Akhbar melaporkan bahawa negara akan muflis dan bangkrap dalam masa sembilan tahun lagi apabila pemberian subsidi diteruskan. Apakah kenyataan ini benar? Apabila melihat sepintas lalu tentang kenyataan ini, dirasakan ada benarnya kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan berjuta bahkan berbilion ringgit untuk memberikan subsidi kepada rakyat. Namun, apakah pemberian subsidi ini boleh menyebabkan negara menjadi muflis atau pun ada elemen lain yang lebih teruk yang boleh membawa kepada kebangkrapan negara? Sebenarnya, apabila diteliti dengan lebih jauh, kita akan dapati bahawa elemen yang jelas boleh membangkrapkan negara ialah RASUAH. Sepatutnya usaha yang efisien mesti diteruskan untuk menghapuskan rasuah tanpa membezakan antara 'ikan jerung' atau 'ikan bilis'. Hal ini kerana elemen rasuahlah yang menjadi punca utama kepada bangkrapnya negara.... Bayangkanlah sesebuah bangunan yang dibina yang berharga 100 juta contohnya akan menjadi 200 atau 300 juta akibat rasuah. Itu baru satu bangunan, bagaimana dengan 10 bangunan, 100 bangunan? Itu belum lagi dikira bangunan yang rosak dan runtuh yang terpaksa diperbaiki akibat material yang tidak berkualiti dek kerana rasuah. Kalau masih ingat, laporan akhbar satu ketika dahulu telah menyatakan harga skrew yang beberapa ringgit sahaja melambung menjadi puluhan dan ratusan ringgit. Bukankah ini datang daripada rasuah yang akan membangkrapkan negara? Itu belum lagi rasuah yang dipanggil dengan istilah 'komisen' dan sebagainya yang boleh mencecah jutaan ringgit. Ringkasnya, selagi rasuah bermaharajalela dalam negara, maka itulah antara penyebab utama kepada kebangkrapan negara. Dalam hal ini, nabi SAW telah bersabda, maksudnya: "Laknat Allah kepada pemberi dan penerima rasuah', dan 'Pemberi dan penerima rasuah dalam neraka'. Renung-renungkanlah. Wallahu'alam.
Followers
Saturday, May 29, 2010
Negara Akan Muflis Akibat Subsidi?
Labels:
Antarabangsa,
Hukum,
Umum
Thursday, May 27, 2010
DOA MERINGANKAN BEBAN HUTANG
Imam Abu Daud meriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri r.a. menceritakan pada suatu hari Rasululullah SAW memasuki masjid. Tiba-tiba didapati di dalamnya seorang lelaki dari Ansar yang dikenali dengan Abu Umamah sedang duduk. Lalu Rasulullah SAW bersabda, "Wahai Abu Umamah kenapa aku melihat kamu di dalam masjid di luar waktu solat?"
Beliau menjawab, "Kedukaan telah menyelubungiku akibat hutang-hutang wahai Rasulullah". Rasulullah SAW bersabda, "Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu kata-kata (doa) yang jika kamu bacanya nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menghilangkan kedukaanmu dan melunasi hutangmu?".
Beliau menjawab, "Aku amat inginkannya wahai Rasulullah". Rasulullah bersabda, "Apabila menjelang pagi dan malam katakanlah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ
Maksudnya: Ya Allah Ya Tuhanku! Aku memohon perlindungan denganMu daripada keresahan dan kedukaan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada kelemahan dan kemalasan, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada sifat pengecut dan bakhil, dan aku memohon perlindungan denganMu daripada tekanan hutang dan penguasaan para lelaki.
Abu Umamah pun melakukannya dan Allah telah menghilangkan kedukaannya dan melunasi hutangnya. (Riwayat Abu Daud )
LUNASI HUTANG JIWA AKAN TENANG
Pada hari ini, kebanyakan kita terlibat dengan hutang. Kebiasaannya kita memberi kenderaan dan rumah secara hutang dengan syarikat kewangan. Amat sedikit di kalangan kita yang mampu membeli semua itu secara tunai. Malah ada yang membeli kelengkapan rumah secara berhutang atau secara ansuran. Bagi masyarakat kota pula kad kredit adalah umpama kad ajaib untuk mereka membeli keperluan harian mereka dengan berhutang. Pendek kata, amalan berhutang sudah menjadi budaya biasa di kalangan hampir seluruh penduduk Malaysia. Mungkin di kalangan mereka itu peniagalah yang paling banyak berhutang. Mereka berhutang untuk memulakan perniagaan atau membesarkannya. Hal ini mungkin tidak dapat dielakkan lagi oleh kebanyakan peniaga kerana tidak memiliki wang simpanan yang dapat memenuhi keperluan perniagaan mereka. Mereka terpaksa menagih hutang dengan institusi-institusi kewangan, malah ramai juga yang menjadikan saudara mara serta sahabat handai sebagai tempat untuk mereka berhutang.
HUTANG WAJIB DIBAYAR
Satu hal yang amat penting apabila berhutang ialah membayar hutang. Ramai di kalangan kita yang pandai berhutang tetapi tidak pandai membayar atau melengahkan pembayaran hutang. Di dalam Islam, hutang dianggap sebagai satu amanah yang wajib dilaksanakan apabila sampai tempoh yang dijanjikan.

Islam menganggap hutang itu sebagai beban yang menjadi amanah untuk diselesaikan dan dilunaskan. Bayangkan jika seseorang yang berhutang itu meninggal dunia, maka dia akan dipertanggungjawabkan ke atas hutang yang belum dilunaskannya. Jika dia mempunyai harta pusaka, maka hendaklah diselesaikan bahagian hutangnya terlebih dahulu sebelum dibahagi-bahagikan kepada waris-warisnya. Begitulah beratnya tanggunggan orang yang berhutang. Oleh itu, Islam menasihatkan umatnya agar menghindarkan diri daripada berhutang kecuali kerana sangat-sangat memerlukan. Jikapun terpaksa berhutang, hendaklah dengan niat dan azam untuk membayar hutang berkenaan. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ أَخَذَ أَمْوَالَ النَّاسِ يُرِيدُ أَدَاءَهَا أَدَّى اللهُ عَنْهُ ، وَمَنْ أَخَذَ يُرِيدُ إِتْلاَفَهَا أَتْلَفَهُ اللهُ
Maksudnya: Sesiapa mengambil harta orang lain (berhutang) dan berniat akan membayarnya, maka Allah akan luluskan niatnya itu. Tetapi sesiapa mengambilnya dengan niat akan membinasakannya (dengan tidak membayar) maka Allah akan membinasakannya. (Riwayat al-Bukhari )
Orang tidak membayar hutangnya akan menjejaskan amalannya apabila ditagih hutang tersebut selepas kematiannya. Sabda Rasulullah SAW:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ دِينَارٌ أَوْ دِرْهَمٌ قُضِيَ مِنْ حَسَنَاتِهِ لَيْسَ ثَمَّ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ
Maksudnya: Sesiapa yang mati sedangkan dia berhutang dalam bentuk dinar atau dirham, maka akan dilunasinya dari kebaikan-kebaikannya (pahala-pahalanya) sehingga habis (nilai) dinar dan dirham tersebut. (Riwayat Ibnu Majah )
Amatlah malang bagi orang yang tidak membayar hutang kerana segala amalan kebajikannya akan hilang untuk menggantikan hutangnya di atas dunia. Malah di dalam riwayat yang lain, Rasulullah menyatakan bahawa jiwa orang yang berhutang akan tergantung sehinggalah dilunasi hutang-hutangnya itu .
MELENGAHKAN PEMBAYARAN HUTANG ADALAH SATU KEZALIMAN
Walaupun seseorang itu ada niat untuk membayar hutang namun dia tidak tetap bersalah jika melengah-lengahkannya. Sabda Rasulullah SAW:
مَطْلُ الْغَنِىِّ ظُلْمٌ
Maksudnya: Perbuatan melengah-lengahkan pembayaran hutang oleh (atau kepada) seorang yang kaya adalah satu kezaliman. (Riwayat al-Bukhari )

Ibnu Hajar mentafsirkan maksud al-ghani (orang kaya) di sini dengan dua andaian. Jika al-ghani (orang kaya) di sini bermaksud orang yang berhutang (fa'il) maka maksudnya menjadi perbuatan orang kaya yang melengahkan pembayaran hutang adalah satu kezaliman. Jika al-ghani (orang kaya) di sini bermaksud orang yang dibayar hutang atau yang memberi hutang (maf'ul) maka maksudnya menjadi perbuatan melengahkan pembayaran hutang kepada orang kaya adalah satu kezaliman. Berdasarkan tafsiran kedua ini bermakna jika melewatkan pembayaran hutang kepada orang yang kaya adalah satu kezaliman maka melewatkan pembayaran hutang kepada orang yang tidak kaya adalah lebih buruk daripada itu .
Petikan daripada buku : Etika Perniagaan Dalam Islam, oleh Mohd Zaini Yahya & Mohd Sukki Othman
Lukisan Aje Ni...
Monday, May 24, 2010
Menangani Kemarahan
Terdapat pelbagai kaedah untuk menangani kemarahan. Kaedah-kaedah tersebut bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah kaedah untuk mengelakkan kemarahan. Bahagian kedua ialah kaedah untuk meredakan kemarahan dan menghilangkannya.
Kaedah pertama: Mengelakkan Kemarahan
1. Menghiasi diri dengan sifat pemaaf
Di dalam al-Quran Allah SWT memuji orang-orang yang menahan kemarahan dan memaafkan orang lain: Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 134 bermaksud: ... Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik.
Sirah Rasulullah SAW, para rasul dan para nabi penuh dengan kisah-kisah kemaafan kepada umat mereka. Walaupun mereka ditentang habis-habisan, dimaki hamun, dicerca dan diancam akan dibunuh, namun mereka tetap memaafkan umat dan berharap umat mereka akan sedar dan menerima hidayah. Sebagai contohnya ialah ketika Rasulullah SAW mengalami luka di muka dan patah giginya di dalam peperangan Uhud, namun baginda menolak cadangan supaya memohon diturunkan bala kepada kaum musyrikin. Sebaliknya baginda berdoa, “Ya Allah Ya Tuhanku, berilah hidayah kepada kaum ku. Sesungguhnya mereka tidak memahami”. Kesabaran dan sifat pemaaf itulah menjadi sumber ketenangan para rasul dan para nabi dalam menghadapi pelbagai ujian dan tribulasi dalam usaha dakwah mereka.
2. Mengelakkan Diri Dari Faktor-faktor Yang Menimbulkan Kemarahan
Kita hendaklah mengenali diri kita terlebih dahulu. Apakah yang kita suka dan apakah yang kita benci. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada perkara yang kita benci agar tidak menimbulkan kemarahan. Sebagai contohnya jika kita tidak suka kepada tabiat merokok rakan kita, kita hendaklah menyatakan kepadanya dengan penuh hikmah. Apabila rakan kita memahaminya, dia akan cuba menghindari tabiat buruknya apabila bersama kita.
3. Berdoa
Berdoa merupakan langkah yang amat berkesan untuk mengelakkan diri kita mudah rasa marah. Oleh yang demikian, nabi SAW telah menjelaskan bahawa ’doa itu senjata bagi orang yang beriman’. Antara doa yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW ialah:
Ya Allah berikanlah kekuatan jiwa padaku, sucikanlah jiwaku, Engkaulah yang paling elok yang menyucikannya, Engkaulah walinya dan Engkaulah tuannya.
Ya Allah Ya Tuhanku, Yanga Maha Mengetahui Perkara Yang Ghaib dan Nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan segala sesuatu dan Pemiliknya. Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Engkau. Aku Memohon dengan Engkau daripada keburukan diriku dan daripada keburukan Syaitan serta sekutunya. Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada Abu Bakr al-Siddiq r.a.
Di samping itu terdapat banyak lagi doa-doa lain yang boleh diamalkan yang boleh diambil daripada buku-buku doa yang dijual di pasaran.
Kaedah Kedua: Meredakan Kemarahan
Apabila timbul kemarahan dalam diri disebabkan faktor-faktor tertentu, kita hendaklah cuba untuk meredakannya dan mententeramkannya. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk meredakan kemarahan ialah:
1. Mengambil wuduk
Sabda Rasulullah SAW bermaksaud: Sesungguhnya kemarahan itu datang daripada syaitan. Sesungguhnya syaitan itu dijadikan daripada api. Hanya terpadam api itu dengan air. Maka jika kamu merasa marah maka hendaklah kamu berwuduk.
2. Mengubah ke posisi yang lebih rendah
Seseorang yang marah boleh meredakan kemarahannya dengan mengubah posisinya kepada yang lebih rendah. Umpamanya jika dia dalam keadaan berdiri, dia hendaklah duduk, dan jika dia dalam keadaan duduk, dia hendaklah berbaring. Sabda Rasulullah SAW, bermaksud: Jika kamu merasa marah sedangkan kamu sedang berdiri hendaklah kamu duduk, jika kemarahan itu hilang (maka tidak mengapa), jika tidak (juga reda kemarahan itu) maka hendaklah kamu berbaring.
3. Mendiamkan diri
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : Jika kamu merasa marah, maka diam (tidak berkata-kata). Mendiamkan diri adalah penawar yang mujarab kepada kemarahan. Ia akan memberi ruang untuk kita berfikir sejenak dan membuat pertimbangan berdasarkan akal bukan emosi. Jika seseorang itu melahirkan kemarahan dalam kata-kata nista ia akan mengundang padah yang lebih parah. Emosi akan menguasai diri, syaitan akan mencelah dan memainkan peranan yang membawa kepada perseteruan yang berpanjangan.
4. Mengucap Isti’azah (A’uzubillah)
Diriwayatkan dalam sahih Bukhari bahawa pada suatu ketika dua lelaki bertengkar di sisi Rasulullah SAW. Salah seorang yang merah mukanya mencela seorang lagi dengan penuh kemarahan. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya aku akan mengajar kamu satu kalimah yang jika dibacakannya akan hilang kemarahannya, iaitulah bacaan “A’uzu billahi minasy syaitanir rajim”.
Ucapan isti’azah ini hendaklah dilakukan dengan penuh rasa kebergantungan kepada Allah dan memohon bantuannya daripada syaitan dan kuncu-kuncunya. Firman Allah dalam surah al-A’raf ayat 200 bermaksud: Jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.

Adaptasi daripada buku Mengurus Stres: Islam Ada Caranya oleh Mohamad Zaini Yahaya & Mohd Sukki Othman
Labels:
Adab,
Pegangan,
Penghayatan
Larangan Judi
Tidak ada untungnya pemberian lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia 2010, sebaliknya ia hanya akan mengundang kemurkaan Allah dan kerosakan serta masalah sosial dalam masyarakat. Judi adalah termasuk dalam perbuatan dosa-dosa besar yang diharamkan Allah. Renungi firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 90-91 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berkorban untuk berhala , dan bertenung nasib ialah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu berusaha menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat, maka berhentilah kamu daripada pekerjaan itu”.(Surah al-Maidah: ayat 90-91)
Tuesday, May 18, 2010
Berkenalan Dengan Mazhab 4
Mazhab Hanafi:
Pengasasnya ialah Imam Abu Hanifah al-Nu'man (70 - 150 Hijrah). Antara anak muridnya yang masyhur ialah Imam Abu Yusuf (113-182H), Muhammad Bin al-Hasan al-Syaibani (132-189H). Mazhab Hanafi merupakan mazhab tertua dalam kalangan mazhab yang empat. Ia merupakan mazhab yang dipegang di Iraq pada zaman Abbasi. Ia juga merupakan mazhab rasmi dalam muamalat pada zaman Kerajaan Uthmaniah
Mazhab Maliki:
Pengasasnya ialah Imam Malik Bin Anas (95-179 Hijrah). Dilahir, dibesarkan serta meninggal dunia di Madinah. Justeru, beliau digelar 'Imam Darul Hijrah'. Antara murid Imam Malik ialah Muhammad Bin al-Hasan, Imam Syafei dan sebagainya. Mazhab ini bermula di Madinah dan seterusnya berkembang hingga ke Bahrain, Kuwait, Morocco, Andalus, Afrika Utara dan lain-lain.
Mazhab Syafei:
Pengasasnya ialah Abu Abdullah Muhammad Bin Idris al-Syafei (150-204 Hijrah). Dilahirkan di Gaza, Palestin pada tahun yang sama Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Membesar di Makkah dan berguru kepada Imam Malik, kemudian berpindah ke Baghdad pada tahun 195 H. Ketika di Iraq, beliau menghasilkan beberapa buku dan pandangannya di Iraq dikenali sebagai 'qaul qadim'. Kemudian berhijrah ke Mesir tahun 200H dan menghasilkan kitab 'al-Risalah' dalam Usul Fiqh, dan 'al-Umm' dalam fiqh. Pandangan Imam Syafei di Mesir dikenali sebagai 'qaul jadid'. Antara murid Imam Syafei ialah Imam Ahmad Bin Hanbal, al-Buwaiti dan sebagainya. Mazhab Syafei berkembang di Mesir, Yaman, Asia Tenggara.
Mazhab Hanbali:
Pengasasnya ialah Abu Abdullah Ahmad Bin Hanbal al-Syaibani. Dilahirkan di Baghdad tahun 164 Hijrah dan berhijrah ke serata tempat untuk menuntut ilmu. Antara kitabnya yang masyhur ialah Musnad Imam Ahmad yang mengumpulkan di dalamnya hampir 40 ribu hadis.

Sunday, May 16, 2010
Mushaf al-Burhan 17 in One
Dapatkan segera Mushaf al-Burhan 17 in One terbitan 2010 dengan harga yang amat istimewa. Antara keistimewaan Mushaf ini ialah menampilkan doa-doa amalan, indeks ayat ekonomi, atlas, panduan tadabbur al-Quran, tajwid, Asbabun Nuzul dan sebagainya. Sesuatu yang istimewa juga dalam buku ini ialah ia menampilkan setiap hadis Rasulullah yang menerangkan serta membahaskan ayat-ayat al-Quran. Sesiapa yang berminat, sila email saya dengan segera : shauqi02@yahoo.com. "Sebaik-baik orang di antara kalian adalah mereka yang mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya" (Hadis Riwayat Imam Bukhari)
Labels:
buku,
Tafsir al-Quran,
Umum
Thursday, May 13, 2010
Sahabat Nabi Yang Banyak Meriwayatkan Hadis
1. Abu Hurairah - 5374 hadis
2. Abdullah Bin Umar - 2630 hadis
3. Anas Bin Malik - 2286 hadis
4. Aisyah Ummul Mukminin - 2210 hadis
5. Abdullah Bin Abbas - 1660 hadis
6. Jabir Bin Abdullah - 1540 hadis
7. Abu Sa'id al-Khudri - 1170 hadis
Thursday, May 6, 2010
Manusia Makan Orang
Mahkamah Rusia telah menjatuhkan hukuman penjara dengan kawalan maksimum ke atas dua lelaki yang didapati membunuh dan memakan seorang gadis berumur 16 tahun pada Januari lalu. Menurut Mahkamah Bandar St. Petersburg, seorang lelaki berusia 21 tahun yang merupakan peminat muzik rock Goth dijatuhkan hukuman 19 tahun tahun penjara dengan kawalan maksimum. Sementara itu, rakan subahatnya yang berumur 20 tahun dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun juga dengan kawalan maksimum.
Menurut mahkamah itu, kedua-dua lelaki itu telah menggoda mangsa untuk datang ke apartmen mereka, di mana mangsa telah dilemaskan di dalam tab mandi sebelum anggota badannya dimasak di dalam ketuhar. – AP
Subscribe to:
Posts (Atom)