Thursday, July 19, 2012

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadan


Definisi Puasa
Menahan diri dari makan dan minum atau apa-apa jua yang boleh membatalkan puasa, sepanjang hari mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari dalam sebulan bulan Ramadhan.

Dalil 

Perintah wajib puasa : Surah Al-Baqarah Ayat 183:

Bermaksud: Hai orang-orang yang beriman diwajibkan atasmu berpuasa, sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, supaya kamu menjadi orang yang bertaqwa
Perintah wajib puasa turun pada bulan Sya’ban Tahun 2 Hijrah.

1)                  Islam
2)                  Mukallaf
3)                  Berkuasa/Mampu untuk berpuasa, tidak uzur

1)                  Islam
2)                  Mumayyiz
3)                  Suci dari haid dan nifas.
4)                  Sempurna akal fikirannya sepanjang hari itu.

1)                  Niat
2)                  Meninggalkan semua  perkara yang membatalkan puasa sejak terbitnya fajar sampai terbenamnya matahari.

1)                  Memasukkan benda/sesuatu ke dalam  rongga  melalui mulut, hidung, telinga, atau lubang-lubang kemaluan dengan sengaja.
2)                  Muntah dengan sengaja.
3)                  Mengeluarkan mani dengan sengaja.
4)                  Haid atau nifas.
5)                  Bersetubuh di siang hari (selain membatalkan puasa ia juga ada hukum tersendiri iaitu diwajibkan membayar kaffarah).
6)                  Murtad (keluar dari Islam).
7)                  Gila (hilang akal).

Iaitu perkara-perkara yang membatalkan pahala puasa, maknanya berpuasa tidak mendapat apa-apa pahala kecuali lapar dan dahaga (puasa yang sia-sia).
1)                  Berdusta, berbohong.
2)                  Mengumpat, mengata orang.
3)                  Membuat sesuatu yang boleh mendatangkan permusuhan.
4)                  Melihat benda-benda yang mendatangkan syahwat.
5)                  Marah yang tidak bertempat.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
- Bermaksud: “Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta (batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat padanya dalam meninggalkan makan minumnya”.
(Hadis Riwayat Muslim)
- Bermaksud: “Bukan dinamakan puasa bila hanya sekadar menahan makan dan minum, tetapi puasa yang sungguh-sungguh itu adalah menahan diri dari percakapan yang tidak ada gunanya dan kata-kata yang keji”.
(Hadis menurut Sahih Muslim)

1)                  Menyegerakan berbuka puasa apabila telah yakin waktu berbuka.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Allah berfiman: Hambaku yang lebih Aku cintai adalah mereka yang menyegerakan berbuka”.
2)                  Makan sahur walaupun sedikit.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
Bermaksud: “Makan sahur itu berkat, oleh kerana itu jangan  kamu tinggalkan, walau hanya sekadar meneguk seteguk air, kerana Allah merahmati orang-orang yang makan sahur dan malaikat mendoakannya”.
3)                  Melambatkan makan sahur iaitu lepas daripada tengah malam dan sebelum waktu imsak.
4)                  Berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis.
5)                  Memperbanyakkan membaca Al-Quran.
6)                  Memperbanyakkan sedekah.
7)                  Beriktikaf di dalam masjid.
8)                  Menghadiri majlis-majlis ilmu.
9)                  Menyediakan makanan untuk berbuka untuk  orang berpuasa.
10)              Jangan bersugi setelah tergelincir matahari kerana boleh memakruhkan puasa.

Golongan Yang Harus (Dibenarkan) Berbuka Puasa
1)                  Orang yang di dalam (perjalanan - musafir), tetapi wajib di qada’.
2)                  Orang sakit, wajib di qada’.
3)                  Ibu yang menyusukan anak, jika takut mudharat bagi dirinya, maka wajib qada’ dan jika takut mudharat bagi anaknya maka wajib qada’ dan fidyah.

No comments:

Post a Comment