Tuesday, August 16, 2011

Mufti: Larangan pembesar suara bukan fatwa

Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Hassan Ahmad hari ini berkata larangan terhadap masjid atau surau di negeri itu menggunakan pembesar suara untuk bacaan Al-Quran sebelum subuh adalah
berlandaskan hukum syarak dengan nas-nas yang sahih.

Katanya tidak timbul isu kononnya larangan itu akan diperluaskan untuk melarang penggunaan pembesar suara untuk azan kerana larangan itu bukanlah satu fatwa.




azan islam call to prayer"Saya kesal atas kenyataan yang tidak profesional dan tidak berhemah daripada beberapa pihak termasuk menuduh kononnya Jawatankuasa Fatwa Negeri membuat keputusan secara melulu.

"Hal ini bukan isu politik tetapi ia arahan Nabi Muhammad SAW dan juga menjaga Islam yang harmoni," katanya kepada pemberita di Georgetown hari ini.

Hassan berkata larangan penggunaan pembesar suara itu adalah nasihat hukum, iaitu satu panduan tanpa mewartakannya dalam Enakmen Agama Islam negeri.

Katanya banyak pihak termasuk media massa telah menyalahtafsir arahan itu kerana tidak faham perbezaan antara nasihat hukum dan fatwa sehingga mengheret Majlis Fatwa Kebangsaan untuk turut terkeliru.

Hassan berkata, untuk mengeluarkan sesuatu fatwa, Majlis Fatwa Negeri perlu mendapat perkenan Yang Dipertuan Agong seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 45 Enakmen Agama Islam Pulau Pinang 2004 tetapi dalam mengeluarkan arahan nasihat hukum, ia tidak memerlukan perkenan Seri Paduka.

"Bagaimanapun, perkara itu (larangan penggunaan pembesar suara untuk bacaan Quran) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat majlis fatwa akan datang bagi membuat keputusan sama ada ianya dijadikan fatwa atau sebaliknya," katanya.

azan call for prayerBeliau berkata, dalam Islam sebenarnya terdapat dua azan subuh iaitu azan pertama ialah sebelum waktu subuh untuk mengejutkan orang ramai tetapi ianya tidak dipratikkan di negara ini bagi mengelak dari mengganggu orang ramai sebelum masuk waktu subuh.

"Islam mensyariatkan tidak mengangkat suara dengan kuat kecuali untuk azan dan beberapa rutin ibadah lain seperti khutbah dan terdapat banyak nas yang melarang kita menguatkan suara sehingga mengganggu orang lain kerana walaupun bacaan Al Quran dan zikir amatlah baik, kita tidak boleh memaksa orang lain mendengar bacaan kita," katanya.

Hassan berkata Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang telah mengeluarkan larangan itu kepada Jabatan hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) pada 12 Julai lepas kerana pentadbiran kariah adalah di bawah bidang kuasa jabatan itu.
Katanya, beliau juga bersedia untuk bertemu dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi berbincang menangani isu itu.

- Bernama

3 comments:

  1. ust, bagi sikit ulasan peribadi...
    :)azmie

    ReplyDelete
  2. Ust
    Ini pendapat peribadi saya. Saya menyokong arahan di negeri Pulau Pinang itu. Saya pernah tinggal di tepi Masjid Tabung Haji Kelana jaya pada tahun 86-89. Setiap hari Jumaat saya amat suka mendengar alunan sederhana (tidak terlalu kua) surah Alkahfi yang dipasang sebelum solat subuh, hingga saya boleh bacanya dengan lancar. Itu dulu. Akhirnya oleh kerana teguran supaya tidak mengganggu orang sakit dan kanak2, (ada seorng ibu sakit dan bayi dirumah bersebelah masjid) TH tidak menyiarkannya lagi .Sekarang saya perhatikan masjid dekat tempat tinggal saya la ni, pasang mengaji dengan volume yang tinggi tetapi jemaah bersembang tak mendengar atu pun menghayati ayat2 yang dipasang. Apabila ada orang menegur dan arahan pejabat agama supaya tidak disiarkan atau di rendahkan 'volume' ia menjadi kemarahan kepada tuan siak yang bertugas. Beliau berkata kepada saya kerana kami balik bersama 'Saya tak peduli , saya nak pasang lagi kuat,lagi lama, biar padan muka dia orang. Amboi ayat quran pun tak mau dengar..." Adakah akhlak Islam begini?

    ReplyDelete