Ramai orang bertanya tentang kesahihan puasa sunat
bulan Rejab. Sebenarnya, bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram
iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Oleh itu, secara umumnya,
sunat berpuasa pada bulan Rejab ini apatah lagi sebagai persediaan
untuk menyambut bulan Ramadhan tidak lama lagi.
Namun,
anggapan sesetengah orang tentang fadhilat puasa bulan Rejab yang
diwar-warkan sejak sekian lama.... kononnya ganjaran puasa bulan Rejab
ini akan mendapat pahala yang amat banyak, adalah tidak sahih, bahkan
banyak fadhilat-fadhilat tersebut disandarkan kepada hadis palsu. Ada
orang menyatakan bahawa untuk mendapat fadhilat dengan 'sebenar' ialah
hendaklah berpuasa 3 bulan berturut-turut iaitu Rejab, Syaaban dan
Ramadhan. Anggapan seumpama ini juga adalah tidak benar.
Nabi
sendiri tidak pernah berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan
Ramadhan. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a
menyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami
menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering
berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka
(tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa
sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat
baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya
di bulan Syaaban."
Usamah bin Zaid pula menceritakan; "Saya telah bertanya kepada Rasulullah saw, wahai Rasulullah saya tidak pernah menyaksikan banyaknya puasa tuan pada lain-lain bulan seperti di bulan Syaaban", lalu Baginda menjawab, "Itulah bulan (Syaaban) di mana ramai manusia lalai mengenainya iaitu di antara bulan Rejab dan Ramadan, ini adalah bulan di mana segala amalan diangkat kepada Tuhan Pemilik Sekalian Alam. Oleh itu saya (Baginda) amat suka kiranya amalan saya diangkat ketika saya sedang berpuasa.'' (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Nas'aei).
Manakala
hadis yang sering-kali diwar-warkan apabila datangnya bulan Rejab
iaitu... “Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan
umatku”, adalah hadis munkar dan kebanyakan ulama' menyatakan bahawa ia
adalah hadis palsu. Justeru, ia tidak sepatutnya disebarkan kerana ia
tidak datang daripada nabi sebaliknya ia adalah hadis palsu yang direka.
Kesimpulannya,
banyakkanlah ibadat pada bulan Rejab sama ada berpuasa, bersedekah,
berzikir dan sebagainya.... namun ganjaran dan pahalanya terserah pada
Allah... sekiranya ibadah-ibadah tersebut dilakukan dengan penuh
keikhlasan, maka sudah tentu akan mendapat ganjaran yang banyak daripada
Allah.
I found lots of interesting information here. The post was professionally written and I feel like the author has extensive knowledge in this subject.
ReplyDeleteassalammualaikum....
ReplyDeletesoalan saya...adakah bulan rejab kita diharamkan/tak dibenarkan berpindah rumah
Boleh pindah rumah di bulan rejab, tiada larangan
ReplyDelete