Sunday, May 6, 2012

Persoalan Khatamun Nubuwwah

Gambar yang dikatakan bahawa inilah khatamun nubuwwah


Baru-baru ni ada jemaah masjid bertanya tentang 'khatamun nubuwwah' untuk digantung di rumah sebagai tawasul dengan Allah. Dia memberikan sehelai kertas yang tercatat sebuah hadis di samping gambar khatamun nubuwwah tersebut (lihat gambarnya di atas).  Persoalannya, betulkah hadis tersebut dan apakah benar bentuk khatamun nubuwwah yang ditunjukkan itu? Sebelum menjawab persoalan ini,   didatangkan terlebih dahulu  isi kandungan yang tercatat dalam kertas tersebut iaitu:

Menurut mafhum hadis yang dipindahkan daripada Imam At Turmuzi Radhiyallahu 'anhu katanya :

"Barangsiapa menilek atau memandang kepada "Khatamun Nubuwwah" sedang ia berwudhu' pada waktu subuh, nescaya memelihara Allah akan dia hingga membawa ke petang. Dan barang siapa menilek kepadanya pada waktu maghrib terpelihara pula hingga ke pagi. Demikian juga barang siapa menilek kepadanya pada awal bulan nescaya memelihara Allah akan dia dari segala bala dan kecelakaan hingga akhir bulan itu.Selanjutnya barang siapa yang menileknya kepadanya sewaktu hendak berjalan (musafir) nescaya jadilah sepanjang perjalanannya itu barakah dan selamat dan barang siapa mati dalam tahun itu nescaya dimatikan Alllah dalam iman...".

Perbincangan

Apabila diteliti terhadap 'hadis' yang dibawa dan dinisbahkan pula kepada Imam al-Tirmizi, maka sewajarnya dirujuk maklumat tersebut dalam Sunan al-Tirmizi. Setelah disemak, didapati bahawa maklumat tersebut tidak terdapat dalam Sunan al-Tirmizi. Ini bermakna ia adalah suatu tohmahan atau tersilap menisbahkan kepada Imam al-Tirmizi. 

Persoalan seterusnya ialah, dari manakah riwayat ini datang? 

Sebenarnya riwayat ini  disandarkan kepada Al-Hakim At-Tirmizi berdasarkan perkataan Ibn Kathir dalam Al-Bidayah wan Nihayah: (Telah menyebut Al-Hafiz Abul Khatib ibn Dihyat Al-Misri dalam kitabnya At-Tanwir fi Maulid Al-Basyir An-Nazir daripada Abi Abdullah Muhammad ibn Ali ibn Husain ibn Bisyr yang terkenal dengan gelaran Al-Hakim At-Tirmizi bahawa beliau berkata: Adalah tanda kenabian yang berada antara dua belikat baginda S.A.W umpama telur burung (saiznya) yang tertulis di dalamnya “Allah yang esa” di luarnya “berhadaplah kemana kamu ingin kerana kamu pasti dibantu”)

Perlu diingat bahawa Imam  al-Tirmizi  bukannya al-Hakim al-Tirmizi, kedua-duanya adalah orang yang berbeza. Imam al-Tirmizi ialah pengarang kitab hadis tersohor iaitu Sunan al-Tirmizi , sebaliknya Hakim al-Tirmizi ialah seorang ulamak sufi.

Berbalik kepada hadis yang dibawakan oleh al-Hakim al-Tirmizi di atas, para ulama hadis  menyatakan bahawa darjat hadis tersebut adalah Bathil, Gharib, Munkar, dan Ibn Hajar Al-Asqalani mengatakan ianya tidak sabit daripada Rasulullah S.A.W

Kesimpulannya, hadis tersebut tidak boleh dipakai dan tidak boleh  diterima kerana ianya tidak sabit daripada Rasulullah S.A.W. 

Manakala hadis sahih yang datang pada menyifatkan khatamun nubuwwah yang terdapat pada nabi hanya menyatakan bentuk dan rupa. Tidak ada hadis yang menceritakan tulisan yang tertulis padanya. Segala riwayat yang mencerikatan tulisan yang terdapat padanya adalah tidak sabit daripada Nabi S.A.W.  

Al-Hafiz Al-Haithami berkata: Sebahagian perawi telah  tersilap  antara tanda kerasulan (khatam nubuwwah) dengan cop yang digunakan Rasulullah untuk surat-menyurat yang digunakan oleh nabi. Hal ini kerana cop tersebut tertulis “Muhammad Rasulullah”.

21 comments:

  1. Ustaz, bagaiman pula hukum meletakkan gambar ulama dengan tujuan menjadi idola?

    ReplyDelete
  2. salam ,ustaz,,say masih kuyrang jelas kerana banyak blog2 yang menceritakan tentang khatamum nubuwah dan hadis tersebut.tapi bagaimana ustax\z boleh mengatakan isnya tidak sah?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum... biarlah sebanyak manapun blog2 yg menceritakan tentangnya dan hadisnya, yang salah tetap salah... ini dikuatkan dengan hadis Sahih dari Rasulullah S.A.W yang saudara boleh lihat dalam Bukhari, Muslim dan 40 An-Nawawi: من عمل عمل ليس عليه امرنا فهو رد... (barangsiapa yang beramal dengan amalan yang bukan diperntahkan oleh kami maka ia tertolak)...

    ReplyDelete
  4. Ustaz ni entah betul ke tidak statment dia?? biasanya ajaran Wahabi yang banyak sangkal tolak menolak kelebihan yang Allah bagi kepada nabinya.. kalu pikir ikut logik jangan buat.. pikiran kita tbantas...kalu bpandu pada kitab tuh pun belum tentu kitab yang ustaz baca betul ke tidak..Bertaubatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kelakar la anon ni. kita org islam beramal dgn nas dari quran & hadis.
      kalu kamu nak beramal dgn hadis palsu, itu bidah.
      sekali tengok pun dah agak ini tentu sesuatu yg mencurigakan. sbbnya takkan la setakat tengok tulisan tu jer dah dipelihara Allah. nampak sgt benda macam magic. benda2 short cut ini biasanya karut & bidah.
      cam skim mlm cepat kaya la juga = haram.

      Delete
    2. Weh itu tanda kelahiran nabi la. ko yang jahil, mender ini biasa diguna pakai untuk tujuan memperingatkan kita kepada Allah dan Rasul. Apa ingat Allah takder kuasa ker nk selamatkan hambanya. Nk tunggu ko berdoa belum tentu lagi makbul sebab ko bnyk sangat dosa. Jadi Allah bagi perkara2 lain yang boleh menyebabkan kita ingat Allah. Kalau tampal poster pemain bola tak bidaah pulak. Bongok la ko nih..

      Delete
    3. anon sorg ni.. janji yg melampau adalah terang2 salah.. ia boleh menatijahkn manusia malas terhadap ibadah2 lain.. hadis bergini trg2 menunjukan ia nye palsu

      Delete
  5. org yg komen kat atas ni ulama' hadis yg lebih pakar daripada imam ibnu hajar al asqalani (yg mengarang kitab syarah sahih bukhari - fathul bari) gamaknye...

    ReplyDelete
  6. Susahlah kalau asyik salahkan wahhabi je..Sikit-sikit wahhabi..Apa pun semua salahkan wahhabi! Kalau macam ni sikap kita, takkan maju dalam mendalami 'ilmu sebab stick with one stand aje!

    Takde inisiatif untuk open-minded...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dh memang wahaabi salah...

      Delete
    2. Buktikan kesalahan wahabi....

      Delete
  7. kembali kembalilah dlyood... agak agak semua benda nak di ambil dari pendapat manusia yang terhad saje ker??? jangan tolak quran, jangan tolak hadis... itu pegangan utama... pendapat pakatan ulama juga perlu disandar.... jangan lupa ilmu Allah itu luas... kalau benar ianya batil... dah lama hancur.... ilmu hakiki adalah dari Allah disampaikan kepada Rasulullah.... pikirkanlah kalaupon ada amalan khatamun nubuwwah yang terbit dari rasa cinta yang teramat kepada rasul... bidah ke??? pasal takde dalam himpunan sunnah atau hadis yang kuat, nak dibahas bahas lagi.... pikir ler... jangan dok kedepankan kehebatan diri dgn akal yang dikurniakan...pikir logik.... sedangkan ciput jer.... apa anda tau ker amalan sahabat yang 4 dan sohbat yang rapat dengan baginda... yang nabi ajarkan kepada umum insya Allah banyak...

    Dey Appa da.... nak bahas benda kecik kecik... benda lain yang lagi besor tak mau tengok... amalan ciput... termasuk aku ler... sama sama ler kita mintak Allah beri hidayah.... ingat sedara banyak manapun nko mencariNya...banyak mana nko nak kenal Khaliq.. kalau Dia tak izin... tak jumpa jalan bang.... wahabi ker tarikat ker... tabligh ke... aper ker.... Ingat ler kita takder hak nak sabit tu sabit ni...jangan mendahului tuhan.... pandai pandai... nak hujah petik ayat tu ayat ni nak menang.... sedangkan orang kapir ketawakan kita... kah kah kah.... termasuk aku jugak....

    Perlu ada sandaran.... perlu ada ilmu semua tu perlu... Allah itu MAha segala... dia dah janji yang batil itu ader... tapi apabila datang haq... semua habis bro.... cintailah Allah Cintailah Rasul berilmulah dengan bukan ikut membab buter, carilah kebenaran, mohonlah banyak banyak... yang menghantar ke atas sikit, yang mintak segunung...

    Maaf kalau tersalah... posting ni ditujukan untuk diri aku sndrik bukan saudara saudara semua....Semoga Allah sinari roh aku dengan Nur dan diberi hidayah.... Aku ni menzalimi diri aku sendri Ya Allah... Aku cinta kepada engkau aku cinta kepada Rasul Engkau.... Dan sesungguhnya aku Cinta padamu tuhan walaupon sesat jalan... Wallahu a'lam.... asif

    ReplyDelete
  8. Fatwa 2012
    http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=472964859428554&id=368611433183671

    ReplyDelete
  9. Ngapa pula mengamal kan khatamun Nubuwwah salah sedangkan maksudnya lansung tak menyimpang dri ajaran islam,Kita mengaku allah tg esa,muhammad itu pesuruhnya,kita serah segalanya pd yg maha menolong.Kat mana dikatakan menyimpang.Tak semua ilmu itu diajar secara umum.ada ilmu rahsia.Walau pun kita tau tp tak amalkan dan tak percaya kita x kan dapat mengetahui rahsianya.
    Sekarang ni org selalu berdebat tunjuk pandai.Tp tak mau berlajar mencari rahsia Allah.Berlajar agama tinggi tp rohnya tiada kosong.
    Kalau roh islam tu tak ada sampai bila nak kenal Allah.Jadi la kita macam orang segolongan cam ustaz ni sombong.Terasa ilmu dah tinggi tp.Jiwa kosong. Sebbab tu zaman sekarang orang tau banyak pasal agama tapi hati gelap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam alaik. basic kene faham, nak amal, biarlah dari hadis yang sohih, bukan palsu yang direka-reka. nk amal ikut ILMU RAHSIA , bukan dengan ayat quran di dinding, tulisan khotimul ambiyak dll, tp dengan memperbanyakkan membca Al quran , selawat ke atas nabi, dan beramal dl ape jua keadaan, itu baru ade ILMU RAHSIA, zaman skarang, ramai mereka-reka hadis bertujuan melariskan barang atau memudahkan og ramai mempercayai barangan tersebut, teringat kate Nabi sallallah alai wasallam, siapa yang mmendustakan keatasku dengan sengaja maka bersedialah tempatnya dlm neraka. hadis ini shohih, maksud mendustakan nabi ialah, menyandarkan ape2 perkataan , perbuatan kepada nabi sedangkan perkara itu bukan datang dari nabi. wallah a'lam

      Delete
  10. Bepandandulah kita semua dengan Al-Quran, Sunnah, Ijma & Qiyas. Mari kita rujuk kitab Muktadbar hasil tulisan Ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah. Jika tiada ilmu & rukukan yang betul, jangan berkata apa2. Takut2 apa yg kita cakap dipersoalakan di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  11. salam alaik. basic kene faham, nak amal, biarlah dari hadis yang sohih, bukan palsu yang direka-reka. nk amal ikut ILMU RAHSIA , bukan dengan ayat quran di dinding, tulisan khotimul ambiyak dll, tp dengan memperbanyakkan membca Al quran , selawat ke atas nabi, dan beramal dl ape jua keadaan, itu baru ade ILMU RAHSIA, zaman skarang, ramai mereka-reka hadis bertujuan melariskan barang atau memudahkan og ramai mempercayai barangan tersebut, teringat kate Nabi sallallah alai wasallam, siapa yang mmendustakan keatasku dengan sengaja maka bersedialah tempatnya dlm neraka. hadis ini shohih, maksud mendustakan nabi ialah, menyandarkan ape2 perkataan , perbuatan kepada nabi sedangkan perkara itu bukan datang dari nabi. wallah a'lam

    ReplyDelete
  12. http://jamaluddinab.blogspot.com/2009/08/khataman-nubuwwah.html

    ReplyDelete
  13. Beza antara orang yang JAHIL dengan alim ialah pada sumber pengajian dan ilmunya. Orang JAHIL guna OTAK untuk berhujah. Orang ALIM guna ILMU. Otak orang JAHIL yang tak ada ilmu akan berhujah gunakan nafsu dan otaknya yang tidak berilmu. Sebab itu Allah tanya: "Samakah antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu." Kalau orang JAHIL tidak ikut orang alim, maka bertambah-tambahlah kejahilannya. Selamat Membuat Pilihan :)

    ReplyDelete
  14. Kalau kita bertwassul dengan amalan soleh kita itu lebih baik.
    Contoh nyaKisah pemuda2 yg terperangkap dalam gua di tutupi dengan batu besar.

    ReplyDelete