Soalan
Apakah benar pantang bagi ibu yang bersalin itu
adalah 40 hari? Bagaimanakah sekiranya darah yang keluar selepas melahirkan
anak datang selama 30 hari sahaja, apakah seseorang ibu itu perlu menunggu lagi
10 hari untuk membolehkannya solat?
Jawapan:
Perlu dibezakan di antara pantang syarak dan
pantang adat. Sememangnya dalam masyarakat Melayu, ibu yang bersalin
dikehendaki ‘berpantang’ selama 40 hari atau 44 hari. Namun begitu, ‘pantang
adat’ ini tiada kena mengena dengan berpantang mengikut syarak. Hal ini kerana
menurut hukum syarak, ibu yang melahirkan anak dikehendaki berpantang iaitu
dilarang kepadanya untuk menunaikan
solat, berpuasa, membaca serta memegang al-Quran, bertawaf, ‘bersama’ dengan
suami dan duduk di dalam masjid selagi dia belum suci. Kesucian itu ditentukan
oleh darah yang datang selepas melahirkan anak. Apabila darah itu berhenti,
maka hendaklah ia mandi hadas besar dan baharulah dikira suci pada ketika itu.
Selagi darah belum berhenti dan selagi belum mandi hadas besar, maka seseorang
ibu itu masih dikira berada dalam kedaan berpantang menurut syarak. Oleh yang
demikian, apabila darah sudah berhenti pada hari yang ke 30 datangnya darah
nifas, maka si ibu hendaklah mandi hadas besar untuk membolehkannya menunaikan
solat, tanpa perlu ditunggu 10 hari lagi. Kadar maksima dating darah nifas
ialah 60 hari. Justeru, sekiranya masih ada lagi darah selepas 60 hari, maka ia
dianggap darah istihadah atau darah penyakit. Maka si ibu hendaklah mandi hadas
besar dan menunaikan solat.
soalan: bagaimana pula ibu yg bersalin cara pembedahan, sedangkan luka pembedahan tidak boleh terkena air utk dia mandi wajib? adakan perlu mengikut tempoh sehingga luka pembedahan sembuh/sudah boleh kena air?
ReplyDeleteSy juga melahirkan semua anak dgn cara pembedahan iaitu 3x,luka pembedahan apabila sudah dibuka 'plasternya' iaitu biasanya hari ke-3, kita dah boleh mandi seperti biasa,cuma kita kena pastikan dibahagian luka itu dikeringkan dgn baik,jgn dibiarkan dlm keadaan lembab utk mengelakkan jangkitan kuman.
DeleteSalam..ibu yg keguguran dan masih keluar darah selepas kejadian tadi. Adakah perlu solat atau tunggu sehingga kering darah tersebut dan perlu mandi hadas.
ReplyDeleteSalam. Pada pengetahuan saya. Sekarang ini tidak kira bersalin d hospital kerajaan @ swasta. Mereka gunakan kaedah gam. Maksudnya tempat luka boleh kena air macam biasa. Jadi tiada masalah untuk mandi.
ReplyDeleteNice info. TQ
ReplyDelete