Followers

Monday, October 21, 2013

Laporan Ibadah Qurban di Bangladesh 2013 / 1434 H




Pada tanggal 10 Zulhijjah bersamaan 15 Oktober 2013, rombongan AJK Akademi Imam Syafie (AIS) seramai 3 orang telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk misi kemanusiaan dan ibadah qurban. Menaiki pesawat Malindo pada jam 6.55 petang dan penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam setengah, lalu sampai di Dhaka sekitar jam 8.40 malam (waktu Bangladesh)







Setelah keluar dari airport Dhaka, wakil AIS di Bangladesh sudah siap menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Laxmipur, Rajshahi yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki van. Rombongan AIS sampai di Rajshahi lebih kurang pukul 4.30 pagi. Rombongan AIS menumpang tidur di rumah Dr. Arif, seorang pensyarah veterinar di Universiti Rajshahi. Tak sempat untuk melelapkan mata, kerana waktu solat subuh sudah hampir iaiatu pada pukul 5 pagi. Selesai solat Subuh, diadakan sedikit perbincangan dengan Dr Arif untuk pelaksanaan ibadah korban di 35 tempat. AIS membawa amanah untuk melaksanakan ibadah qurban sebanyak 100 ekor lembu dan 5 ekor kambing di Bangladesh.










Tepat pukul 8, solat iduladha ditunaikan bersama dengan jamaah di masjid Fatah yang masih dalam pembinaan. Hari raya iduladha disambut pada hari Rabu bersamaan 16 Oktober di Bangladesh. Seusai solat hari raya, ibadah qurban mula dilaksanakan di beberapa tempat di Rajshahi sehingga lewat petang. 





Kembali ke rumah Dr Arif dan sempat berehat pada malamnya. Keletihan amat terasa sehingga tidak sempat untuk dinner, terus tidur sehingga ke pukul 4 pagi. Selepas subuh, perjalanan ibadah qurban diteruskan dan antara tempat yang sempat dilawati ialah sebuah perkampungan di Biana yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan dari Laxmipur dengan menaiki van.






Sambutan penduduk kampung amat menggalakkan. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah penduduk yang menyambut kehadiran AJK AIS. Keletihan tidak terasa apabila melihat wajah-wajah umat Islam di situ yang begitu gembira dengan daging korban yang dapat diagihkan kepada mereka. Rombongan sempat meninjau kedaifan rumah-rumah di sekitar perkampungan ini. 













Selepas menunaikan solat jamak dan qasar, rombongan berpatah balik ke Rajshahi dengan singgah di beberapa tempat yang dilaksanakan ibadah qurban. Perbincangan dengan Dr Arif diadakan di rumahnya dengan beberapa rakan NGO Bangladesh yang lain untuk meneruskan kerjasama dari sudut misi pendidikan dan kemanusiaan, terutamanya pembinaan sekolah dan madrasah untuk memenuhi keperluan umat Islam di sana.







Rombongan Akademi Imam Syafie bertolak balik ke Malaysia pada pukul 9.30 malam dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi (waktu Malaysia) pada 19 Oktober 2013.


Thursday, October 3, 2013

Hukum Melaksanakan Ibadah Qurban Di Luar Negara

 


Hukum Memindahkan Daging Korban/ Melakukan Ibadah Korban ke Tempat Atau Negeri/Negara lain:

  • Mazhab Hanafi berpendapat bahawa makruh hukumnya memindahkan sembelihan korban ke negeri lain seperti zakat, kecuali jika diberikan kepada saudara maranya yang berada di negeri lain atau kepada penduduk negeri lain yang lebih berhajat kepada daging itu berbanding penduduk di negeri sendiri.(1 )
  • Mazhab Maliki pula berpandangan bahawa tidak diharuskan memindahkannya ke kawasan atau negeri yang jaraknya tidak jauh dari tempat korban tersebut dilaksanakan, kecuali penduduk kawasan tersebut lebih berhajat daripada penduduk di kawasan atau negeri sendiri.
  • Mazhab Hanbali dan Syafi’e juga berpandangan seperti Mazhab Maliki. (2) Hukumnya adalah harus menurut mazhab Shafie berasarkan kaedah qiyas dengan pengeluaran zakat di luar Negara di mana sepatutnya didahulukan tempat sendiri.(3)
  • Di Malaysia Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-66 yang bersidang pada 25 Nov 2004 telah memutuskan bahawa harus mengagihkan daging Korban ke tempat atau negara lain.(4)

Berkenaan melakukan ibadat Korban di luar negeri/Negara, Sheikh Muhammad bin Muhammad bin Mukhtar al-Shanqiti berpendapat bahawa ibadah Korban di luar Negara adalah sah dan pelakunya akan mendapat pahala melakukan ibadat Korban. Tetapi yang afdalnya dilakukan di kawasan tempat tinggalnya. Lebih afdal lagi sekiranya dilakukan ibadat Korban di kawasan kediamannya dan juga di luar Negara yang berdepan dengan kesukaran. [5] Dr. Nazim al-Misbah juga menyokong pandangan ini. Beliau menolak pandangan yang mendakwa ibadat Korban di luar Negara adalah sama dengan sedekah biasa[ 6]. Menurutnya lagi pendapat ini tidak ada dalil yang kuat. Bahkan ia bercanggah dengan fakta yang meyatakan bahawa Rasulullah SAW mewakilkan Sayyidina Ali untuk melakukan penyembelihan Korban baginda ketika Haji Wada’.

Kesimpulan, yang afdal dan hukum asal bagi ibadah Korban ialah dilaksanakan di negeri sendiri. Sekiranya dibuat di luar Negara, tidak menjadi kesalahan. Bagi mereka yang mampu, boleh buat dua dua sekali.


 [1.) Wahbah al-Zuhayli, Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuhu, jil. 3, ms. 630
 [2. Ibid., 630
 [3] Imam Taqiyuddin al-Husaini, Kifayat al- Akhyar, ms.534.
 ( 5] http://ar.islamway.com/fatwa/5759. Accessed 11/10/2012.
 [6] http://www.alaan.cc/pagedetails.asp?nid=121971&cid=30. 11/10/2012.

Saturday, September 28, 2013

Tuesday, September 24, 2013

Konsep Wakalah Dalam Pengurusan Korban




Konsep Wakalah:

Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan, penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah mempunyai empat rukun iaitu:

  •     Muwakkil (orang yang berwakil)
  •     Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
  •   Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
  •   Shighah (ijab dan qabul).

Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:

  • Hendaklah seorang Muslim 
  • Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
  • Memenuhi syarat-syarat mukallaf.

Hukum upah bagi wakil:

  •  Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).
  • Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya.
  • Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri”. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
  • Hujjah lain, pada dasarnya upah untuk ibadah adalah diharuskan seperti upah haji dan umrah. Adapun ibadah-ibadah yang tidak memerlukan belanja dan usaha yang keras maka tidak diharuskan padanya sebarang upah.
  • Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging Korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan).

Kaedah Kaedah Wakalah di dalam Ibadah Korban:

  • Wakalah berbentuk penyerahan binatang korban:Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), Muwakkal (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul )
  • أركانها اربعة موكل ووكيل وموكل فيه وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدهما وعدم الرد من الأخر كقول الموكل وكلتك بكذا او فوضته إليك ولو بمكاتبة او مراسلة (الباجورى جزء 1 ص : 296 )

           Wakalah berbentuk penyerahan wang:

Dengan cara ini urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut pandangan ulama hukumnya adalah harus. 
 
Penjelasan tentang keharusan wakalah melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I’anah al-Talibin:
للصواب: في فتاوي العلامة الشيخ محمد بن سليمان الكردي محشي شرح ابن حجر على المختصر ما نصه: (سئل) رحمه الله تعالى: جرت عادة أهل بلد جاوى على توكيل من يشتري لهم النعم في مكة للعقيقة أو الأضحية ويذبحه في مكة، والحال أن من يعق أو يضحي عنه في بلد جاوى فهل يصح ذلك أو لا؟ أفتونا. (الجواب) نعم، يصح ذلك، ويجوز التوكيل في شراء الأضحية والعقيقة وفي ذبحها، ولو ببلد غير بلد المضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا بجواز توكيل من تحل ذبيحته في ذبح الأضحية، وصرحوا بجواز التوكيل أو الوصية في شراء النعم وذبحها، وأنه يستحب حضور المضحي أضحيته. ولا يجب. وألحقوا العقيقة في الاحكام بالأضحية، إلا ما استثني، وليس هذا مما استثنوه، فيكون حكمه حكم الأضحية في ذلك. وبينوا تفاريع هذه المسألة في كل من باب الوكالة والإجارة فراجعه.                                                                                                                                                                              
Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi Muhasyyi Syarah Ibni Hajar ‘ala al Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau telah ditanya:
 
“Telah berlaku kebiasaan penduduk Jawi mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya “Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang yang berqorban atau beraqiqah itu.”..

Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan mewakili pihak ketiga untuk menguruskan ibadah korban terutamanya di luar negara, perlu dinyatakan dengan jelas perwakilan adalah secara mutlak.

Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)

Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu‘awadah seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat (binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu‘awadah membatalkan kontrak. Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan pengurusan ibadah korban. Diantara kesilapan yang kerap berlaku ialah tidak disebut berapa upah.  
 
Di antara alternatif adalah seperti berikut: 
 
  • Bagi mereka yang mengutip wang penyertaan ibadah Korban, kemudian mewakilkan pihak lain, dan mengambil upah, perlu dinyatakan jumlah upah. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50.
  • Menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada  masjid/badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim dll. Contoh:  “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk masjid.”

Tuesday, September 10, 2013

Ibadah Korban di Bangladesh

IBADAH KORBAN/AQIQAH DI BANGLADESH & KEMBOJA
Lembu:RM250/Bahagian. 


Saudara-saudara Islam kita di Kemboja & Bangladesh hidup dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan. Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari hakikat ini, AKADEMI IMAM SYAFI’E(AIS) di atas nama KEBAJIKAN mengambil inisiatif untuk mengerakkan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam bagi menyempurnakan tanggungjawab terhadap saudara seagama yang sedang berada dalam kesusahan. Diantara aktiviti misi ini ialah menguruskan pelaksanaan ibadah korban/ aqiqah, bantuan elaun kepada Dai’e/ Guru/ Guru-guru al-Quran, Tajaan pelajar dan pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e di Kg Keh, Wilayah Kampot, Kemboja; Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren Wirausaha, Aceh Temiang.
Pihak AIS telah menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan Aqiqah di Kemboja sejak tahun 1430H. Pada tahun 1433H yang lalu AIS telah diamanahkan untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi sejumlah 213 ekor lembu dan 80 ekor kambing. Program Korban & Aqiqah tersebut telah dilaksanakan di 25 pusat terpilih di Wilayah Kampot, Wilayah Kg Som,Wilayah Koh Kong, Phnom Penh,Wilayah Kg Cham dan Wilayah Prey Veng.

Penyertaan ini datang daripada individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga penyertaan melalui pertubuhan/organisasi yang bekerjasama dengan AIS seperti Badan Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB-Biro Endah, JAKKAS-MIDA, BAKKIS-RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang dan lain lain.
Menjadi amalan Akademi Imam Syafi’e sebarang lebihan dari kos belian ternakan dan kos pelaksanaan ibadah korban/aqiqah, akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan/Operasi Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan Tabung Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam seliaan AIS. Lebihan kos bagi tahun 1433H yang lalu, telah menyumbang kepada sebahagian daripada kos pembinaan bangunan tambahan di Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan menampung sebahagian daripada perbelanjaan operasi/aktiviti misi pendidikan dan kemanusiaan dibawah seliaan AIS. Pada tahun ini, jika terdapat sebarang lebihan ia juga akan disalurkan untuk tujuan yang sama.



PROGRAM KORBAN/AQIQAH KEMBOJA & BANGLADESH.

“Idul Adha adalah hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh mereka dan disambut dengan begitu meriah. Perayaan ini merupakan peluang untuk mereka menikmati juadah istimewa iaitu daging-daging lembu atau kambing yang disembelih sebagai ibadah korban/aqiqah. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran ‘Idul Adha.
Bagi menjiwai suasana tersebut, AIS menggalakkan para peserta ibadah korban dan aqiqah 1434H untuk turut serta ke sana bagi meraikan ‘Idul Adha bersama-sama saudara seIslam di sana serta menyelami kehidupan yang mereka lalui.
Selain dapat mengembirakan saudara seIslam dengan daging-daging dari pelaksanaan ibadah korban/aqiqah ini, AIS juga berusaha menyesuaikan bantuan “one-off” ini agar dapat dikembangkan untuk membantu strategi  pembangunan jangkapanjang terutamanya melalui perancangan pembangunan pendidikan. Penyesuaian ini dirangka agar ianya dapat membantu membangunkan mereka melalui penguasaan ilmu pengetahuan.
Sokongan dan bantuan ini bakal membantu mereka untuk bangkit sebagai Muslim yang mempunyai jatidiri serta mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH
Saya ........................................................................................... (nama),  mewakilkan kepada Akademi Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak ............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............…..... (harga & kos pelaksanaan) bagi pihak saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang lebihan harga & kos pelaksanaan -(jika ada)- untuk pembinaan/operasi/ aktiviti pendidikan seliaan Akademi Imam Syafi’e.
1
4
2
5
3
6
7
***   Bersama ini disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.
Tandatangan
………………………………………………………
Tarikh
………………………………………………………
No. Tel/ HP                
………………………………………………………
Alamat
………………………………………………………
E-mail       
………………………………………………………
………………………………………………………
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke: 012-2942574/Fax/ E-Mel: AJK di atas. Sila  pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.

Monday, August 26, 2013

Hukum Solat Hajat Secara Berjamaah








Soalan;

Bolehkah solat taubat di lakukan berjemaah?

Jawapan;


Terdapat khilaf dalam kalangan ulama dalam masalah melakukan solat tahajjud, dhuha, taubah, hajat, istikharah dan sebagainya secara berjamaah, iaitu solat-solat yang disyariatkan secara bersendirian. Menurut Imam an-Nawawi; asalkan suatu ibadat itu ada disyariatkan walaupun secara bersendirian, harus jika ingin dilakukan secara berjamaah. Antara dalilnya ialah;

1. Hadis Ibnu Abbas RA yang menceritakan; Dia pernah mengikut Nabi SAW mengerjakan solat malam (qiyamullail) di rumah baginda, iaitu berjamaah dengannya (Lihat; Soheh al-Bukhari; 183. Muslim; 763/181).

2. Hadis Anas bin Malik RA yang menceritakan; Aku, seorang budak yatim dan ibuku (Ummu Sulaim) telah mengerjakan solat berjamaah di belakang Nabi SAW di rumah kami. Aku  dan budak yatim berdiri di belakang Nabi SAW dan ibuku berdiri di belakang kami) (Soheh al-Bukhari; 727, 871. Muslim; 658/266).

3. Hadis Itban bin Malik RA yang menceritakan; Nabi SAW datang kerumahnya dan berkata; “Di mana tempat di rumahmu yang kamu suka aku solat di situ?". Aku menunjukkan satu tempat. Lalu baginda bertakbir (melakukan solat) dan kami membuat saf di belakangnya (yakni turut berjamaah dengannya). Baginda solat sebanyak dua rakaat. (Soheh al-Bukhari; 424. Muslim; 263/33).

Solat-solat yang dilakukan Nabi SAW dalam hadis di atas ialah solat-solat sunat kerana baginda tidak pernah melakukan solat fardhu melainkan di masjid. Imam an-Nawawi menjelaskan; “Solat-solat selain solat hari raya, solat gerhana, solat istisqa’, solat terawih dan witir selepasnya –seperti solat-solat sunat rawatib, dhuha dan sunat-sunat mutlak- tidak disyariatkan berjamaah, yakni tidak disunatkan berjamaah, namun jika dilakukan secara berjamaah dibolehkan dan tidak dianggap makruh” (al-Majmu’, 4/55).

Sebahagian ulama hanya mengharuskannya jika dilakukan sekali sekali (bukan berterusan), iaitu untuk tujuan belajar atau membiasakan diri sahaja, bukan dengan menjadikannya sebagai kebiasaan, kerana Nabi SAW dan para sahabat tidak pernah menjadikannya sebagai kebiasaan mereka (Tamam al-Minnah, Syeikh ‘Adil bin Yusuf al-‘Azzazi (1/356).

http://ilmudanulamak.blogspot.com/

Monday, August 19, 2013

Hikmah Lebah & Madu






Oleh: Ustaz Shauqi

Firman Allah SWT dalam surah al-Nahl ayat 68-69 bermaksud:

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang yang mahu berfikir.


Lebah merupakan serangga terpilih berbanding dengan serangga-serangga yang lain. Justeru, Allah SWT menurunkan surah al-Nahl dengan ayat-ayat yang lengkap mengenai lebah dan kehidupannya. Bahkan, pemilihan nama surah ‘al-Nahl’ adalah merujuk kepada maksud lebah itu sendiri. Pengungkapan mengenai lebah dalam ayat al-Quran di atas adalah merupakan tanda kebesaran dan keagungan Allah SWT. Manusia yang mengkaji tentang kehidupan lebah dan madu yang dihasilkan oleh serangga ini sudah tentu akan mengagumi haiwan ini. Kekaguman terhadap serangga ini akan membawa kepada hakikat wujudnya Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Pencipta iaitu Allah SWT. Selain itu, kita juga dapat mengambil pengajaran dan pengiktibaran daripada kehidupan lebah yang boleh mendatangkan manfaat dalam kehidupan seharian.

Allah telah memberikan ilham atau naluri kepada lebah agar membuat sarang di kawasan pergunungan, di pepohonan kayu,  atau di bumbung-bumbung rumah. Seterusnya,  pekerjaan lebah ialah menghirup sari bunga dan buah untuk menghasilkan madu. Madu yang diperoleh daripada lebah dapat dijadikan sebagai ubat dan  penawar kepada manusia terutamanya dalam mempastikan kesihatan tubuh badan yang stabil.


Mengenali Lebah

Lebah adalah sejenis serangga yang kebiasaannya hidup dengan cara kehidupan bermasyarakat.  Di dalam sesebuah masyarakat atau koloni lebah madu, terdapat tiga kumpulan yang masing-masing mempunyai tugas-tugas tertentu. Pembahagian kumpulan tersebut ialah ratu lebah, lebah pekerja dan lebah jantan (Sila rujuk Abu Bakar Atim & Abdul Malik Yaakob (1990), Penternakan Lebah Madu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.).

Perintah Allah kepada lebah dalam ayat al-Quran yang kita bincangkan ini, adalah merujuk kepada golongan kata feminin. Hal ini bersesuaian dengan struktur organisasi masyarakat lebah kerana yang memegang peranan sebagai ketua ialah permaisuri atau ratu lebah. Selain itu, dalam masyarakat lebah, bilangan betina lebih ramai daripada jantan. Boleh dikatakan bahawa pada kebiasaannya dalam satu-satu masyarakat lebah, bilangan lebah jantan adalah sekitar satu pertiga sahaja daripada jumlah keseluruhan lebah.