Friday, January 14, 2011

Isu Bantahan Laungan Azan dari Peguam MCA

Pihak pengurusan Majid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi mengambil pendekatan memperlahankan bunyi pembesar suara ketika laungan azan termasuk ketika solat Jumaat, ekoran aduan seorang peguam bukan Islam yang mendakwa bunyi solat di masjid itu "amat lantang". Ketua imam masjid berkenaan Mahadi Abdullah berkata pihaknya mengurangkan kadar laungan azan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akhir Disember lalu. "Selepas berjumpa dengan JAWI, kita memperlahankan sedikit laungan azan (pembesar suara) pada setiap waktu solat. NONE"Ketika khutbah Jumaat, kita menggunakan pembesar suara dalam dewan solat sahaja," katanya ketika ditemui Malaysiakini petang ini. Mahadi yang mula bertugas di masjid berkenaan sejak Mac tahun lalu berkata keputusan pihak masjid itu menimbulkan 'rasa tidak puashati' di kalangan penduduk yang majoritinya orang Melayu.

Arahan pihak atasan Bagaimanapun, Mahadi berkata beliau "tidak boleh buat apa-apa kerana ia adalah arahan pihak atasan". "Kita terpaksa ikut," katanya sambil menambah pertemuan beliau dengan pihak JAWI berlangsung pada akhir Disember lalu. Mahadi berkata beliau difahamkan aduan peguam tersebut yang tinggal di Pantai Hill Park - dimajukan terus kepada perdana menteri sebelum dipanjangkan kepada menteri di Jabatan Perdana Menteri dan JAWI serta akhirnya dimaklumkan kepada pihak masjid. Katanya, dalam surat tersebut - yang salinannya diberi oleh JAWI kepada pihak masjid - peguam itu mendakwa bunyi solat Subuh di masjid itu "amat lantang" sehingga mengejutnya dari tidur. Difahamkan peguam tersebut tinggal di pangsapuri berkenaan - yang terletak lebih kurang satu kilometer dari situ. Mahadi berkata, pihaknya dimaklumkan oleh JAWI bahawa beberapa hari sebelum ini, peguam berkenaan ada menelefon jabatan itu, merungut bahawa bunyi azan "masih lagi kuat". Sehubungan itu, Mahadi meminta peguam berkenaan bertemu dengan pihak pengurusan masjid untuk menyelesaikan perkara tersebut. Mengenai rungutan penduduk yang mereka tidak lagi mendengar bacaan al-Quran dan pengajian kuliah Maghrib manakala laungan azan Jumaat yang perlahan sekarang, Mahadi sekali lagi berkata: "Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kita hanya terima arahan dari pihak atasan".

Majlis Ayahanda Malaysia

NONESelain memperlahankan kadar pembesar suara bagi laungan azan, Mahadi berkata pihaknya turut mendapatkan maklum balas dari penghuni pangsapuri Pantai Hill Park (kelihatan di belakang masjid). "Kira-kira 10 orang yang ditanya, kebanyakanya berkata laungan (pembesar suara) azan adalah biasa, tidak mengganggu tidur... tak ada apa-apa (masalah), tak ganggu," katanya. Ditanya mengenai rancangan sekumpulan individu untuk mengadakan perhimpunan membantah tindakan peguam berkenaan, Mahadi berkata, pihaknya ada mendengar mengenainya. "Tetapi kita (masjid) tidak terlibat apa-apa," katanya sambil menambah beliau tidak mengetahui identiti kumpulan berkenaan.

Sementara itu, Malaysiakini dimaklumkan perhimpunan memprotes aduan peguam tersebut akan diadakan selepas solat Jumaat di masjid tersebut esok, yang akan diketuai sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Majlis Ayahanda Malaysia.

Ketika dihubungi Malaysiakini, penolong setiausaha majlis tersebut, Amin Rahim Harun berkata, kira-kira 500 orang akan menyertai perhimpunan itu.

"Kita tidak mahu perkara ini berlarutan kerana ia menjadi isu sensitif kepada orang Melayu," katanya.


Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/153344

6 comments:

  1. Dh betul la mcm tu, kita sentiasa bersifat mementingkan diri. Bila melaung azan, kita x pikir sebanyak mana bakul makian org bkn islam pada kita walhal, laungan azan itu seharusnya sesuatu yg mulia.

    Kita mengamuk bila tokong2 atau kuil2 pasang speaker sekuat2nya dgn bacaan keaagamaan dorang, tp kita x penah pk bagaimana tahrim dan azan mengganggu dorang. Cukuplah azan dilaungkan dlm masjid sahaja, sbb suma org islam dh tau waktu dan ada dlm radio atau televisyen.

    Islam itu hormat-menghormati, tp sayangnya, umat islam dimalaysia tidak mengamalkannya..

    ReplyDelete
  2. kena bezakan antara tarhim (bukan tahrim ler- sebut pun tak reti nak komen) dan azan... tarhim bukan syiar tapi azan merupakan syiar agama Islam bertujuan untuk panggil orang menunaikan solat... kalau sekadar azan dalam masjid apakah ia menepati konsep panggil orang ke masjid? Kalau pun nak bertoleransi , janganlah sampai nak gadai syiar Islam... Buat sesuatu biar dgn ilmu jgn pakai logik dan emosi saja

    ReplyDelete
  3. nak tanya, azan ni syiar islam ke? Setahu saya xde ayat dlm quran pun yg Allah menyuruh supaya azan dilaungkan. Saudara mungkin dilahirkan sebagai Islam, tp tidak saya. Sy beragama Kristian sblm memeluk Islam. Sblm masuk Islam, sy rasakan laungan azan ini benar2 menggangu malah ada kalangan kawan2 saya yg menyumpah2 apabila azan dilaungkan. Adakah itu tujuan azan dilaungkan, menambah kebencian org agama lain pada Islam? Saudara seharusnya sebagai manusia cuba duduk pada situasi org lain, apa saudara akan buat kalau tokong2 atau kuil2 pasang speaker sekuat2nya melaungkan doa2 mereka? Jgn buta dan bersifat mementingkan diri, kerana Islam tidak mengajarkan yg sedemikian, kalau saudara membaca quran..

    ReplyDelete
  4. Islam agama ilmu... so bila kita terima islam sebagai agama, kita kena belajar agar tidak tersasar dari kebenaran... dalam al-quran ada ayat yang menunjukkan kepada azan iaitu dalam surah Jumuah Allah menyatakan yang bermaksud: "Apabila diseru pada hari Jumaat, maka bersegeralah mengingati Allah dan tinggalkan jual beli" Maksud 'diseru' adalah azan. Boleh rujuk mana-mana kitab tafsir kalau nak lebih detail.
    Azan merupakan syiar bagi Islam apabila masuk waktu solat. Rasulullah saw bersabda: Maksudnya:
    “Apabila masuk (waktu) solat, hendaklah seseorang kamu azan untuk kamu.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Nasa’i dan Ahmad.)

    Ia mesti dikumandangkan dengan suara lantang hingga didengari oleh orang ramai. Ini kerana tujuan azan ialah memberi makluman kepada orang ramai. Inilah yang dimaksudkan oleh ungkapan Nabi saw “hendaklah seseorang kamu azan” Ini kerana azan bermaksud “memberi makluman”.

    Justeru itu ia mesti dikumandangkan oleh orang yang lantang suaranya sebagaimana sabda Nabi saw Maksudnya:
    “sesungguhnya dia lebih lantang suaranya berbanding kamu”

    (Hadis riwayat Abu Dawud dan dihukumkan sahih oleh al-Albani)

    Apakah kerana orang bukan Islam benci pada azan, maka kita perlu mengikuti kehendak mereka? Jadi kalau mereka tak suka orang Islam solat, maka tak boleh solatlah ye... Kalau macam tu, rosaklah agama. Sedangkan mereka benci sebab mereka tak tahu dan tak kenal... tak kenal maka tak cinta... Di sebuah gereja di Amerika, mereka memanggil muslim mengumandangkan azan dalam gereja... kerana kata mereka sedap didengar (boleh tengok dalam Youtube)... Jadi, masalah suka dan tak suka tu tak boleh dijadikan alasan.

    Masalah rumah ibadat bukan Islam... ia sepatutnya dibina di kawasan penempatan orang bukan Islam, jadi tak timbul apa2 masalah.

    Kesimpulannya, ajaran Islam mengajar kita bersifat toleransi dengan agama lain, tapi jangan sampai menggadai prinsip, syariat dan syiar Islam apatah lagi dalam sebuah negara umat Islam.

    al-Quran bukan sekadar untuk dibaca, tapi difahami isi kandungannya serta jangan lupa juga untuk merujuk hadis nabi SAW. Caranya ialah dengan menuntut ilmu sebagaimana sabda nabi yang bermaksud: sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan padanya, maka difahamkannya perkara agama.

    ReplyDelete
  5. as-salam.

    perhatikan doa selepas azan @ iqamah

    Maksudnya:
    Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelirara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

    cuma lagi bagi mereka yg tidak memahami islam terutamanya org bukan islam kita kena terangkan pd dorang. islam mengajar penganutnya agar menghormati agama2 lain juga. bukan bermaksud kita redha dengan agama mereka...cuma menunjukkan betapa indahnya islam kepada mereka...wallahualam

    ReplyDelete
  6. Assalamualaykum wbt,

    In the Malaysian constitution, Islam the principal religion.
    This implies that Islam practices in public spaces are legal.
    That lawyer may only practice the law but not acting in accordance to the Malaysian constitution.
    He/She portray 'educated' and 'professional' but failed to apply his/her professional practice accordingly.
    Therefore he/she is indeed an ignorant to what foundation Malaysia is build upon.
    I believe many others who commented about this issue do no read the Malaysian constitution
    and understand what is the implication to everyday life in Malaysian.

    ReplyDelete