Followers
Saturday, November 24, 2012
Tuesday, November 20, 2012
Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian
KAHERAH: Bercakap secara eksklusif kepada Asharq
Al-Awsat, Duta Mesir ke Pihak Berkuasa Palestin, Yasser Osman menekankan
bahawa Kaherah bukan pengantara di antara Israel dan Palestin, tetapi
berdiri teguh di pihak Palestin.
Beliau menambah bahawa Mesir sedang melaksanakan setiap usaha untuk
menghentikan pencerobohan berterusan Israel terhadap Semenanjung Gaza,
mengesahkan bahawa pihak Israel memulakan konflik dan tindakan dari puak
Palestin adalah tidak lebih dari hanya mempertahankan diri.
Duta Mesir, bercakap kepada Asharq Al-Awsat melalui telefon dari
Ramallah, juga menegaskan bahawa "tindakan diplomatik dan politik yang
sedang diambil oleh Mesir bertujuan memberikan sokongan kepada Gaza, dan
kami juga menghantar mesej kepada pihak Israel tentang keperluan untuk
menghentikan pencerobohan. "
Jurucakap Presiden Mesir, Dr Yasser Ali mengumumkan Rabu lalu bahawa
Presiden Mohamed Mursi telah mengambil keputusan untuk memanggil balik
duta Mesir ke Israel sebagai tindak balas kepada serangan udara Israel
yang mensasarkan Semenanjung Gaza. Mursi juga mengarahkan Kementerian
Luar Mesir untuk memanggil duta Israel ke Kaherah untuk mengeluarkan
bantahan rasmi terhadap tindakan Israel.
Bercakap kepada TV kerajaan Mesir, jurucakap Presiden Mesir berkata,
"Presiden Mursi telah mengikuti serangan kejam Israel di mana beberapa
pejuang dan anak-anak rakyat Palestin terbunuh. Atas dasar ini, beliau
telah memanggil balik duta Mesir ke Israel, dan telah mengarahkan wakil
Mesir di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memanggil
mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan, dan memanggil duta Israel di
Mesir untuk membantah serangan tersebut."
Osman juga menafikan laporan media Israel bahawa Tel Aviv telah
meminta pengantaraan Mesir untuk gencatan senjata berikutan pembunuhan
komander Hamas, Ahmed al-Jabari, menekankan bahawa "Mesir bukan
pengantara; kami berada di pihak Palestin untuk menghentikan serangan
Israel terhadap Paletin."
Beliau menambah bahawa Kaherah telah memanggil untuk campur tangan
Arab dan antarabangsa bagi menghentikan keganasan Israel terhadap rakyat
Palestin, sambil menambah "Mesir lebih prihatin untuk menghentikan
pencerobohan, sebelum berbincang tentang gencatan senjata."
Duta Mesir kepada Pihak Berkuasa Palestin juga menafikan bahawa
Kaherah berhubung dengan puak Palestin untuk menghentikan serangan roket
ke Israel sebagai antara langkah ke arah gencatan senjata. Beliau
memberitahu Asharq Al-Awsat "Israel memulakan pencerobohan, dan apa yang
dilakukan puak Palestin adalah mempertahankan diri." Beliau menambah,
"Ia adalah terpulang kepada pihak yang memulakan pencerobohan untuk
menghentikannya."
Perdana Menteri Mesir, Hisham Qandil membuat satu lawatan selama tiga
jam di Semenanjung Gaza Jumaat lalu di mana dia mengutuk pencerobohan
Israel ke atas Gaza sebagai "bencana." Qandil melawat bangunan Council
of Ministers di Gaza City, serta sebuah hospital yang merawat mereka
yang cedera dalam serangan.
Perdana Menteri Mesir berkata, "Apa yang saya saksikan di Gaza adalah
bencana dan saya tidak boleh berdiam diri. Pencerobohan Israel mesti
dihentikan. "Beliau juga menegaskan bahawa "Mesir akan mencuba sedaya
upaya untuk menghentikan pencerobohan dan mencapai perjanjian gencatan
senjata".
Timbalan Perdana Menteri Israel, Moshe Yaalon juga turut memberi
gambaran bahawa Tel Aviv berminat dalam gencatan senjata, memberitahu
radio Israel "Jika Hamas mengatakan ia memahami mesej dan melakukan
gencatan senjata untuk tempoh yang lama melalui perantaraan Mesir atau
sesiapa sahaja, maka itulah apa yang kami mahukan. Kami mahu ketenangan
di selatan dan pencegahan yang kuat”.
Beliau menambah, "Rakyat Mesir telah menjadi saluran untuk
menyampaikan mesej. Hamas sentiasa menggunakan mereka untuk meminta
gencatan senjata. Kami sedang berhubung dengan Kementerian Pertahanan
Mesir, dan ia boleh menjadi satu saluran di mana gencatan senjata dapat
dicapai."
Walau bagaimanapun, ia jelas kelihatan bahawa pendekatan luar Mesir
telah berubah dengan ketara sejak rejim Mubarak dijatuhkan dan
pelantikan Presiden yang disokong Ikhwanul Muslimin. Presiden Mohamed
Mursi, bercakap Jumaat lalu, menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan
meninggalkan Gaza sendirian" dan memanggil serangan Israel ke atas
wilayah itu sebagai "satu pencerobohan secara terang-terangan terhadap
kemanusiaan."
Mursi membuat komen tersebut dalam ucapan selepas solat Jumaat.
Beliau menegaskan bahawa "Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza
sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir yang semalam, dan Arab hari ini
bukan Arab yang semalam”.
Labels:
Antarabangsa,
Politik
Wednesday, November 14, 2012
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1434
Oleh:
Mohd Sukki Othman(ustaz Shauqi)
Masa
berlalu dengan begitu pantas. Hari berganti hari, bulan berganti bulan
dan tahun berganti tahun. Sama ada sedar atau pun tidak, kini kita sudah
pun melangkah ke tahun baharu hijrah 1434. Tahun baharu disambut dengan begitu meriah
disusuli dengan ’azam’ baru yang dibuat sempena dengan kedatangan tahun
baharu ini.
Ketika sambutan tahun baharu hijrah, terdapat segelintir masyarakat yang sering mempertikaikan upacara sambutan yang dibuat dengan doa awal tahun dan doa akhir tahun. Mereka menyifatkan sambutan tersebut adalah sesuatu yang bid’ah dan bercanggah dengan sunnah nabi. Akan tetapi, mereka tidak pula menyatakan bid’ah terhadap sambutan tahun baharu masihi yang dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang meruntun nafsu seperti perhimpunan besar-besaran muda-mudi dan remaja belia, kemudian diikuti dengan persembahan konsert dan percikan bunga api yang amat mempesonakan.
Tambah ‘menyeronokkan’ lagi ialah perhimpunan itu melibatkan percampuran antara lelaki dan perempuan serta pengkid dan pondan tanpa garis pemisahan! Konsert hiburan yang melibatkan percampuran serta pergaulan bebas merupakan acara ‘wajib’ dalam sambutan tahun baharu masihi. Seolahnya, tidak akan wujud tahun baharu sekiranya tidak disambut dengan hiburan dan konsert yang berteraskan budaya hedonisme barat ini.
Manakala amalan yang biasa dilakukan sempena menyambut kedatangan awal muharram sempena tahun baharu hijrah ialah bacaan doa akhir tahun dan doa awal tahun. Walaupun terdapat perbincangan dan kekhilafan tentang bacaan doa ini, namun selagi ia merupakan doa yang tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah, maka ianya adalah sesuatu yang baik untuk umat Islam. Hal ini adalah kerana doa merupakan sesuatu yang sepatutnya dijadikan amalan harian sama ada pada awal tahun, pertengahan tahun, hujung tahun atau pada bila-bila masa sahaja.
Sabda nabi saw bermaksud : ‘Doa adalah senjata bagi orang yang beriman’. Dalam hadis lain disebut bahawa ‘doa adalah asas kepada ibadat’. Cuma, sekiranya doa tersebut tidak diambil daripada doa yang ma’thur daripada al-Quran dan sunnah, maka janganlah menyandarkan amalan tersebut kepada Rasulullah saw. Begitu juga hendaklah menjauhi daripada meriwayatkan hadis yang bukan datang daripada nabi seumpama :
"Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata;
“Kesusahan bagiku
dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan
Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah
ampunkan dosanya setahun”. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan akan berkata;
“Telah
selamatlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah
telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.
Tuesday, November 13, 2012
Tanyalah Ustaz - Putus Asa Episod 2
Tanyalah Ustaz - Putus Asa Episod 1
Rancangan Anda Musykil di TV1
Boleh Sambut Deepavali ?
Oleh: Ustaz Shauqi
Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia
bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada
Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada
Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan
perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah
sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah
telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari
raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu
Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Syeikhul
Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas
dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada
terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli
kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu
syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada
syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang
bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’
(Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )
Perayaan-perayaan
agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar
bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa
yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada
Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar!
Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan
hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).
Muhammad
Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab
Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula
berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada
hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya
adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Hujah
yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam
pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan
agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan
sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru
syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka -
(riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan
5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di
dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut
serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan
selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati
terhadap kekufuran seseorang.
Setiap
perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan
oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah
(wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan
diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi
pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku
bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan
kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku
abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
Manakala
Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah
menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan
selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam
tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan
kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam
surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu
untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak
memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu,
sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi
melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan
upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.
Prof
Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum
Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah
dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi
tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan
tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti
‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan
dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah
sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka,
tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti
arak, potret lucah dan sebagainya.
Syeikh
Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah
menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya
kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan
(mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru,
contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah
perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah
haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang
ketuhanan Isa.
Hujah yang dikemukakan oleh
beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w.
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah
Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat.
Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan
agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut
(iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
Monday, November 12, 2012
Tanyalah Ustaz - Ketagih Ilmu - Episod 2
Tanyalah Ustaz - Ketagih Ilmu - Episod 1
Friday, November 9, 2012
Tanyalah Ustaz - Adat vs Syarak Bhg 4
Tanyalah Ustaz - Adat vs Syarak Bhg 3
Tanyalah Ustaz - Adat vs Syarak Bhg 2
Tanyalah Ustaz - Adat vs Syarak Bhg 1
Tanyalah Ustaz - Sabar Bhg 2
Tanyalah Ustaz - Sabar Bhg 1
Tanyalah Ustaz - Bersuci Bhg 2
Tanyalah Ustaz - Bersuci Bhg 1
Tanyalah Ustaz - Aib Bhg 2
Tanyalah Ustaz - Aib Bhg 1
Tanyalah Ustaz - Salah Sangka Bhg 1
Tanyalah Ustaz - Salah Sangka Bhg 2
Tanyalah Ustaz TV 9 - Urus Jenazah Bhg 1
Tanyalah Ustaz TV 9 - Urus Jenazah Bhg 2
Tanyalah Ustaz - Dosa Besar Bhg 2
Tanyalah Ustaz TV9 - Dosa Besar Bhg 3
Tanyalah Ustaz TV 9 - Dosa Besar Bhg 1
Tanyalah Ustaz TV9 - Riyak Episod 1 & 2
EPISOD 2
EPISOD 1
Thursday, November 8, 2012
Tanyalah Ustaz - Makhluk Sebelum Nabi Adam
Motivasi Pagi - Sampai Seru
Wednesday, November 7, 2012
Dakwah Tanggungjawab Siapa?
Soalan: Apakah kewajipan menyeru makruf dan mencegah
kemungkaran itu merupakan tanggung jawab
golongan tertentu sahaja, dan apakah ia wajib atau sunat?
Jawapan:
Amar makruf dan nahi munkar yang bermaksud
menyeru makruf dan mencegah kemungkaran merupakan suatu tanggung jawab yang
diwajibkan kepada umat Islam dan ia merupakan antara syiar agama yang paling
utama. Oleh yang demikian, Allah SWT berfirman dalam surah Ali `Imran ayat 104
bermaksud: Dan hendaklah ada di
antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan
Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala
yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah
orang-orang yang berjaya.
Menurut
Ibn Kathir, maksud ayat al-Quran ini ialah hendaklah ada segolongan umat Islam yang malaksanakan kewajipan amar
makruf nahi munkar. Walaupun begitu, ia tetap tidak menafikan bahawa tanggung
jawab amar makruf nahi munkar ini adalah merupakan tanggung jawab setiap
individu muslim sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam hadis yang sahih
yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, nabi SAW bersabda yang bermaksud: ” Sesiapa
sahaja dalam kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia
mencegahnya dengan tangannya, sekiranya tidak mampu berbuat demikian, maka
hendaklah ia mencegah dengan lidah, dan sekiranya tidak mampu juga, maka
hendaklah ia mencegah dengan hati, dan mencegah dengan hati itu merupakan
selemah-lemah iman”.
Dalam hadis yang lain, daripada
Huzaifah bin Yaman bahawa nabi SAW bersabda yang bermaksud: ”Demi zat yang
jiwaku dalam genggaman-Nya, hendaklah kalian benar-benar menyuruh kepada yang
ma’ruf serta mencegah perbuatan yang munkar atau (kalau tidak) Allah
akan benar-benar memberikan siksa untuk kalian dari sisi-Nya kemudian kalian
berdo’a dengan sungguh-sungguh kepada-Nya, tapi Dia tidak mengabulkan do’a
kalian.”( Hadis riwayat Imam Ahmad dan al-Tirmidzi).
Selain itu, Allah SWT telah
berfirman dalam surah Ali `Imran ayat 110, bermaksud: Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang
dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala
perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan
keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Meneliti ayat ini, Allah
SWT telah mendahulukan menyeru makruf dan mencegah munkar daripada beriman
kepada Allah. Justeru, para ulama menyatakan bahawa maksudnya ialah iman itu perlu
disuburkan dan dikawal serta dipelihara dengan amar makruf dan nahi munkar.
Analoginya ialah iman itu umpama sepohon pokok. Maka pokok ini perlu disurkan
dengan siraman dan baja iaitu ‘amar makruf’. Di samping itu, bagi menjamin
pokok ini tumbuh dengan baik dan sempurna hendaklah dijaga dan dikawal dengan
memagari pokok tersebut dan menyembur racun perosak agar pokok tersebut tidak
dihinggapi oleh parasit. Itulah yang dinamakan sebagai ‘Nahi Munkar’.
Baru-baru ini ketika saya dalam suatu penerbangan...
saya sempat berbual dengan penumpang yang duduk di sebelah saya. Beliau bersama
kumpulannya baru sahaja hendak pulang ke England setelah membuat kerja
'kebajikan' di Rwanda selama dua minggu. Kerja 'kebajikan' mereka
itu disokong kuat oleh pihak Gereja Kristian. Dia menyatakan kepada saya bahawa
bila mereka balik... akan ada kumpulan lain pula silih berganti akan pergi ke
sana membuat perkara-perkara 'kebajikan'. Pendakwah
Kristian begitu gigih berdakwah ... apa sahaja ruang untuk berdakwah ke agama
mereka ... mereka akan buat walau hanya dengan membantu orang
susah...menziarahi orang sakit di hospital dan sebagainya. Mereka begitu gigih
berdakwah sedangkan dakwah mereka itu adalah batil.
Jadi, bagaimana pula dengan orang Islam yang
berpegang dengan kebenaran ajaran Islam... mengapakah usaha dakwah amat sedikit
sedangkan kewajipan dakwah adalah wajib dan ia terletak pada tanggung jawab
semua orang. Sabda nabi saw bermaksud : 'Sampaikan daripadaku walau satu ayat'.
Tapi berapa ramai daripada kita yang berusaha menyampaikan kebenaran dan
mencegah kemungkaran?
Subscribe to:
Posts (Atom)