Saturday, August 14, 2010

Makan Buah-Buahan Dahulu


Oleh: Ustaz Shauqi

Kalau kita meneliti ayat al-Quran ketika membicarakan tentang makanan penghuni syurga, Allah SWT telah menyebut tentang 'buah' dahulu sebelum menyebut tentang 'daging'. Hal ini mungklin ada kaitan dengan kesihatan manusia kerana buah mengandungi kandungan 'gula ringkas' yang diperlukan oleh badan manusia terutama ketika kita nak berbuka puasa dan ia adalah sesuatu yang mudah dihadamkan, serta dapat memberi tenaga awal pada tubuh badan kita. Ia juga dapat menghilangkan rasa lapar. Akan tetapi, kalau kita mula makan daging dulu ketika berbuka puasa contohnya, perut kita memerlukan lebih kurang 3 jam untuk memproses penghadamannya. Mungkin inilah hikmah yang dapat kita petik daripada ayat al-Quran dalam Surah al-Waqi'ah ayat 20-21 yang bermaksud: Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Oleh itu, pastikan semasa kita berbuka puasa untuk kita makan buah terlebih dahulu seperti 'kurma' , selepas itu, barulah makan nasi beserta lauk-pauk yang lain. Selamat Berpuasa!

1 comment:

  1. Ustaz, tak sangka PISANG jugak - iaitu buah dari negara tropika - pon ada disebut dalam al-Quran. Ingatkan buah dari negara Arab sahaja ada disebut dalam Quran seperti buah Tin dan Zaitun. Ana memang minat makan pisang dari kecil tapi tak tau ia juga disebut dalam Qu'ran “...berada di antara pohon bidara yang tidak berduri, dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya), dan naungan yang terbentang luas...”(QS Al-Waqi’ah : 28-30).

    ABU BASHIRAH - KG JAWA, KLANG

    ReplyDelete