sambutan itu adalah satu bentuk penghinaan terhadap umat Islam! Telah dikatakan bahawa sejarah 'April Fool' merujuk kepada Tentera Kristian di Sepanyol yang berjaya menipu dan membunuh umat Islam secara beramai-ramai di Sepanyol, sehinggakan tarikh keramat ini dirayakan pada setiap tahun sebagai 'The April Fool’s Day'. Walaupun cerita atau kisah ini tidak dapat dipastikan kesahihannya.... namun budaya menyambut April Fool ini seolah-olah telah dapat diterima di seluruh dunia termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri.
Sebagai Muslim, kita hendaklah menjadikan ajaran Islam sebagai panduan supaya tidak terikut-ikut dengan sesuatu yang bukan daripada ajaran Islam, apatah lagi sesuatu yang boleh membawa kepada implikasi yang negatif. Sabda Rasulullah saw yang telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad bermaksud: "Sesiapa yang meniru sesuatu kaum (golongan), dia termasuk dalam kalangan mereka". Mereka yang menyambut April Fool ini sanggup berbuat apa sahaja termasuk menipu dan sebagainya semata-mata untuk menghidupkan budaya ini. Ini merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima kerana menipu, mengaibkan orang dan sebagainya merupakan perkara dosa yang hanya boleh merenggangkan dan memutuskan hubungan sesama manusia.
Walaupun kadang-kala ia hanyalah sekadar untuk bergurau, namun gurauan itu pun ada had dan batasnya. Gurauan memang merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam kehidupan. Justeru, seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab gurauan agar gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan dan tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam. Itulah indahnya Islam!.
Sesuatu yang lebih malang apabila gurauan April Fool telah menyebabkan berlakunya keruntuhan dalam rumahtangga. Terdapat satu kes, seorang suami yang pulang ke rumah dari tempat kerja pada tanggal 1 April secara tiba-tiba telah melafazkan cerai talak tiga pada isterinya, dengan alasan untuk bergurau sempena April Fool. Akibatnya, pasangan suami isteri itu terpaksa dipisahkan kerana persoalan talak dan cerai bukanlah sesuatu yang boleh dibuat sebagai gurauan.
Sehubungan dengan itu, untuk mengekalkan jati diri umat Melayu Islam, sambutan seumpama April Fool ini hendaklah dijauhi kerana ia tidak mendatangkan sebarang kebaikan, malah ia bersifat menghakis dan mencemar adab! Di samping itu, hindarkanlah juga daripada gurauan yang boleh menyakiti hati orang lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, menghina orang lain, memperlekehkan seseorang, menggelarkan orang lain dengan sesuatu gelaran yang tidak disukainya, apatah lagi apabila mereka-reka cerita dan berbohong dalam bergurau. Moga jati diri masyarakat kita dapat terus diperkukuhkan dengan penghayatan terhadap ajaran islam dan menjauhkan diri dari budaya negatif barat.

No comments:
Post a Comment