Thursday, January 13, 2011

Nasib Pelajar Miskin


1. Tindakan Kementerian Pelajaran mengarahkan Rancangan Makanan Tambahan [ RMT ] untuk murid miskin dihentikan serta merta adalah suatu yang sangat mengecewakan.

2. Surat Kementerian Pelajaran Malaysia [ KPM ] 29 / 12 / 2010 No: KP (Bkew/BT)1910/RMT/A5, Jld.5(97) yang mengarahkan agar Rancangan Makanan Tambahan ditamatkan serta merta atau selewat - lewatnya 12/1/11 dilihat akan memberi kesan kepada ribuan pelajar miskin yang berada dibawah Rancangan Makanan Tambahan tersebut.

3. Langkah Kementerian Pelajaran itu bukan sahaja menafikan hak pelajar miskin mendapat bantuan kerajaan tetapi juga akan menjejaskan tumpuan mereka kepada pelajaran dan sekaligus menjejaskan masa depan mereka.

4. Jika kerajaan boleh memberi pelbagai skim galakan kepada sektor - sektor lain serta memberi peruntukan yang wajar, kenapa kerajaan sanggup korbankan pelajar - pelajar miskin ?

Sumber: http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=2260

No comments:

Post a Comment