Muhammad
Ramadan sedang berehat selepas menunaikan solat Asar di masjid, tiba-tiba ia
didatangi oleh seorang lelaki Australia bertubuh tegap, berbadan sasa. Lelaki
Australia tersebut terus meluru ke arah Muhammad Ramadan. Muhammad Ramadan
menjadi kaget dan terkejut dengan tindakan lelaki itu yang meluru kepadanya. Muhammad Ramadan
yang sedang menyandarkan badannya di dinding masjid sambil tangannya memegang
biji-biji tasbih dan mulutnya yang berkumat-kamit menyebut kalimah-kalimah
zikir. Zikir dapat menenangkan jiwa. Ia member kedamaian dalam hati Muhammad
Ramadan. Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 bermaksud: ‘Bukankah
dengan mengingati Allah itu, hati kan menjadi tenang’. Hampir saja Muhammad Ramadan melelapkan mata,
tiba-tiba dia dikejutkan dengan kehadiran manusia yang tidak di undang ini.
Perasaan risau dan takut bercampur-baur dalam diri Muhammad Ramadan. Apa
tidaknya, beliau keseorangan dalam masjid tika itu. Jemaah lain yang sama-sama
menunaikan solat Asar bersamanya tadi sudah pun pulang.
Imam Abdullah Salim pun dah pulang. Lagi pun
rumah imam agak jauh dari masjid. Untuk sampai ke masjid, imam terpaksa memandu
kereta selama 15-20 minit. Tapi ia tetap istiqamah sebagai imam di masjid ini
kerana ia sedar para jemaah memerlukan khidmatnya. Ia juga menjadi pakar rujuk dalam hal ehwal
agama dan dakwah di Kota Sydney. Kebiasaannya setiap kali lepas solat
berjemaah, Muhammad Ramadan, imam dan beberapa jemaah yang lain akan mengadakan
halaqah ilmu dan berbincang tentang dakwah dalam kalangan generasi muda di
Sydney. Tapi hari itu, imam agak tergesa-gesa.
Imam ada memberitahu Muhammad Ramadan
bahawa ia perlu segera pulang kerana ada sedikit urusan yang perlu
diselesaikan. Muhammad Ramadan tidak tahu apakah urusan imam hari itu. Mulutnya
pula terkunci rapat daripada bertanya. Selepas imam beredar, barulah dia
terfikir ke manakah imam hendak pergi dalam keadaan tergesa-gesa itu. “Aahh, mungkin ada urusan penting tu”, getus
hatinya. Selepas imam beredar, jemaah yang lain pun turut beredar pulang.
Cuma
yang tinggal hanyalah Abdul, siak masjid yang berasal dari Lubnan yang sudah menetap di Arncliff, Sydney sejak
sekian lama. Wajah Abdul persis wajah warga Australia, tubuhnya yang tinggi
lampai, berbadan agak besar, berkulit putih kemerahan. Istiqamah sungguh Abdul
dengan kopiah di kepala dan tasbih di tangannya sepanjang berada di dalam
masjid. Tapi masalahnya sekarang, kelibat Abdul tidak kelihatan, entah ke mana
ia menghilang. Hal itu membuatkan Muhammad Ramadan bertambah risau. Muhammad
Ramadan keseorangan di dalam masjid.
Bersambung ......
No comments:
Post a Comment