al-Muzani masuk berjumpa al-Imam al-Syafie ketika beliau terlantar sakit yang membawa kepada kematiannya, lalu dia pun berkata : Bagaimana awak rasa wahai Abu Abdullah ?. Imam Syafie pun berkata :
Dunia akan ku tinggalkan, dengan rakan akan berpisahan, dengan buruknya amalan suatu pertemuan, gelas harapan menjadi minuman, dan kepada Allah Taala aku mendatang, Tidak ku ketahui sama ada rohku akan ke syurga maka ku gembira, atau ke neraka, maka ku kan berduka
Kemudian beliau menangis dan berkata:
Apabila kerasnya hatiku dan sempitnya perjalananku
pengharapan kemaafanMu kupinta
Betapa besarnya dosaku dan belum lagi aku menghubungkannya
dengan kemaafanMu –ya tuhanku- kemaafan paling berharga
Engkaulah yang sentiasa memaafkan daripada segala dosa
Engkau juga kan melimpahkan kemurahan dan kemaafan yang maha mulia

assalamu'alaikum ustaz...
ReplyDeleteboleh tak ustaz cerita dgn lebih lanjut macam mana berlakunye kematian imam syafie?
Saat-saat akhir
DeleteDalam usahanya untuk cuba menutup jurang perbezaan antara ajaran Imam Malik bin Anas dan Imam Abu Hanifah, Imam As-Syafi’e menghadapi banyak tentangan daripada para pengikut Mazhab Maliki yang amat taksub kepada guru mereka. Pada satu malam, dalam perjalanan balik ke rumah dari kuliah Maghribnya di Mesir, Imam As-Syafi’e telah diserang dan dipukul orang sehingga menyebabkan kematiannya. Pada ketika itu Imam As-Syafi’e juga sedang menghadapi penyakit buasir yang agak serius.
Imam As-Syafi’e meninggal dunia pada 29 Rejab tahun 204H/820M di Mesir ketika berumur 54 tahun (Hijriah), dan dikebumikan di Al-Qarafah selepas Asar. Beliau meninggalkan kepada dunia Islam sebuah kitab yang paling agung dalam bidang usul fiqh berjudul ar-Risalah. Kitab ini adalah yang terawal dalam menyatakan kaedah-kaedah mengeluarkan hukum daripada sesebuah nas al-Qur’an dan as-Sunnah. Selain itu Imam as-Syafi’e juga meninggalkan kitab fiqhnya yang termasyhur berjudul al-Umm. Ajaran Imam as-Syafi’e diteruskan oleh beberapa anak muridnya yang utama seperti Abu Yaaqub al-Buwayti (231H/846M), Rabi’ bin Sulaiman al-Marali (270H/884M) dan Abu Ibrahim bin Yahya al-Muzani(274H/888M).
Semoga Allah S.w.t merahmati Imam Muhammad bin Idris As-Syafi'e dan berada di kalangan orang-orang soleh di sana, amin.
http://unikversiti.blogspot.com/2012/01/biografi-imam-as-syafie.html