Soalan
Anak lelaki saya berumur 16 tahun, tetapi dia
masih belum ‘bermimpi’ baligh. Jadi bagaimanakah cara untuk mengetahui sama ada
dia sudah baligh atau belum?
Jawapan:
Maksud baligh
ialah apabila seseorang lelaki atau perempuan telah sampai pada tahap umur
tertentu, maka dia menjadi seorang yang layak menerima taklif (tanggungjawab)
yang ditentukan oleh syarak seperti solat, puasa, haji dan lain-lain. Orang
Islam yang akil baligh disebut juga sebagai ‘mukalaf’.
- Mimpi keluarnya mani, sama ada lelaki atau perempuan.
- Melihat darah haid. Ini khusus untuk perempuan sahaja. Waktu yang menjadikannya baligh disebabkan mimpi atau keluar haid ialah apabila dia mencapai umur sembilan tahun Qamariah (menurut bulan Islam). Kelewatan atau tidak daripada umur tersebut adalah bergantung keadaan sesebuah negeri dan suasana kehidupan.
- Berumur 15 tahun berdasarkan tahun Qamariah (hijrah). Keadaan ini diambil kira apabila tidak berlaku mimpi atau tidak keluar haid.
perkongsian yg menarik ustaz
ReplyDelete