A man walks though a burnt Rohingya village during fighting between Buddhist Rakhine and Muslim Rohingya communities in Sittwe June 10, 2012 |
Dari maklumat yang diterima, ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh
beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network dilaporkan
100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera
di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan. Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini. Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih memeranjatkan , pihak keselamatan, polis dan tentera dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim. Walaupun dharurat diisytiharkan di Maungdaw dan kini di seluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan. Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakan penduduk namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran di bawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.

Setakat ini, berita yang diterima, empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan. Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan namun bukan untuk melindungi mereka akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
Kelmarin, 9 Jun sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.Terbaru, 10 Jun dua kampung paling besariaitu Warlispara dan Saki Para (dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh, masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Penderitaan Muslim di Myanmar bermula
pada 1982 lagi apabila secara tiba-tiba Muslim Rohingya diisytiharkan pendatang
asing di negara sendiri. Muslim Rohingya ditindas melalui undang-undang “Burma Citizenship Law of 1982” yang
bersifat perkauman agama dan penuh diskriminasi yang diluluskan oleh pemerintah
junta Burma pada tahun 1982, yang mengakibatkan golongan
muslim Rohingya tidak diiktiraf sebagai warganegara, malah diisytiharkan
sebagai ‘pendatang’ di tanahair mereka sendiri. Oleh yang demikian, hak mereka
dinafikan, malahan ada yang ditangkap, dipukul dan pelbagai kekejaman lain yang
dikenakan kepada mereka.
Sejak diluluskan ‘Burma Citizenship Law’ ini juga,
anak-anak kaum Muslimin telah dinafikan hak pelajaran mereka. Undang-undang ini telah menyebabkan bukan sahaja mereka
tidak dapat menyambung pelajaran, malah ada yang langsung tidak dapat belajar ekoran
daripada tekanan ekonomi, penangkapan, penyeksaan dan sebagainya. Tambah
menyedihkan ialah wanita Islam tidak dibenarkan memakai hijab dan ramai di
antara mereka yang ditindas, didiskriminasi, dirogol dan sebagainya. Bukan itu sahaja, malahan masyarakat Islam di sana turut dinafikan
hak dari segi perubatan samada di hospital mahupun di klinik-klinik dan mereka
dipaksa membayar dengan harga yang terlampau tinggi untuk setiap kos rawatan
yang ingin mereka dapatkan. Tambah
memilukan ialah masyarakat Islam juga tidak dibenarkan menunaikan haji ataupun
menyembelih korban semasa menyambut kedatangan Aidiladha, justeru mereka tidak
dapat menjalani kehidupan sebagai seorang muslim yang bebas melaksanakan ajaran
agamanya.
Situasi seumpama ini menyebabkan golongan muslim
Rohingya terpaksa melakukan penghijrahan dengan menjadi pelarian ke
negara-negara seperti Bangladesh, Pakistan, United Arab Emirates, Arab Saudi,
Thailand dan Malaysia. Sebagai umat Islam yang ingin mengaplikasikan ’konsep
persaudaraan Islam’, maka kita tidak boleh memandang masalah yang dihadapi oleh
golongan muslim Rohingya ini dengan ’sebelah mata’. Sebalikmya menjadi suatu
kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan
konsep persauadaraan sesama muslim.
Ya Allah bantu lah saudara2ku di seluruh dunia...aameen...
ReplyDeleteAssalamulaikum ustaz, dari excerp ini apa yang kita patut lakukan?
ReplyDelete"Sebalikmya menjadi suatu kewajipan kepada kita untuk membantu mereka sedaya- upaya bagi merealisasikan konsep persauadaraan sesama muslim."
Apa pendapat ustaz?
Just jangan tolong orang myanmar lah ....especially yg ugama Buddha !!
ReplyDelete