Thursday, April 9, 2009

Muslim di China


Sumber rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan China menunjukkan penduduknya yang beragama Islam berjumlah 30 juta, namun sumber tidak rasmi yang boleh dipercayai menyatakan bahawa umat Islam di China berjumlah 136 juta orang. Bilangan masjid di China pula melebihi 42 ribu buah masjid. Ajaran Islam telah sampai di China sejak zaman para sahabat nabi saw lagi iaitu sejak lebih 1400 tahun yang lalu. Penduduk Islam di China merangkumi suku etnik Hui, Uyghur, Kazak, Tatar, Salar, Dongxiang, Tajik, Uzbek, Baoan, orang Han dan sebagainya. Mengikut rekod dinasti Tang telah menjelaskan bahawa hubungan diplomatik telah terjalin di antara pemerintahan China dengan pemerintahan Khulafa' al-Rasyidin zaman Saidina Uthman Bin Affan. Salah satu masjid tertua yang masih lagi wujud dan digunakan ialah masjid Nujie, ia dibina pada tahun 996 Masihi semasa zaman Dinasti Song.

2 comments:

  1. Menuntut ilmu biar sampai ke negeri Cina. Saya rasakan ada sesuatu disitu tp mungkin sesuatu itu masih samar almaklumla maklumat sebenar masih dicover oleh kerajaan cina. Apa pendapat ust?

    ReplyDelete
  2. Hadis tersebut tidak thabit daripada nabi saw. Walau bagaimana pun, memang China sudah mendapat dakwah islam sejak zaman para sahabat dan perkembangan Islam di sana cukup memberangsangkan... namun, bagai yang di kata kerajaan China cuba 'cover' maklumat tentang perkembangan Islam ini, mungkin mereka ada agenda tersendiri. wallahu'alam

    ReplyDelete