Soalan
Saya agak kurang memahami tentang tuntutan
mut’ah selepas perceraian. Boleh ustaz jelaskan tentang hal ini?
Jawapan:
Memang kadang-kala terdapat kekeliruan mengenai
perkataan mut’ah itu sendiri. Hal ini kerana istilah mut’ah biasanya digunakan
bagi perkahwinan secara kontrak yang diamalkan oleh golongan syiah. Nikah
mut’ah adalah jelas haram di sisi ajaran Islam kerana sesuatu perkahwinan tidak
boleh dihadkan kepada waktu tertentu, akibatnya ia akan meyebabkan berlakunya
kezaliman kepada pasangan yang berkahwin.
Manakala tuntutan mut’ah sebagaimana persoalan
yang telah dikemukakan ini adalah merupakan
sejumlah harta yang wajib diberikan oleh suami kepada bekas isterinya
yang pernah disetubuhi selepas
berlakunya perceraian. Firman Allah bermaksud: "Kepada wanita-wanita
yang diceraikan (hendaklah diberikan oleh suaminya) mut'ah menurut yang makruf
sebagai suatu kewajipan bagi orang yang bertaqwa" (al-Baqarah 241).
Jelas di sini, Islam membela hak-hak wanita
semasa berkahwin dan selepas perceraian. Justeru, tuduhan bahawa Islam menindas
kaum wanita adalah tidak benar. Oleh yang demikian seseorang wanita yang diceraikan suaminya
mempunyai hak untuk membuat tuntutan Mut'ah
di Mahkamah Syariah.
Mut'ah adalah sesuatu pemberian yang bermanfaat
sama ada berbentuk pakaian, barangan atau wang sesuai dengan keadaan dan
kedudukan suami. Kadar mut'ah tidak ditentukan, ia bergantung kepada keredaan
dan persetujuan suami isteri. Namun, sekiranya wujud pertelingkahan dalam
menentukan kadar, maka Mahkamah Syariah akan menggunakan budi bicaranya untuk
menetapkan kadar tersebut yang bersesuaian dengan kemampuan suami.
Assalamualaikum. saya ingin bertanya. dalam undang-undang keluarga islam di malaysia, khususnya di selangor, adakah gugur hak mutaah seorg isteri jika dia dalam tempoh perkahwinan telah keluar rumah tanpa izin, bersikap kasar dgn suami, maki hamun, menipu suami? apakah cara pembuktian terbaik semasa perbicaraan tuntutan mutaah kerana tiada saksi yang melihat perbuatan2 tersebut.
ReplyDelete