Oleh: Ustaz Shauqi
Perayaan dalam Islam merupakan satu ibadah. Ia
bukan merupakan adat dan budaya. Ibadah bermaksud pengabdian diri kepada
Allah semata-mata. Ibadah dilakukan sebagai lambang ketaatan kepada
Allah. Justeru, Rasulullah saw melarang golongan Ansar merayakan
perayaan Jahiliyyah yang sudah sedia diamalkan oleh masyarakat Madinah
sebelum kedatangan Islam. Sabda Rasulullah bermaksud:“Sesungguhnya Allah
telah menggantikan untuk kamu yang lebih baik daripada keduanya(hari
raya) iaitu hari raya Adha dan hari raya al-Fitri.” (Hadis riwayat Abu
Dawud 1134, Nasaei 1556 dan Ahmad 1241).
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Hadis nabi ini menegaskan dua perkara iaitu pertamanya; haram menyambut perayaan agama lain. Keduanya; Islam telah memberikan dua perayaan yang jauh lebih baik daripada perayaan Jahiliyyah iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.
Syeikhul
Islam Ibnu Taymiyyah dan anak muridnya Ibnu Qayyim bersikap amat tegas
dalam persoalan ini iaitu mereka melarang keras umat Islam daripada
terlibat dan turut serta dalam sebarang perayaan kaum musyrikin dan ahli
kitab. Ibn Taymiyyah juga menegaskan bahawa perayaan adalah satu
syariat. Kata Ibn Taimiyyah: “perayaan merupakan sebahagian daripada
syariat, manhaj dan ibadah yang disebut oleh Allah dalam firmanNya yang
bermaksud: ‘setiap umat Kami jadikan jalan ibadah yang mereka jalani’
(Rujuk Iqtidha’ al-Sirat al-Mustaqim juz 1, hlm. 207 )
Perayaan-perayaan
agama bukan aktiviti sosial semata-mata. Perayaan agama merupakan syiar
bagi sesebuah agama tersebut. Ia merupakan salah satu ciri istimewa
yang ada pada setiap agama. Justeru, Rasulullah menegaskan kepada
Saidina Abu Bakar dengan sabda baginda yang bermaksud: “Wahai Abu Bakar!
Sesungguhnya bagi setiap kaum itu ada hari perayaan. Dan ini merupakan
hari perayaan kita.” (Hadis Bukhari 952 dan Muslim 892).
Muhammad
Saleh al-Munajjid, seorang ulama dan ahli majlis fatwa kerajaan Arab
Saudi serta beberapa ulama kerajaan Arab Saudi yang lain pula
berpendapat bahawa hukum mengucap tahniah kepada bukan Islam pada
hari-hari kebesaran mereka seperti pada hari Krismas dan sebagainya
adalah haram dan bertentangan asas-asas akidah Islam.
Hujah
yang dikemukakan oleh mereka ialah hari perayaan agama kaum bukan Islam
pada hakikatnya adalah syiar agama mereka. Umat Islam diperintahkan
agar tidak meniru syiar dan budaya kaum bukan Islam. Ini berdasarkan
sebuah hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: “Sesiapa yang meniru
syiar sesuatu kaum (bukan Islam), maka dia daripada golongan mereka -
(riwayat Abu Dawud bilangan 4031. Musnad Ahmad Ibn Hanbal, bilangan
5093).Hujah mereka yang seterusnya ialah berdasarkan satu kaedah di
dalam Islam iaitu ‘redha dengan kekufuran adalah kufur’. Justeru, turut
serta berhari raya dengan kaum bukan Islam, serta mengucap tahniah dan
selamat Hari Raya kepada mereka, adalah antara tanda kerelaan hati
terhadap kekufuran seseorang.
Setiap
perkara ibadah tidak boleh dikongsi dengan bukan Islam. Ini ditegaskan
oleh firman Allah dalam surah al-Kafirun yang bermaksud: “Katakanlah
(wahai Muhammad). Wahai orang kafir! Aku tidak beribadah (mengabdikan
diri) pada apa yang kamu abdikan diri. Dan kamu juga tidak menjadi
pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku abdikan diri. Dan aku
bukanlah pengabdi (pelaku ibadah) pada apa yang kamu abdikan diri Dan
kamu juga tidak menjadi pengabdi (melakukan ibadah)pada apa yang aku
abdikan diri. Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.”
Manakala
Prof. Dr Yusuf al-Qaradawi pula, ketika membahaskan perkara ini telah
menyatakan bahawa tidaklah menjadi suatu kesalahan memberikan ucapan
selamat hari raya kepada rakan dan jiran yang musyrikin, kerana Islam
tidak menutup hubungan antara dua kaum yang berlainan agama dan
kepercayaan ini. Keharusan ini adalah berdasarkan firman Allah dalam
surah al-Mumtahanah ayat 8 yang bermaksud: “Allah tidak melarang kamu
untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang yang tidak
memerangimu kerana agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu,
sesungguhnya Allah menyukai orang yang berlaku adil”. Namun, al-Qaradawi
melarang keras daripada turut serta dalam perayaan yang berasaskan
upacara keagamaan kerana ia melibatkan akidah dan kepercayaan.
Prof
Dr Abd al-Sattar Fathullah Said, seorang pensyarah Tafsir dan ‘Ulum
Quran di Universiti Azhar pula berpendapat bahawa mengucapkan tahniah
dan selamat hari raya pada perayaan bukan Islam adalah harus selagi
tidak bercanggah dengan hukum syara’. Akan tetapi sekiranya ucapan
tahniah dan selamat hari raya itu diungkapkan dalam bentuk doa seperti
‘moga Allah berkati pada keluarga dan hartamu’, ianya adalah haram dan
dilarang sama sekali. Begitu juga menurut beliau harus memberi hadiah
sebagai ucapan tahniah kepada bukan Islam pada hari perayaan mereka,
tetapi hadiah tersebut mestilah bukan sesuatu yang diharamkan seperti
arak, potret lucah dan sebagainya.
Syeikh
Dr. Mustafa Zarqa pula ketika membincangkan persoalan ini telah
menyatakan bahawa mengucapkan tahniah atau ucapan selamat hari raya
kepada kenalan bukan Islam adalah termasuk dalam bab kesopanan
(mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Namun, sesiapa yang keliru,
contohnya dengan mengatakan bahawa sambutan hari kelahiran Isa adalah
perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah
haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang
ketuhanan Isa.
Hujah yang dikemukakan oleh
beliau antara lain ialah peristiwa yang berlaku pada zaman nabi s.a.w.
Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w. berdiri tatkala satu jenazah
Yahudi melalui kawasan yang diduduki oleh Rasulullah dan para sahabat.
Berdirinya Rasulullah itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan
agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut
(iaitu bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
Namun, perlu juga diberi perhatian bahawa, mengucapkan selamat hari raya kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakannya dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.
No comments:
Post a Comment