Ilmu faraid dikenali juga sebagai mawarith, yang bererti harta peninggalan si mati yang akan dibahagikan kepada ahli warisnya. Ilmu faraid ialah suatu ilmu dengannya dapat diketahui orang yang menerima pusaka dan orang yang tidak dapat menerima pusaka dan kadar yang patut diterima oleh tiap-tiap waris dan cara pembahagiannya. Dengan ibarat yang lain ilmu faraid itu ialah beberapa kaedah yang diambil dari ilmu fiqah dan hisab, dengannya diketahui mengenai ketentuan bahagian orang yang mempunyai hak terhadap harta yang ditinggalkan simati dan bahagian masing-masing daripada waris itu.
Asas hukum faraid adalah keadilan kerana turunnya ayat Mawarith adalah untuk mengelak ketidakadilan yang berlaku dalam masyarakat. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa dia sedang bersama Rasulullah s.a.w. apabila seorang perempuan Ansar datang bersama dua orang anak perempuannya. Perempuan itu berkata ``Ya Rasulullah, ini adalah anak Thabit bin Qais yang telah mati syahid dalam perang Uhud. Bapa saudara mereka telah mengambil semua harta pusaka mereka dan tiada apa yang tinggal lagi untuk mereka.'' Maka turunlah ayat yang menentukan bahagian-bahagian yang berhak diterima oleh ahli waris daripada harta pusaka.
Dengan sebab itu, dalam pembahagian harta pusaka Islam, faraid adalah jalan terakhir yang akan diambil setelah tiada persepakatan diperoleh di kalangan waris.
Secara ringkas daripada kefahaman dan penerangan ayat surah al-Nisa' (ayat 11, 12 & 176) dan hadith Nabi Muhammad s.a.w. maka dapatlah dibuat rumusan dan kesimpulan iaitu ada beberapa perkara yang perlu dilunas, diselesai, ditunai dan dibayar atau disempurnakan terlebih dahulu sebelum pembahagian harta secara faraid dapat dibuat. Perkara-perkara itu ialah :-
- Hak yang berkaitan dengan zat harta itu sendiri iaitu zakat, gadaian dan nazar.
- Perbelanjaan bagi mengurus jenazah si-mati seperti kain kapan, keranda, upah mengusung, upah memberi mandi, upah menggali kubur dan perkara berhubung dengan pengurusan jenazah.
- Hutang piutang yang bersangkutan dengan tanggungan si-mati seperti upah haji jika si-mati semasa hayatnya berkemampuan untuk mengerjakan haji tetapi tidak menunaikannya.
- Wasiat yang tidak lebih daripada satu pertiga daripada keseluruhan hartanya tetapi bukan kepada ahli waris.
- Setelah disempurnakan segala perkara di atas, baki kepada harta itu bolehlah dijadikan faraid dan dibahagikan kepada semua ahli waris yang berhak.
Asalammualaikum Ustaz.
ReplyDeleteSaya amat berminat dengan blog ustaz ini dan sering mengikutinya. Sya ingin bertanya tentang hukum faraidh ini. Bagaimanakah caranya untuk kita menyelesaikan masalah faraid ini andainya situasinya begini: Harta peninggalan ibu dan ayah kepada 3 orang anak yang mana 2 orang adalah perempuan yg belum berkahwin dan seorang lelaki juga belum berkahwin. Semasa hayat kedua orang tua mereka, kedua-dua anak perempuan tersebut yng menjaga mereka dan mengeluarkan perbelanjaan untuk kos rawatan sedangkan anak lelaki tunggal tersebut adalah seorang penagih dadah dan tidak pernah solat. Kaki perempuan dan sering melakukan maksiat. Maka mengikut hukum faraid anak lelaki tersebut akan mendapat 2 bahagian berbanding anak perempuan.Kedua orang tua tersebut tida saudara lain. Saya sering di ajukan dengan soalan ini, bagaimana untuk saya menjawabnya dari perspektif islam?
Waalaikumussalam...
ReplyDeleteSebelum ibu atau bapa meninggal dunia... dia boleh menghadiahkan hartanya kepada seiapa yg dia suka apatah lagi kalau dia tengok anak2 dia macam tu... so dia boleh hadiahkan siap2 harta dia banyak mana sekalipun kat ana perempuan dia. Tapi apabila sudah meninggal dunia, maka hartanya itu automatik jadi hak waris. Kalau waris dapat berbincang nak bahagi sama arata ke atau macam mana terpulang tak de masalah... tapi kalau tak de penyelesaian, maka kena bagi ikut faraid. wallahu'alam
Terima kasih Ustaz dia atas jawapan tersebut.
ReplyDeleteAssalamualaikum ustaz,
ReplyDeleteAbg saya tlh meninggal dlm kemalangan jln raya. Beliau ada mengambil insurans hayat(bukan takaful). Soalannya, adakah ibu bapa saya layak (dlm pembahagian faraid) ke atas insurans tersebut krn sesetengah pihak mengatakan ibu bapa saya tak ada bahagian, kecuali ke atas premium yg telah dibayar arwah, tetapi pampasan hanya akan dibahagikan kpd isteri/anak. Jika layak, apakah basis ibu bapa saya?
Ibu berhak dapat 1/6 dan begitu juga bapa berhak dapat 1/6 dalam pembahagian faraid.... tapi dalam kes insuran nyawa yg bukan takaful, hasilnya itu adalah tidak halal kerana riba.
ReplyDeletewallahu'alam
Assalammualaikum Ustaz.
DeleteSaya ingin bertanya. Datuk saya mempunyai 5 orang anak lelaki termasuklah bapa saya. Datuk saya mempunyai 10 ekar tanah. Bapa saya telah meninggal pada tahun 2008 sedangkan datuk saya telah meninggal pada tahun 2010. Adakah kami sebagai cucu kepa datuk saya mempunyai hak keatas 2 ekar tanah datuk saya yang sepatutnya diperolehi oleh ayah saya sekiranya ayah saya masih hidup?
Nizam
Salam Ustaz,
ReplyDeleteIbu saudara saya telah meninggal dunia dan tiada meninggalkan zuriat. Beliau ada abang sekandung, yang telah meninggal dulu dari beliau. Harta beliau kini ingin dituntut oleh adik lelaki dan perempuan sebapa. Adakah perempuan layak mendapat harta tersebut dalam kes ini?
Salam....
ReplyDeleteadik lelaki kandung ke? kalau adik lelaki kandung dia akan dapat semua harta... tapi kalau hanya ada adik lelaki sebapa dan adik perempuan sebapa maka pembahagiannya ialah adik lelaki sebapa dapat 2/3 dan adik perempuan sebapa dapat 1/3
salam...
ReplyDeletesaya tak faham pasal pembahagian harta untuk penagih dadah.... adakah sama mcm org bukan penagih???? maksud saya,hak adalah sama mengikut faraid