Nabi saw bersabda:
(مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَات كَتَبَ الله لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَة)- رواه الطبراني، وحسنه الألباني
Maksudnya: ‘Sesiapa yang memohon keampunan bagi orang mukmin yang lain sama ada lelaki atau perempuan, maka Allah akan memberikan ganjaran bagi setiap mukmin dan mukminah yang didoanya’.
Justeru, alangkah baiknya sekiranya seseorang itu sentiasa menadah tangan mengangkat ke hadrat Ilahi memohon keampunan daripada segala dosa bagi dirinya sendiri, ibubapanya, dan bagi seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah meninggal dunia. Bukannya susah untuk berdoa, akan tetapi malangnya, terdapat segelintir umat Islam yang sukar untuk meluangkan sedikit masa sahaja sekadar tidak sampai lima minit pun untuk berdoa kepada Allah swt. Sabda nabi saw :
الدعاء مخ العبادة- رواه الترمذي
الدعاء هو العبادة – رواه مسلم
Alangkah besarnya pahala apabila kita berdoa kepada Allah, bahkan sebagaimana yang dijelaskan oleh nabi, doa itu bukan sekadar sebagai satu ibadah, tetapi kita akan mendapat pahala yang banyak sekiranya kita berdoa untuk orang beriman yang lain. Bukannya susah untuk mendapatkan pahala, tetapi malangnya ramai umat Islam yang tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkannya.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, nabi saw bersabda: ‘Doa seseorang Muslim terhadap saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan saudaranya itu akan diterima oleh Allah …’. Oleh yang demikian ulama terdahulu telah menyatakan bahawa sekiranya mereka menginginkan agar doa mereka diterima Allah, mereka akan berdoa dengan kebaikan terhadap sahabat mereka tanpa pengetahuan saudara mereka itu.
saya setuju dengan anda, kita harus banyak-banyak berdoa kepada-Nya, salam kenal dari saya boleh singgah ke blog saya http://skrtu.blogspot.com
ReplyDelete