Monday, May 20, 2013
Sunday, May 19, 2013
Kekeliruan Mengenai Industri Kewangan Islam
Terus
terang saya katakan, kenyataan Ustaz itu, tidak up-to-date kerana tidak
mengambil kira fakta sebenar industri kewangan (latest updates) dan tidak
disokong dengan ilmu perancangan kewangan yang luas. For a layman yang tak tahu
apa apa pasal industri kewangan dan financial planning, memang boleh percaya
sahaja apa yang cuba
disampaikan. But to someone yang professionally-trained in financial planning,
saya bukannya mudah untuk dikelentong dengan maklumat yang tidak disampaikan
sepenuhnya (hidden facts).
KOMEN:
ADAKAH SEMUA PROFESSIONALLY-TRAINED IN FINANCIAL PLANNING BEGITU?
DON’T BE A STEREOTYPING PERSON.
|
First of all, saya nak tanya - sejak bila produk kewangan boleh diislamkan? Sebab biasanya, orang masuk islam, dia perlu mengucap terlebih dahulu. Sejak bila produk kewangan pun dah pandai mengucap masuk islam? I know ini mungkin soalan bodoh, tapi cuba anda fikir logiknya apabila seseorang menyatakan produk kewangan boleh diislamkan.
Jawapan:
Produk kewangan boleh diIslamkan sejak 1400 tahun dahulu. Umpanya
Jual beli dengan barang tertangguh dengan istilah Bay’ Assalam. Pada zaman
Rsulullah di Madinah lagi terdapat produk ini sebelum hijrah Baginda di
Madinah. Baginda mendapati amalan jual beli produk ini bertentangan dengan
Muamalat Islam kerana mengandungi elemen gharar (uncertainty) di mana penjual
tidak menyatakan ciri-ciri secara terperinci dari sudut masa penyerahan
barang dalam jualan tersebut. Maka Rasulullah menegur dan meminta penjual
memperincikan masa penyerahan barang jualan tersebut supaya ia jelas selepas
pembeli membayar wang pendahuluan atau wang sepenuhnya pada masa
kontrak. Sekiranya ini dapat dilakukan
elemen gharar (tak pasti) dapat dihilangkan dalam produk kewangan tersebut
dan menepati Islam.
Amalan sekarang dilakukan dalam kontrak hadapan (Futures Contract)
yang bercanggah dengan muamalat Islam kerana mengandungi elemen Gharar.
Tetapi sekiranya dengan kaedah Assalam ia diharuskan kerana tiada unsure
Gharar.
Jadi jawapannya produk kewangan boleh diIslamkan dengan kaedahnya
yang tertentu (produk tak perlu mengucap 2 kalimah syahadah)sebagaimana yang
dilakukan oleh Rasulullah pada Assalam sebagai contoh.
SEBAB ITU KENA FAHAM TERLEBIH DAHULU APA YANG DILAKUKAN OLEH
RASULULLAH, BARU BOLEH KOMEN…JANGAN DOK KOMEN SEMBERONO AJE TANPA ILMU!!
|
Kedua, saya nak tanya - adakah institusi kewangan islamik faham apa maksud riba? Saya mendapati institusi kewangan cuba mengelirukan orang ramai dengan menyatakan riba itu bermaksud interest. Asal sebut interest, sure haram!! Tapi, kalau istilah interest ditukar kepada istilah lain seperti profit, maka apa jua "bayaran lebih" yang dikenakan ke atas pinjaman, boleh dihalalkan.
Jawapan:
Saudara kena faham asas perbezaan diantara perbankan Islam dan
konvensional adalah kontrak. Kontrak di dalam
perbankan Islam adalah berasaskan kontrak jual beli manakala kontrak di dalam
perbankan konvensional adalah kontrak pinjaman wang. Pemakaian term profit
dalam perbankan Islam adalah kerana asas kontraknya adalah jual beli dan
bukan sekadar penukaran terma dari interest kepada profit. Caj tambahan ke
atas harga kos adalah keuntungan kepada penjual. Tetapi perbankan Islam tidak
boleh mengenakan caj tambahan di atas kelewatan membayar ansuran pembiayaan
kecuali caj pentadbiran sahaja. Walaubagaimanapun perbankan Islam dimestikan
mengenakan 1% charge oleh BNM. This is directive by BNM! Why? To educate
peole to pay early. This is directive!
Di dalam hal
perbankan konvensional pula, interest adalah caj ke atas pinjaman maka dia
adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman wang maka ia adalah riba…..iaitu
riba Nasi’ ah. Caj ke atas kelewatan adalah Riba Jahilliah.
JELAS SEKALI
SAUDARA MASIH TAK FAHAM APA ITU RIBA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM!!
|
Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.
Jawapan:
Betul kata saudara,
riba adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman sebagaimana amalan
perbankan konvensional. Perbankan Islam menggunakan kontrak jual beli barang
(Sila Rujuk Buku tulisan Dr. Mukmin dalam hal ini:Sistem Kewangan Islam
(Keluaran JAKIM). Beliau adalah Pensyarah UM yang tidak memegang jawatan di
perbankan Islam. Saudara tentu puas hati kerana beliau tidak mempunyai
sebarang kepentingan dalam perbankan untuk menghuraikan hal ini.
|
Kalau dulu, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Kini, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi) adalah bukan riba dan bukan satu penganiayaan. Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz yang dibayar gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga welfare pelabur pelabur mereka (ye lah sebagai pelabur, mereka pun nak untung juga). Riba (bayaran lebih ke atas pinjaman) pun boleh dihalalkan?
Jawapan:
Rujuk penjelasan di atas mengenai perbezaan jual beli dengan pinjaman. Ini
berkaitan dengan krisis harga. Rujuk Surah Al Baqarah ayat 275-281.
KENA FAHAM ASAS PERBEZAAN ANTARA JUAL BELI DAN RIBA…SEBAB ITU ALLAH SUDAH
MENERANGKAN DALAM AL-QURAN BAHAWA ORANG JAHILIYYAH MENGANGGAP BAHAWA JUAL
BELI DAN RIBA ITU SAMA SAHAJA TETAPI ALLAH MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA DENGAN
MENYATAKAN TIDAK SAMA! ALLAH MENGHALALKAN JUAL BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA!
JANGAN JADI MACAM ORANG JAHILIYYAH YANG TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA JUAL
BELI DAN RIBA!!
|
Tuesday, May 14, 2013
Amalan Bulan Rejab
Ramai orang bertanya tentang kesahihan puasa sunat
bulan Rejab. Sebenarnya, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Oleh itu, secara umumnya,
sunat berpuasa pada bulan Rejab ini apatah lagi sebagai persediaan
untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Namun,
anggapan sesetengah orang tentang fadhilat puasa bulan Rejab yang
diwar-warkan sejak sekian lama.... kononnya ganjaran puasa bulan Rejab
ini akan mendapat pahala yang amat banyak, adalah tidak sahih, bahkan
banyak fadhilat-fadhilat tersebut disandarkan kepada hadis palsu. Ada
orang menyatakan bahawa untuk mendapat fadhilat dengan 'sebenar' ialah
hendaklah berpuasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan
Ramadhan. Anggapan seumpama ini juga adalah tidak benar.
Nabi
sendiri tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadhan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a
menyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami
menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering
berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka
(tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa
sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat
baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya
di bulan Syaaban."
Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).
Manakala
hadis yang sering-kali diwar-warkan apabila datangnya bulan Rejab
iaitu... “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan
umatku”, adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia
adalah hadis palsu. Justeru, ia tidak sepatutnya disebarkan kerana ia
tidak datang daripada nabi sebaliknya ia adalah hadis palsu yang direka.
Kesimpulannya,
banyakkanlah ibadat pada bulan Rejab sama ada berpuasa, bersedekah,
berzikir dan sebagainya.... namun ganjaran dan pahalanya terserah pada
Allah... sekiranya ibadah-ibadah tersebut dilakukan dengan penuh
keikhlasan, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang banyak daripada
Allah.