Thursday, May 5, 2011

Konsep Halalan Toyyiba


Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 168 bermaksud; Wahai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Ada 2 perkara yang ditekankan oleh Allah dalam ayat di atas iaitu Halal dan Toyyiba (Baik). Namun persoalan yang timbul apakah kedua-dua konsep itu (halalan toyyiba) diaplikasikan dalam produk makanan dalam negara kita.... atau fokus hanya diberikan kepada aspek 'halal' sahaja, manakala konsep 'toyyiba' diabaikan. Fikirkanlah .....

Kalau diamati pada ayat di atas, jelas menunjukkan bahawa arahan Allah kepada kita supaya makan bukan terhenti pada makanan yang halal semata-mata, bahkan ia melangkaui ke satu tahap yang lebih daripada itu iaitu makanan yang baik. Oleh yang demikian, kita diperintahkan agar memakan makanan yang halal yang bersifat elok dan baik. Namun pada hari ini didapati bahawa produk yang ada cop 'halal' sekalipun, belum tentu menepati kriteria yang kedua iaitu 'baik'. Apatah lagi produk yang mengandungi bahan kimia berbahaya seperti Benzoyl Perioxide dan bahan-bahan lain yang boleh memudaratkan.



No comments:

Post a Comment