Followers

Tuesday, June 5, 2012

Isu Umat Islam Syria



Dr Khaled al-Hendawi ketika menyampaikan  Ceramah Umum “Syria: The Inside Story”   di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam telah merakamkan penghargaan atas keprihatinan rakyat Malaysia berkenaaan isu Syria. Menurutnya, pembunuhan terhadap golongan dewasa, wanita dan kanak-kanak dilakukan  oleh golongan yang menentang Ahlus Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) sejak 40 tahun yang lalu.

Sejak 40 tahun, tambahnya, seramai 60,000 orang syahid dan rejim Basyar telah melakukan penyembelihan rakyat tidak kurang daripada 100 tempat tanpa bantuan mana-mana pihak untuk rakyat.

Terkini, rakyat bangun dengan lebih bersemangat bila ditindas ditambah lagi dengan para tentera Syria yang berpaling tadah meninggalkan rejim ini yang mencecah 200,000 orang. Beliau menterjemahkan iman kita ibarat muslim yang satu jasad menentang rejim yang zalim ini.

“Pemerintah yang bertamadun ialah yang adil bukan yang menindas dan memenjarakan saudaranya,” ujarnya. 

Katanya, meskipun rejim ini mendakwa kononnya mereka menentang Yahudi, sejak 40 tahun lalu, rejim ini tidak pernah bunuh walau seorang Yahudi pun malah kini telah menghalakan senjata mereka dan membunuh 60,000 rakyat yang tidak berdosa. 




Tambah Khaled, PM Israel Benjamin Netanyahu pernah berkata bahawa Basyar Al-Assad merupakan orang yang dikasihinya seperti mana mereka kasihi ayahnya (Hafez Al-Assad) yang kekal membawa kebaikan dan kemaslahatan kepada Israel.

Mengatakan mereka berjuang melawan Israel merupakan satu penipuan. Baru-baru ini, di perkampungan bernama Hawlah, seramai  150 orang disembelih, dicincang termasuk 50 orang kanak-kanak. Ujarnya, rejim ini telah dibantu oleh Russia, Hizbullah dan Iran yang ingin menghapuskan rakyat ASWJ.

Menurut beliau lagi, ada menara masjid yang ditembak rejim, di tempat bernama Dar’a, negeri kelahiran Imam An-Nawawi dan ada juga rakyat yang ditanam hidup-hidup kerana tidak mahu mengatakan “Tiada Tuhan melainkan Assad”.

Pimpinan Ikhwan Muslimin  Syria, Dr Amer Abu Salamah pula menambah, rakyat Syria menampakkan keberanian mereka hingga sanggup berkorban dan syahid, ribuan mereka yang cedera dan lebih 2 juta menjadi pelarian. 

Katanya, umat Islam amat simpati dengan apa berlaku di Gaza dan memang wajib kita bantu umat Islam di Gaza. Beliau turut mencetuskan persoalan yang mengheningkan suasana: 

“Kini berlaku di pelbagai tempat di Syria seperti mana yang berlaku di Gaza. Di manakah saudara-saudara Islamku yang telah membantu saudaranya di Gaza? Takutlah Allah, hendaklah kamu bersama dengan anak yatim yang dizalimi, mata dikorek, leher mereka dikapak.” 

Tambahnya, Kesatuan Ulama Sedunia yang berjumlah 50,000 yang diketuai oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi turut menyokong rakyat Syria dan mengatakan kewajipan umat Islam membantu rakyat Syria.

2 comments:

  1. Semoga kita di Malaysia dapat pengajaran. Jangan abaikan hukum Allah.

    ReplyDelete
  2. Adakah setakat mengalirkan airmata simpati dan berdoa untuk mereka sudah memadai ?Apa lagi perlu kita buat uztaz?

    ReplyDelete