WHO turut menjelaskan, Malaysia membelanjakan AS$500 juta (kira-kira RM1.5 bilion) untuk alkohol dengan kadar penggunaan per kapita sebanyak 7 liter, manakala penggunaan bir pula mencecah 11 liter per kapita.
Perkara ini seharusnya dipandang serius oleh kerajaan bagi membanteras supaya ianya tidak merebak di kalangan masyarakat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Jikalau ianya tidak dibendung maka peminum arak akan terus meningkat di Malaysia dan ianya akan menyebabkan menularnya gejala-gejala negatif yang lain.
Hukuman Islam Terhadap Minum Arak
Hukuman terhadap kesalahan minum arak bertujuan memelihara akal fikiran manusia. Tanpa keupayaan menggunakan akal fikiran, manusia tak ubah seperti haiwan yang tidak dapat membezakan di antara yang baik dan buruk. Hukuman Hudud kepada peminum arak bukanlah sekadar untuk memelihara kebaikan individu sahaja, malahan ia bertujuan untuk menjaga keselamatan dan kesejahteraan orang ramai. Selain daripada merosakkan akal orang yang meminumnya, arak juga boleh mendorong seseorang melakukan jenayah yang lain seperti berzina, membunuh dan sebagainya. Arak juga boleh mencetuskan permusuhan sebagaimana yang disebut dalam al-Quran,
Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, sesungguhnya arak, judi, berkorban untuk berhala , dan bertenung nasib ialah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan, maka jauhilah perbuatan-perbuatan tersebut agar kamu mendapat keuntungan. Sesungguhnya syaitan itu berusaha menimbulkan permusushan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi itu, dan menghalangi kamu daripada mengingati Allah dan mengerjakan solat, maka berhentilah kamu daripada pekerjaan itu”.(Surah al-Maidah: ayat 90-91)
Hukuman atas kesalahan minum arak berdasarkan kepada dalil-dalil berikut:
a) Sabda Nabi s.a.w.:
من شرب الخمر فاجلدوه
Maksudnya: Barang siapa minum arak maka sebatlah dia. (Riwayat Ahmad)
b) Rasulullah s.a.w. pernah melaknat peminum arak dan orang-orang yang terlibat dengan arak. Sabda Nabi s.a.w.:
لعن الله الخمر وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وعاصرها ومعصرها وحاملها ومحمولة إليها
Maksudnya: Allah s.w.t telah melaknati arak, peminum, pemberi minum, penjual, pembeli, pemerah, orang yang diperah untuknya, pembawa dan orang yang dibawa kepadanya arak[1]. (Riwayat Abu Dawud)
c) Telah sabit daripada Nabi s.a.w. bahawa baginda pernah memukul peminum arak. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a. yang bermaksud: “Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. seorang yang telah meminum arak. Baginda lalu memukulnya dengan kasut sebanyak empat puluh kali. Begitu juga Abu Bakar, pernah memukul peminum arak sebanyak itu. Apabila sampai pada zaman Umar, beliau bertanya sahabat-sahabat tentang hudud. Jawab Ibn ‘Auf: “Sekurang-kurang hudud ialah sebanyak lapan puluh kali pukul.[2]”
No comments:
Post a Comment