Saturday, April 6, 2013

Aurat Ketika Menjemur Pakaian






Apakah hukum membuka aurat bagi seseorang wanita ketika menjemur pakaian di ampaian?

Jawapan:

Aurat ialah sesuatu yang wajib ditutup ketika berhadapan dengan orang yang bukan mahram. Sempadan menutup aurat bagi lelaki ialah di antara pusat dan lutut. Manakala bagi perempuan ialah menutup seluruh tubuh badannya kecuali muka dan tapak tangan (pergelangan tangan). Sempadan aurat seseorang itu apabila berada di hadapan orang yang bukan mahram ketika berada di luar solat adalah sama seperti keadaan auratnya ketika berada dalam solat. Akan tetapi sesuatu yang amat menyedihkan berlaku dalam masyarakat kita ialah apabila sebilangan umat Islam hanya menutup aurat di dalam solatnya sahaja, tetapi apabila selesai menunaikan solat, kewajipan menutup aurat terus dilupakan. Seolahnya seseorang itu hanya mengabdikan diri kepada Allah ketika menunaikan solat sahaja, sebaliknya ketika tidak menunaikan solat, dia terus melakukan penderhakaan kepada Allah. Fenomena ini merupakan sesuatu yang amat malang dan perlu diperbetulkan segera agar solat yang ditunaikan itu dapat membina keperibadian muslim yang unggul yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah swt.

Justeru, bagi seseorang wanita yang berada di halaman rumah atau di luar rumah ketika melakukan aktiviti menjemur pakaian, hendaklah mempastikan agar ia menutup aurat dengan sempurna kerana ia berhadapan dengan orang yang bukan mahram yang dapat melihatnya. Ia hanya boleh membuka aurat apabila masuk ke dalam rumah dan tidak berhadapan dengan orang yang bukan mahram.

No comments:

Post a Comment