Tafsir Surah al Qadar.
Maksudnya:
1.Sesungguhnya kami telah
turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau
dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih
baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan
malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala
urusan.
5.Selamat sejahteralah
ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).
TAFSIRNYA
Lailatul Qadr juga dikenali
dengan Lailatul Mubarakah sebagaimana yang disebut dalam firman Allah yang berbunyi,
“Innaa anzalnahu fi lailatin mubaarakah.” yg maksudnya, “Sesungguhnya
Kami telah menurunkannya(al Qur’an) pada malam yang penuh keberkatan”. Dan
malam tersebut sudah pastinya di bulan Ramadhan, sebagaimana firman Allah yang
bermaksud, “Bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al Qur’an.” Ibn
Abbas berkata: Allah telah menurunkan al Qur’an dalam jumlah yang
satu (sekaligus) daripada lauh mahfuz ke baitul ‘Izzah di Langit Dunia. Kemudian
ia diturunkan secara beransur-ansur berdasarkan kejadian yang berlaku sepanjang
kehidupan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah selama tempoh 23 tahun.
Ayat 2 & 3-ASAL USUL
SERIBU BULAN
Diriwayatkan daripada Ibnu Abi
Hatim daripada Mujahid bahawa ada seorang lelaki dari Bani Israil, namanya
Syam’un. beliau merupakan seorang pahlawan Islam yang berjuang di jalan Allah
selama seribu bulan. Selama perjuangannya seribu bulan, beliau tidak pernah
dikalahkan oleh musuhnya.
Ada pula riwayat Ibnu Jarir
daripada Mujahid juga, mengatakan beliau (lelaki Bani Israil) itu pada malam
harinya sentiasa mendirikan ibadah malam sehingga subuh, manakala pada siang
harinya berjihad menentang musuh sehinggalah menjelang petang selama seribu
bulan.
Hikayat Sham’un
Imam
Al Ghazali menceritakan kisah Sham’un dengan agak terperinci. Kisahnya begini:
Sham’un merupakan seorang pahlawan di kalangan Bani Israil dan beliau tidak
pernah dikalahkan musuh. Suatu hari, musuh nya berbincang cara untuk menewaskan
Syam’un. Lalu mereka menghantar utusan kepada Isteri Syam’un untuk
memperdayakannya. Utusan tersebut membawa satu bejana penuh dengan emas dan
meminta isteri Syam’un supaya mengikat suaminya pada malam hari. Akibat tamakkan emas, isterinya sanggup
mengikat Syam’un pada malam harinya. Keesokkan paginya, apabila Syam’un bangkit
dari tidur, dengan mudahnya tali yang mengikatnya terputus satu demi satu. Lalu
beliau bertanya kepada isterinya kenapa beliau diikat? Jawab isterinya, dia
mahu menguji kekuatan Syam’un. Apabila pihak musuh mengetahui bahawa rancangan
tersebut gagal, mereka berputus asa. Kemudian Iblis datang menemui mereka dan
menasihati mereka agar meminta isteri Syam’un tanya suaminya itu apakah rahsia
kekuatannya? Pada malam nya,
si isteri bertanyakan Syam’un tentang perkara itu. Syam’un yang pada awalnya
keberatan memberitahu, akhirnya mendedahkan rahsia kekuatannya terletak pada
lapan helai janggutnya yang panjangnya hingga ke tanah. Setelah Syam’un
terlena, si isteri pun memotong janggut suaminya yang hanya lapan helai itu
lalu diikatnya pada kaki dan tangan Syam’un. Pihak musuh datang menangkap Syam’un
dan membawanya ke rumah pasung untuk diseksa. Mereka menyeksa Syam’un dengan
memotong sedikit demi sedikit anggota tubuh Syam’un seperti telinga, mulut dan
lain-lain. Lalu Syam’un yang berada dalam kesakitan , berdoa kepada Allah agar
diberikan kekuatan untuk melawan musuhnya. Tiba-tiba Allah memakbulkan doa
Syam’un , dan Syam’un menarik ikatan yang mengikatnya pada tiang2 besar di
rumah pasung itu hingga menyebabkannya runtuh lalu menimpa musuh2nya sehingga
mati.
Sambungan Tafsir
Sufyan as Thauri berkata, “telah
disampaikan kepada aku daripada Mujahid bahawa malam al qadr lebih baik
daripada seribu bulan (maknanya): amalannya, puasanya, dan mendirikan malamnya
adalah lebih baik dari seribu bulan. Dan daripada Mujahid, Malam al qadr lebih baik daripada seribu bulan yang
tidak ada malam al qadr padanya.
Daripada Abi Hurairah radhiallahu
anhu berkata bahawa Rasulullah bersabda, “ Barangsiapa yang mendirikan
malam al qadr dengan penuh keimanan dan mengharapkan keampunan dari Allah,
diampunkan baginya dosanya yang telah lampau.”
Ayat 4-Malaikat Turun
Bawa Rahmat dan Berkat
Malaikat-malaikat yang
dimaksudkan dalam ayat ialah malaikat rahmat yang membawa segala rahmat dan
keberkatan pada malam itu. Banyaknya malaikat turun menandakan banyaknya
keberkatan dan rahmat turun pada malam al qadr. Keadaan ini samalah ketika
turunnya Malaikat kepada orang yang sedang membaca al Qur’an atau orang yang
duduk dalam majlis /halaqah zikr. Mereka melingkungi orang yang berzikir serta
melabuhkan sayap mereka ke atas orang2 yang menuntut ilmu kerana memuliakan
penuntut ilmu.
Manakala ar Ruh pula ialah
Malaikat Jibril alaihissalam.Adapun “membawa segala urusan” membawa maksud
segala taqdir berkaitan ajal dan rezeki, dan ketentuan segala perkara
sebagaimana disebut oleh qatadah.
Ayat 5-Sejahtera hingga
Subuh
Sejahtera di sini bermaksud
Syaitan tidak dibenarkan melakukan perkara jahat pada malam itu. Kata Qatadah
dan Ibn Zaid , Rasulullah bersabda, “ Salaamun hia” bermaksud baik
seluruhnya , tidak ada padanya(malam al qadr) kejahatan hinggalah terbitnya
fajr(Subuh).
Adapun antara tanda Malam al Qadr ialah berdasarkan kepada hadis2 di bawah:
Dari ‘Ubay Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wa sallam bersabda.
“Artinya : Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tidak
menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi” [Hadis Riwayat Muslim 762]
Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu
‘anhuma, ia berkata : Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda. “Ertinya : (Malam) Lailatul
Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan)
keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan” [Tahayalisi 349, Ibnu Khuzaimah 3/231,
Bazzar 1/486, sanadnya Hasan]
PENUTUP
Marilah kita sama2 mencari
lailatul qadar pada 10 terakhir Ramadan sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang maksudnya, “…Maka carilah ia sungguh2 pada 10 malam yang terakhir dari
Ramadhan.”