Followers

Thursday, April 21, 2011

RM50 juta sedia e-mel tidak munasabah, membazir


KUALA LUMPUR, 21 April: Pelaburan RM50 juta oleh kerajaan Malaysia bagi menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas, dianggap sebagai tidak munasabah dan merupakan satu pembaziran nyata yang dilakukan oleh kerajaan.

Menurut Ketua Penerangan GAMIS Pusat, Mohd Yusof Hadhari , rakyat melihat hari ini, pelbagai penyedia perkhidmatan e-mel percuma seperti Yahoo, Gmail, Hotmail dan lain-lain sedangkan kini kerajaan Malaysia dengan murah hati menyediakan RM50 juta untuk perkhidmatan emel tambahan kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.

“Emel@1Malaysia dikhabarkan akan diguna bagi urusan menghantar bil dan sebagainya. Jadi, apa perlunya kerajaan berbelanja RM50 juta untuk memperkenalkan e-mel 1Malaysia?

“Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?” soalnya.

Menurutnya lagi, lebih meragukan, apabila kontrak bagi menyediakan perkhidmatan e-mel 1Malaysia ini diberikan kepada sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Berhad yang sedang menghadapi masalah kewangan dan juga sebuah syarikat yang mempunyai rekod kewangan yang buruk.

“Saya kira RM50 juta satu nilai yang cukup tinggi, projek emel 1Malaysia ini jelas kepada kita satu projek yang tidak munasabah dan merupakan pembaziran paling nyata jika diteruskan juga.

“Saya cadangkan supaya RM50 juta itu di salurkan atau ditambah dalam dana pendidikan. Sepertimana yang kita maklum, biaya pendidikan yang harus ditanggung para mahasiswa kini semakin membengkak,” ujarnya.

Gamis juga, katanya mengharapkan kerajaan akan menimbang semula cadangan untuk menyediakan akaun e-mel 1Malaysia tersebut.

2 comments:

  1. Bagi saya mungkin jumlahnya itu patut dikurangkan tapi harus tetap di jalankan... saya nampak banyak kemudahan dan kelebihan yang ada pada penubuhan email ini... maybe the advantages is not the short term advantage but long term advantages... dulu pun, mase Dr. M ade je yang tak setuju untuk pembinaan KLCC, but now... we can look it by ourselves...
    bagi soalan ini,

    “Adakah untuk mengintai maklumat peribadi pengguna emel yang berurusan dengan kerajaan?

    saya berpendapat bahawa, itu adalah salah satu cara untuk kerajaan senang detect every each person in Malaysia... dengan adanya detail yang lengkap... so kalu ada apa2, senang nak tahu emai tu dari sapa..

    ReplyDelete
  2. Askm, Kata Najib RM50juta itu tidak melibatkan duit kerajaan. Berani ke Najib nak berbohong pd rakyat? Olih itu jgn kita cepat membuat anggapan yg kurang tepat. Saya kata " kurang tepat" dan bukan "salah". Kita kena buat kaji mendalam kaedah yg telahg diguna pakai dahulu. Saya juga percaya takda " free lunch" tapi apa yg telah dilakukan bolih jadi satu inovatif yg canggih yg akhirnya akan memberi untung kpd pencipta ide tersebut. Kalau benar, maka telah berlaku satu keadaan " win-win" dan rakyat patut bersyukur.
    Mungkin ini bolih dibandingkan cerita pembinaan lebuhraya Utara-Selatanh dulu. Ramai yg menentang yg diketuai olih Lim Kit Siang ( Ketua Pembangkang ) yg sanggup menghasut rakyat berpiket menentang projek tu kerana projek itu diswastakan. Sekarang dia gunakkan lebuhraya tersebut tanpa segan silu atas kesilapannya. Sebenarnya dia tak suka atas cara negotiated tender dan penyokongnya tak dapat kotrak itu. Biasalah kerja pembangkang...tak kira apa, bangkang dulu.

    ReplyDelete