Thursday, October 25, 2012

Menghayati Semangat Pengorbanan di Idul Adha

 
 
Pada hari Jumaat ini tanggal 10 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 26 Oktober 2012 Masihi, umat Islam di Malaysia akan sama-sama merayakan Hari Raya 'Idul Adha atau lebih dikenali sebagai 'Hari Raya Haji' atau 'Hari Raya Korban'. Aidiladha disebut sebagai Hari Raya Korban adalah ekoran ibadah 'korban' yang disyariatkan pada hari tersebut iaitu dengan menyembelih haiwan seperti kambing, lembu, kerbau atau unta.

Penyembelihan korban dilakukan setelah selesai solat 'Idul Adha pada 10 Zulhijjah dan masih diteruskan pada hari-hari Tasyrik iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah. Kaedah pembahagian daging korban ialah sepertiga disedekahkan kepada fakir miskin, sepertiga untuk jiran dan sahabat handai walaupun kaya, dan sepertiga lagi adalah untuk kegunaan orang yang melakukan korban. Daging korban disunatkan agar diberi dan disedekahkan secara mentah tanpa dimasak.

Ibadah korban telah disyariatkan pada tahun kedua hijrah. Antara tujuan ibadat ini dilakukan ialah untuk mengingati semangat pengorbanan agung yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. dan anaknya Nabi Ismail a.s.. Nabi Ibrahim a.s. telah mendapat wahyu melalui mimpinya bahawa Allah s.w.t. memerintahkannya untuk menyembelih anaknya Ismail. Ini merupakan perintah yang amat berat bagi nabi Ibrahim, apatah lagi Ismail merupakan anak kesayangannya yang dilahirkan setelah baginda melewati usia lanjut, hasil perkongsian hidupnya dengan Hajar.

Namun, kekuatan iman dan semangat pengorbanan yang tinggi yang dimiliki oleh nabi Ibrahim menyebabkan baginda bertekad dengan sepenuh hati untuk melaksanakan perintah Allah ini. Allah s.w.t. telah merakamkan dalam al-Quran kata-kata nabi Ibrahim kepada anaknya, dalam surah al-Saffat ayat 102 yang bermaksud: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku, bahawa aku (diperintahkan) untuk menyembelihmu, maka apakah pendapatmu". Walaupun Nabi Ismail a.s. ketika itu masih muda, tetapi baginda tidak teragak-agak dalam memberikan persetujuan terhadap perintah Allah ini. Allah telah menyatakan dalam al-Quran tentang jawapan yang diberikan oleh nabi Ismail kepada bapanya, dalam surah al-Saffat ayat 102 yang bermaksud: "Wahai ayahku! Jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah, ayah akan mendapati (menyaksikan sendiri) daku dari orang yang sabar"
 

Tuesday, October 23, 2012

Kenyataan MURSHID Sempena Aidil Adha



Alhamdulillah, sempena dengan sambutan Aidil Adha 1433 Hijrah yang jatuh pada hari Jumaat, 26 Oktober 2012 ini,  Pihak Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) mengucapkan tahniah kepada seluruh umat Islam di Malaysia khususnya kepada semua calon haji dan hajjah yang sedang mengharungi kemuncak penghambaan dan ibadah kepada Allah di Makkah al-Mukaramah.

Dalam masa yang sama, pihak MURSHID juga mengajak seluruh umat Islam dan masyarakat Malaysia supaya menyelami falsafah atau hikmah di sebalik pensyariatan ibadah haji dan ibadah korban sebagaimana yang dituntut oleh Islam dalam penghayatan sesuatu ibadah.

Paling tidak dua ibadah besar telah disyariatkan dalam bulan Zulhijjah iaitu ibadah haji itu dan ibadah korban sesuai dengan tuntutan syarak. Keduanya adalah merupakan simbolik kepada suatu maksud yang lebih besar dan mendalam serta mampu memberikan kesan kepada umat Islam andai didalami dan difahami.

Ibadah haji adalah ibadah yang menjadi kesinambungan kepada sebuah sejarah agung sebagaimana yang dititipkan oleh Allah dalam al-Quran mengenai perjuangan, pengabdian dan ujian antara hamba-Nya yang salih dengan Tuhan mereka. Ibadah haji dan korban juga boleh dikatakan adalah satu perlambangan kepada penyerahan, pengabdian dan pengharapan yang total kepada Allah.

Aktor-aktor atau watak penting dalam sejarah dan falsafah haji serta korban ini tidak lain tidak bukan adalah Bapa Segala Nabi, Nabi Ibrahim a.s., isterinya Siti Hajar a.s. dan anak mereka Nabi Islmail a.s. Nabi Ibrahim seorang hamba yang taat dan dikasihi Allah SWT diuji dengan ujian yang sangat besar iaitu:

Saturday, October 20, 2012

Wakalah Dalam Ibadah Korban



Konsep Wakalah:

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

      I.         Muwakkil (orang yang berwakil)
    II.         Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
  III.         Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
  IV.         Shighah (ijab dan qabul).

Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:

1.     Hendaklah seorang Muslim dan bukan ahli kitab kerana sembelihan ahli kitab adalah makruh. Tambahan pula tujuan sembelihan adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah. Adapun majusi adalah diharamkan sembelihannya.
2.     Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
3.     Memenuhi syarat-syarat mukallaf.

Hukum upah bagi wakil:

1.     Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali:
“Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya.


Thursday, October 18, 2012

ISU ISU BERKENAAN IBADAH KORBAN


.    

     1. Berkenaan Daging Korban

Para fuqaha’ bersepakat mengatakan bahawa seekor kambing atau kibasy tidak termasuk di kalangan binatang yang boleh dibahagikan dagingnya kepada beberapa bahagian iaitu hanya mencukupi sebagai korban untuk satu bahagian sahaja. Seekor unta atau lembu pula mencukupi untuk menjadi korban bagi tujuh orang.([1]) Ini berdasarkan hadith Jabir:

“Kami berkorban bersama Rasulullah SAW semasa di Hudaybiyah dengan seekor unta atau seekor lembu untuk tujuh orang.” (diriwayatkan oleh jama’ah).

Dan hujah ini dikuatkan lagi dengan hadis riwayat Muslim:

“Kami keluar bersama Rasulullah SAW dan kami berniat Haji. Maka Rasulullah SAW telah memerintahkan kami supaya berkongsi mengurbankan seekor unta atau seekor lembu. Setiap tujuh orang berkongsi seekor unta.”

1.2  Hukum memakan daging korban oleh orang yang melakukan ibadat korban:

1.     Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa harus bagi orang yang berkorban untuk memakan daging korban miliknya.
2.     Adapun mengikut Mazhab Hanafi korban nazar iaitu korban wajib adalah dilarang untuk dimakan oleh orang yang berkorban sepertimana memakan anak yang lahir dari binatang sembelihan itu yang lahir sebelum disembelih. ([2])
3.     Mengikut pandangan Mazhab Maliki dan Hanbali adalah harus daging sembelihan korban nazar dimakan oleh orang yang berkorban seperti daging sembelihan korban sunat. Namun, yang paling dituntut adalah dagingnya dimakan sebahagiannya, disedekahkan dan diberi makan kepada fakir miskin. Di sisi Mazhab Maliki dan Hanafi jika daging itu dimakan semuanya oleh orang yang berkorban atau disimpan selama 3 hari hukumnya adalah harus tetapi dibenci (makruh). Manakala Mazhab Hanbali mengharuskan untuk memakan sebahagian besar dagingnya. ([3])
4.     Mazhab Syafi’e berpandangan bahawa korban wajib atau nazar atau yang telah dinyatakan tujuannya dengan lafaz seperti ‘ini adalah sembelihan korban’ atau ‘aku menjadikannya sebagai sembelihan korban’ maka tidak harus dimakan dagingnya oleh orang yang berkorban dan tanggungannya (ahli keluarganya). Bahkan adalah wajib untuk disedahkan kesemuanya. ([4])
5.     Adapun korban sunat di sisi Mazhab Syafi’e adalah harus bahkan digalakkan kepada orang yang berkorban untuk memakan daging korbannya. Diriwayatkan dari Baihaqi: “Bahawa Rasulullah SAW makan daripada hati sembelihan korbannya”.

Hukum Ibadah Korban


Sabda Rasulullah S.A.W, bermaksud:
“Tidak ada satu amalan anak Adam di hari-hari Nahar (Hari-hari ‘Eidul Adha) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (sembelih binantang korban), kerana ia (binatang Korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah Korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat sebelum tumpah ke bumi, oleh itu pilihlah olehmu binatang terbaik (paling menarik) untuk dikorbankan.”
(Hadis riwayat Hakim, Ibnu Majah dan Tirmizi dan dianggap sebagai Hadis Hasan Gharib). 
 
Para ulama’ telah bersepakat bahawa ibadah Korban merupakan satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T ke atas hamba-hambaNya. Ianya merupakan sunnah yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim AS berdasarkan maksud firman Allah di dalam surah al-Soffat ayat 107:

“Dan Kami tebus anak itu (Ismail) dengan seekor sembelihan (kibash) yang besar”. 

Selain itu, ibadah korban merupakan ibadah yang paling Allah sukai di Hari-Hari ‘Eidul Adha, di mana binatang yang dikorbankan akan didatangkan di Hari kiamat sepertimana keadaan dan sifatnya ketika disembelih dan diletakkan darahnya yang telah diterima di sisi Allah sebelum darah tersebut tumpah ke bumi. Ibadah ini mengandungi banyak hikmah antaranya ia merupakan  satu tanda kesyukuran kepada Allah di atas nikmatnya yang tidak terkira, dan sebagai kaffarah (penutup) dosa-dosa. Selain itu, ibadah ini dapat mengenang dan mencontohi pengorbanan besar yang tidak ada tolok bandingnya, yang dilakukan oleh Nabi ibrahim as yang sanggup mengorbankan anaknya Ismail sebagai kemuncak dalam melaksanakan ketaatannya di atas perintah Allah SWT. Ianya juga dianggap sebagai simbolik kesediaan hamba untuk mengorbankan apa sahaja demi kerana Allah, termasuklah sanggup mengorbankan dirinya demi menegakkan agama Allah yang tercinta. Di samping itu ia dapat melatih diri kita supaya sentiasa ikhlas dalam beribadah serta melatih diri agar sentiasa bersedia untuk berkorban bila-bila masa diperlukan demi menegakkan agama Allah. 

HUKUM IBADAH KORBAN

Para ulama’ telah sepakat bahawa ibadah korban merupakan ibadah yang telah disyariatkan. Namun, mereka berselisih pendapat bekaitan hukum ibadah ini. Ada yang mengatakan ibadah ini wajib dan ada pula yang mengatakan ibadah ini sunat. Pendapat-pendapat mereka disokong dengan hujah-hujah yang kuat. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa ibadah ini wajib ialah Imam Abu Hanifah dan beberapa pengikutnya. Beliau berpendapat bahawa ibadah Korban ini wajib sekali setiap tahun ke atas orang yang bermukim (tetap). Pendapat mereka bersandarkan kepada hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah: 

“Barangsiapa yang diberikan kemudahan, sehingga memampukan dia untuk berKorban, akan tetapi dia tidak mahu berKorban, maka janganlah dia mendekati tempat solat kami (masjid)” (Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).  

Namun, Abu Yusuf dan Muhammad dari Mazhab Hanafi mengatakan ibadah korban tidak wajib tetapi sunat muakkad.[1] 

Adapun selain daripada Mazhab Hanafi, mereka berpendapat bahawa ibadah korban adalah sunat dengan berpandukan hadis Nabi SAW maksudnya:

“Aku diperintah untuk melakukan korban dan korban itu adalah sunat bagi kamu.” (Hadis riwayat at-Tirmizi). 

Dalam hadis yang lain Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Tiga perkara ianya fardhu ke atasku, dan sunat ke atasmu: solat witir, menyembelih korban dan solat dhuha”.[2] (Hadis riwayat Ahmad dan al-Hakim). 

Berdasarkan hadis di atas, ibadah atau amalan Korban adalah wajib ke atas diri Rasulullah SAW, akan tetapi hanya dianggap sunnah ke atas umatnya. Menurut pandangan Imam Syafie dan Malik, hukum melakukan ibadah korban ini adalah sunat muakkadah iaitu ibadah sunat yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Pendapat mereka dikuatkan lagi dengan sabda Rasululluah SAW: 

“Aku telah diperintahkan supaya berkorban dan ianya adalah sunat bagimu”
(Riwayat Imam al-Tirmizi).[3]

Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa ulama’-ulama’ mazhab berpendapat ibadah Korban dikira sama ada sunat muakkad atau wajib. Namun begitu jumhur ulama’ berpendapat bahawa ibadah korban adalah amalan yang sunat mu’akkad. 



[1]. Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, (Dimasyq: Dar al-Fikr, Edisi ke-6. 2008),  jil. 3, ms. 597
[2]. Ibid, 598
[3]. Ibn Rushd, Bidayah al-Mujtahid wa Nihayah al-Muqtasid, (Al-Qahirah: Dar al-Hadis, 2004), jil. 2, ms 192

 Rujukan: http://akademimamsyafie.blogspot.com/2012_10_01_archive.html

Misi Pendidikan dan Kemanusiaan




Lembu:RM250/Bahagian. Kambing:RM500/Ekor.


BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH

Saya ........................................................................................... (nama),  mewakilkan kepada Akademi Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak ............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............…..... (harga & kos pelaksanaan) bagi pihak saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang lebihan harga & kos pelaksanaan ini untuk pembinaan/operasi Kompleks Pendidikan/aktiviti/operasi Akademi Imam Syafi’e di Kemboja.

  1. _____________________________________
  2. _____________________________________
  3. _____________________________________
  4. _____________________________________
  5. _____________________________________
  6. _____________________________________
  7. _____________________________________

***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.

Tandatangan
…………………………………………
Tarikh
…………………………………
No. Tel/ HP                
…………………………………………
Alamat
…………………………………
E-mail       
…………………………………………
…………………………………

Nota Penting:
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com atau SMS ke: 012-2942574 atau Fax ke +603 79675145 atau E-Mel: AJK di atas. Sila  pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.

Ahli MURSHID


Tuesday, October 16, 2012

Hukum Memberikan Daging Korban Kepada Non-Muslim




Abu Hanifah, Hassan al-Basri membenarkannya. Imam Malik pula lebih suka mengutamakan orang Islam. Imam Malik menganggap makruh memberikan kulit haiwan korban kepada orang Kristian. Manakala al-Imam al-Nawawi pula menyatakan bahawa harus memberi makan daging sembelihan korban sunat kepada golongan non-muslim zimmi , akan tetapi korban wajib seperti nazar tidak diharuskan. (Rujuk al-Majmu', Imam Nawawi 8/404).

Mengikut pandangan mazhab Hanbali, harus memberikan daging korban sunat kepada non-muslim. Sekiranya daging korban wajib, maka ia tidak diharuskan. Menurut pandangan Ibn Uthaimin, seseorang itu boleh memberikan daging korban kepada non-muslim selagi orang kafir itu tidak memerangi orang Islam.

Fatwa dari Lajnah Da'imah lil Buhuth al-A'lamiyah wa al-Ifta' berpendapat harus memberi makan daging korban kepada orang kafir yang membuat perjanjian damai , juga boleh memberikan kepada non-muslim yang miskin, kaum kerabat, jiran. 

Ringkasnya, ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian menyatakan haram, makruh, dan harus. Namun sesuatu yang tiada khilaf ialah keutamaan hendaklah diberikan kepada orang Islam.

Wednesday, October 10, 2012

Monday, October 8, 2012

Wacana Fiqh Qurban 14 Okt 2012


Friday, October 5, 2012

Beza antara iblis, syaitan dan jin


Oleh: Ustaz Shauqi


Para ulama’ berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggun jawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia. Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

            Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan  yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya. Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

            Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud:  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.

            Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.

Siapakah Iblis?



Oleh: Ustaz Shauqi


Iblis adalah makhluk Allah yang derhaka dari keturunan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa  Iblis  adalah daripada jenis jin. Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud:  Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. oleh itu, Patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.

Menurut Syeikh al-Turayhi, perkataan iblis berasal daripada ablasa yang bermaksud putus asa daripada rahmat Allah. Ibn `Abbas dan Qatadah menyatakan bahawa nama Iblis dalam bahasa Ibrani ialah `Azazil. Manakala dalam tafsir Ibn Kathir menyebut bahawa nama iblis dalam bahasa Arab adalah al-Harith. Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra disebut bahawa kunyah atau nama panggilan bagi iblis ialah Abu Murrah. 

Perkataan ‘Iblis’ telah disebut dalam al-Quran sebanyak 11 kali. Manakala  kisah Adam a.s bersama Iblis pula disebut oleh Allah SWT sebanyak tujuh tempat di dalam al-Quran al-Karim. Surah-surah yang mengandungi kisah-kisah tersebut ialah; Surah al-Baqarah, al-A'raf, al-Hijr, al-Isra', al-Kahf, Taha dan Sad. Dalam surah al-Baqarah ayat 34, Allah berfirman yang bermaksud: Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam". lalu mereka sekaliannya tunduk memberi hormat melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan yang kafir.

Wacana Fiqh Korban