Followers

Friday, December 2, 2011

Kisah Sedih Tentang Solat

 
Kisah 1:

Dalam satu solat jemaah, kelihatan seorang lelaki yang tergesa-gesa masuk ke dalam masjid. Tatkala itu imam dan jemaah yang lain sedang bersolat. Oleh itu, lelaki itu agak tergesa-gesa agar sempat mendapat rakaat bersama imam. Lagak pakaiannya dengan berjubah 'ala tabligh', berjanggut lebat, seolahnya nampak seperti seorang yang bukan 'calang-calang' dari sudut ibadatnya dan ilmunya. Lalu sampai saja pada saf ... imam pun 'Allahu akbar' dan rukuk.

Dalam keadaan kelam-kabut, lelaki itu pun terus mengangkat tangan bertakbiratul ihram... Allahu Akbar. Baru saja lelaki itu nak rukuk, tiba-tiba imam pun iktidal... sami`allahu liman hamidah'. Tanpa berlengah lagi, lelaki itu pun rukuk dan terus iktidal untuk mengejar imam. Dalam hatinya berkata "Nasib baik sempat". Pada rakaat terakhir apabila imam memberi salam, lelaki itu pun turut serta memberi salam.

Pada sangkaannya solatnya selesai dah sah. Tapi malangnya akibat kedangkalan ilmu, dia masih tak tahu membezakan solat sah atau tidak. Sedangkan sebagai makmum masbuk dia perlu rukuk dan tomakninah dalam ruku bersama imam barulah dapat rakaat. Tapi oleh kerana tiada ilmu, maka begitulah jadinya.... Pakaian tidak melambangkan ilmu seseorang... walau pakai jubah, tetapi kalau tidak menuntut ilmu... ia tetap berada dalam kejahilan.


Kisah 2:

Seorang yang kelihatan sudah berusia emas berjalan perlahan-lahan menuju ke masjid. Satu persatu anak tangga masjid dilangkahi dengan penuh kepayahan. Kadang-kala kelihatan dia berhenti sebentar pada anak tangga masjid untuk menarik nafas dan berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan menaiki tangga masjid. Bukanlah tinggi sangat tangga masjid tu, tapi dek kerana kesihatan yang kurang memuaskan, ditambah diri yang semakin dimamah usia, menyebabkan agar sukar untuknya menapak laju ketika menaiki tangga masjid.

Tapi kesabaran dan keazaman yang tinggi membuatkan dia tidak peduli akan segala kesusahan dan kepayahan itu. Akhirnya dia berjaya masuk ke dewan masjid.... dan berdiri dalam saf. Matanya meliar mencari sesuatu.... Ya... dia sudah jumpa, kerusi kecil yang ditinggalkannya di masjid itu sudah dijumpai. Dia memang meletakkan kerusi di tepi dinding masjid yang digunakannya untuk menunaikan solat. Kakinya yang sakit dan lutut yang tidak boleh dibengkokkan menyebabkan beliau tidak boleh sujud macam orang lain. Dia hanya boleh sujud sambil duduk atas kerusi. Seketika imam pun bertakbiratul ihram... Allahu Akbar.

Lantas orang tua ini pun duduk atas kerusi di hujung saf dan memperbetulkan sedikit ikatan kain pelikatnya... dan dia pun .... Allahu Akbar... bertakbir dengan berniat mengikut imam. Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat. Akibatnya, solatnya tidak sah. Ini kerana sepatutnya dia bertakbiratul ihram dalam keadaan berdiri, selepas tu kalau dah tak larat baru duduk. Bukannya terus duduk dalam keadaan yang memang dia mampu berdiri.

9 comments:

  1. kalau org tu nak solat duduk, dia still kena takbiratul ihram dalam keaddan berdiri??

    ReplyDelete
  2. kandungan n3 yg bagos..

    tp perlu ke letak ayat "Malang sungguh orang tua ini kerana walau usia sudah senja tapi masih tidak tahu hukum hakam tentang solat"?

    kalau ustaz x mention mcm 2 pun kitorang leh taw la,,,sb org tua 2 xtaw la dia g buat mcm 2...

    ht2 dlm mberi teguran..
    takut2 hati kta dh dikuasai syaitan..
    wpun sgt indah jika dilihat luaran..

    salam ukhwah!

    ReplyDelete
  3. mengenai solat duduk, selalunya penceramah tidak diperincikan cara mendirikan solat berkenaan. Selalunya penceramah memberitahu, kalau tidak mampu berdiri, hendaklah solat duduk, baring dan sebagainya.

    ReplyDelete
  4. Salam..input yg sgt baik..ksian pakcik tu.. Stiap msia inginkan yg tbaik xtkecuali dlm beribadah..sy pn cetek ilmu dn ingin msh byk perlu belajar dlm solat n ilmu2 agama..bkn mudah nk buat sume tu tmbh2 kalo kite di lahirkn dlm kalangan keluarga yg bkn dr ahli agama/ust/ustzh dll.. Moga2 Allah s.w.t mberi petunjuk sert ruang dan pluang kpd org2 mcm sy dan pakcik diatas utk trus mdpt ilmu n dbwh lindungn Nya slalu..Aamiinn..

    ReplyDelete
  5. Sedih. Kesian Pak Cik tu. Dahlah sakit, dikatakan "malang" pula. Tapi apa yg lebih menyedihkan dan lebih malang adalah hukuman "malang" itu sendiri terhadap Pak Cik tu. Soalnya, adakah ustaz mendekati Pak Cik berkenaan dan bertanyakan apa sebenarnya masalahnya dan bertanyakan sama ada ia memahami hukum hakam solat duduk berkerusi sebelum menjatuhkan hukuman "malang" terhadapnya? Keupayaan berjalan TIDAK semestinya bermakna seseorang berupaya setiap masa bertukar kedudukan berdiri dan duduk dgn mudah. Saya menghidap penyakit osteoarthritis di lutut. Saya mampu berjln, tetapi tidaklah sekuat atau segagah seperti dulu. Malah, ketika mengerjakan haji pada tahun yg lepas, saya mampu mengerjakan tawaf, saie, ibadat melontar dan berjln dari maktab ke masjid tanpa bantuan kerusi roda dsbnya. Tetapi, dgn keadaan lutut yg bermasalah, saya sukar duduk apabila berdiri dan sukar berdiri apabila duduk. Apabila lutut meradang dan membengkak akibat kerap dan jauh jarak berjln, dan adakalanya tanpa apa-apa sebab, kesukarannya bertambah, malah utk duduk selepas berdiri atau berdiri selepas duduk akan mengakibatkan sakit yg teramat sgt kerana lutut "terkunci" ("locked"). Pernah ketika solat sunat di masjid Nabawi ketika hendak membengkokkan lutut utk duduk bersujud di atas kerusi setelah bertakbiratul ihram, membaca surah dan rukuk secara berdiri, lutut saya terkunci dan kerana kesakitan yg amat sgt dan tindakan refleks ("reflex action"), saya hampir terlentang jatuh bersama kerusi!! Bayangkan jika ini berlaku ketika solat berjemaah! Tidakkah saya akan mengganggu jemaah lain? Apakah mungkin Pak Cik itu menghadapi masalah yg sama, dan memikirkan kepentingan dan kemudahan jemaah, mengambil langkah yg selamat baginya dan jemaah yg hadir dan terus duduk supaya tidak mengganggu kekusyukan solat jemaah? Ada ustaz bertanya? Adakah Pak Cik itu menghadapi masalah yg sama atau memang benar Pak Cik tu jahil akan hukum hakam solat berkerusi? Jika ia jahil, adakah ustaz mengambil sedikit masa utk menerangkan atau mengajar Pak Cik itu cara yang betul solat menggunakan kerusi? Jika semua jawapan pd soalan2 ini adalah tidak, maka rasanya tidaklah wajar dan tidaklah adil utk menghukum Pak Cik berkenaan sebagai "malang". Yang lebih malangnya adalah apabila kita berpengetahuan tetapi tidak membetulkan kesilapan atau kejahilan yg berlaku di depan mata kita. Kaedahnya, sebelum menghukum, semua fakta perlu dikumpul, dan hak org yg ingin dihukum utk memberi penjelasan perlu diberi dan kemudiannya barulah dipertimbangkan hukuman yg saksama. Apa yg di depan mata tidak semestinya kebenaran mutlak. Ketika seorang tuanpunya kambing membawa pekerjanya yg menjaga kambing2nya ke hadapan Khalifah Umar al Khattab r.a dan menuduh pekerjanya mencuri kambingnya dan meminta dijatuhkan hukuman potong tgn terhadap pekerjanya itu, Khalifah Umar r.a BERTANYA kpd si penjaga sama benar atau tidak ia mengambil kambing tuanpunyanya. Beliau mengaku mengambilnya. Bila ditanya kenapa ia berbuat demikian, jawapan yg diberi adalah kerana beliau tidak dibayar upah beberapa bulan dan kambing yg diambilnya adalah utk menampung mkn minumnya serta keluarganya. Apabila DITANYA kpd tuanpunya kambing apakah benar upah pekerjanya belum dilangsaikan, tuanpunya mengaku kebenarannya. Khalifah Umar r.a berkata jika ada tgn yg akan dipotong, ianya adalah tgn tuanpunya kambing, bukan pekerjanya yg mengambil kambingnya tanpa izin. Mungkin ustaz pernah terbaca atau terdengar riwayat ini. Saya harap ianya menjadi panduan dlm hidup kita. Ampun dan maaf saya mohon jika bahasa yg digunakan terkasar dan jika ada yg tersinggung. Dr Hamka dlm tafsirnya mengatakan bahawa biar org yg bersalah terlepas hukuman, tapi jgn sekali-kali menghukum org yg tidak bersalah. Allah sajalah sebaik-baik hakim.

    ReplyDelete
  6. Cuba fahami cerita tersebut betul2.... cerita ringkas , mungkin penulis tak explain semua.... tapi apa yg dapat difahami ialah maksud yg hendak disampaikan ialah hendaklah berilmu ketika melakukan amalan supaya amalan diterima oleh Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That's the issue!! You need to have knowledge to ensure your deeds are accepted. My query was whether in passing judgment was there knowledge on the problems faced by the "malang" Pak Cik? Was it an ignorance problem or simply a physical problem? As much as you need knowledge to received ganjaran for your deeds, the same must apply in passing judgment - knowledge. You wouldn't know unless you ask. Cerita mungkin ringkas, but it must be clear lest you mislead your readers. Perhaps more so when it comes from someone of authority as one might perceive.

      Delete
  7. SALAM, PERENGAN KETIGA DALAM KISAH 2, ITU MEMANG JELAS MAKSUDNYA,JIKA KITA BOLIH NAIK TANGGA DAN BERJALAN WLAU SECARA PERLAHAN BERMAKNA KITA BOLIH BERDIRIA, JUSTRU ITU, KITA MESTILAH BERDIRI SEMASA TAKBIRATUL IHRAM, TAK SAMPAI PUN SATU SAAT, KALAU TAK LARAT BOLIH TERUS DUDUK, HABISKAN DOA IFTITAH, FATIHAH DAN SURAH JIKA SOLAT SIR, ITU PUN JIKA SEMPAT BACA SURAH(ZOHOR DAN ASAR), DLM RAKAAT KEDUA,JIKA MAMPU BOLIH BERDIRI SEBENTAR SETAKAT TAKBIR ALLHAHU AKHBAR, KALAU TAK MAMPU NAK BANGUN BOLIH TERUS DUDUK SAMPAI SELESAI SOLAT, MAKSUD NYA SETAKAT MANA YANG KITA MAMPULAH, DALAM ISLAM INI, SETIAP IBADAH MESTI BERGURU, KALAU KITA BUAT SECARA 'KEBETULAN' BETUL PUN TANPA BERGURU, TAK SAH IBADAT YANG KITA LAKUKAN.

    ReplyDelete