Tuesday, September 14, 2010

Datuk terlibat dengan Jenayah


Akhir-akhir ini, terdapat pelbagai kes jenayah yang melibatkan golongan yang mempunyai gelaran seperti 'Datuk' dan sebagainya. Kes terbaru ialah jenayah yang melibatkan jutawan kosmetik iaitu Datuk Sosilawati Lawiya yang dibunuh. Suspek utama kes ini dikatakan seorang yang bergelar 'datuk' yang memang dah 'biasa' dengan kegiatan jenayah. Sesuatu yang amat memalukan apabila seseorang yang dianggap berjasa kepada masyarakat, lalu dianugerahkan gelaran yang mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, terlibat dalam kes-kes jenayah. Bukan seorang dua, tetapi ramai. Ada 'datuk' yang terlibat dengan sindiket pelacuran, gangsterisme dan sebagainya. Oleh yang demikian, bagi memelihara nilai 'gelaran' tersebut, sewajarnya diambil berat hal ini. Seseorang yang nak dianugerahkan sesuatu gelaran hendaklah dinilai dari sudut keperibadian dan akhlaknya juga.... bukan diberikan hanya kerana dia memberi sumbangan kewangan yang banyak pada masyarakat sahaja. Sepatutnya juga, anugerah 'datuk' dan seumpamanya ini diberikan kepada golongan yang benar-benar layak seperti para ilmuwan yang memberikan sumbangan yang bermakna pada masyarakat. Janganlah anugerah hanya diberikan berdasarkan populariti semata-mata. Apa yang penting.... nilailah keperibadian dan akhlak orang tersebut.

No comments:

Post a Comment