Sunday, May 19, 2013

Kekeliruan Mengenai Industri Kewangan Islam





Terus terang saya katakan, kenyataan Ustaz  itu, tidak up-to-date kerana tidak mengambil kira fakta sebenar industri kewangan (latest updates) dan tidak disokong dengan ilmu perancangan kewangan yang luas. For a layman yang tak tahu apa apa pasal industri kewangan dan financial planning, memang boleh percaya sahaja apa yang cuba disampaikan. But to someone yang professionally-trained in financial planning, saya bukannya mudah untuk dikelentong dengan maklumat yang tidak disampaikan sepenuhnya (hidden facts).

KOMEN:

ADAKAH SEMUA PROFESSIONALLY-TRAINED IN FINANCIAL PLANNING BEGITU?
DON’T BE A STEREOTYPING PERSON.



First of all, saya nak tanya - sejak bila produk kewangan boleh diislamkan? Sebab biasanya, orang masuk islam, dia perlu mengucap terlebih dahulu. Sejak bila produk kewangan pun dah pandai mengucap masuk islam? I know ini mungkin soalan bodoh, tapi cuba anda fikir logiknya apabila seseorang menyatakan produk kewangan boleh diislamkan.

Jawapan:

Produk kewangan boleh diIslamkan sejak 1400 tahun dahulu. Umpanya Jual beli dengan barang tertangguh dengan istilah Bay’ Assalam. Pada zaman Rsulullah di Madinah lagi terdapat produk ini sebelum hijrah Baginda di Madinah. Baginda mendapati amalan jual beli produk ini bertentangan dengan Muamalat Islam kerana mengandungi elemen gharar (uncertainty) di mana penjual tidak menyatakan ciri-ciri secara terperinci dari sudut masa penyerahan barang dalam jualan tersebut. Maka Rasulullah menegur dan meminta penjual memperincikan masa penyerahan barang jualan tersebut supaya ia jelas selepas pembeli membayar wang pendahuluan atau wang sepenuhnya pada masa kontrak.  Sekiranya ini dapat dilakukan elemen gharar (tak pasti) dapat dihilangkan dalam produk kewangan tersebut dan menepati Islam.

Amalan sekarang dilakukan dalam kontrak hadapan (Futures Contract) yang bercanggah dengan muamalat Islam kerana mengandungi elemen Gharar. Tetapi sekiranya dengan kaedah Assalam ia diharuskan kerana tiada unsure Gharar.

Jadi jawapannya produk kewangan boleh diIslamkan dengan kaedahnya yang tertentu (produk tak perlu mengucap 2 kalimah syahadah)sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah pada Assalam sebagai contoh.

SEBAB ITU KENA FAHAM TERLEBIH DAHULU APA YANG DILAKUKAN OLEH RASULULLAH, BARU BOLEH KOMEN…JANGAN DOK KOMEN SEMBERONO AJE TANPA ILMU!!

 

Kedua, saya nak tanya - adakah institusi kewangan islamik faham apa maksud riba? Saya mendapati institusi kewangan cuba mengelirukan orang ramai dengan menyatakan riba itu bermaksud interest. Asal sebut interest, sure haram!! Tapi, kalau istilah interest ditukar kepada istilah lain seperti profit, maka apa jua "bayaran lebih" yang dikenakan ke atas pinjaman, boleh dihalalkan.

Jawapan:

Saudara kena faham asas perbezaan diantara perbankan Islam dan konvensional adalah kontrak. Kontrak di dalam perbankan Islam adalah berasaskan kontrak jual beli manakala kontrak di dalam perbankan konvensional adalah kontrak pinjaman wang. Pemakaian term profit dalam perbankan Islam adalah kerana asas kontraknya adalah jual beli dan bukan sekadar penukaran terma dari interest kepada profit. Caj tambahan ke atas harga kos adalah keuntungan kepada penjual. Tetapi perbankan Islam tidak boleh mengenakan caj tambahan di atas kelewatan membayar ansuran pembiayaan kecuali caj pentadbiran sahaja. Walaubagaimanapun perbankan Islam dimestikan mengenakan 1% charge oleh BNM. This is directive by BNM! Why? To educate peole to pay early. This is directive!

Di dalam hal perbankan konvensional pula, interest adalah caj ke atas pinjaman maka dia adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman wang maka ia adalah riba…..iaitu riba Nasi’ ah. Caj ke atas kelewatan adalah Riba Jahilliah.

JELAS SEKALI SAUDARA MASIH TAK FAHAM APA ITU RIBA MENURUT PERSPEKTIF ISLAM!!



Sedangkan maksud sebenar riba adalah lebihan atau tambahan (al-ziyadah) yang dikenakan ke atas pinjaman. Dan sebab utama riba (bayaran lebih) ini diharamkan adalah kerana Islam memandang ianya sebagai satu penganiayaan ke atas si peminjam, yang terpaksa menanggung jumlah bayaran balik yang jauh lebih tinggi dari apa yang dipinjamnya.

Jawapan:

Betul kata saudara, riba adalah lebihan yang dikenakan ke atas pinjaman sebagaimana amalan perbankan konvensional. Perbankan Islam menggunakan kontrak jual beli barang (Sila Rujuk Buku tulisan Dr. Mukmin dalam hal ini:Sistem Kewangan Islam (Keluaran JAKIM). Beliau adalah Pensyarah UM yang tidak memegang jawatan di perbankan Islam. Saudara tentu puas hati kerana beliau tidak mempunyai sebarang kepentingan dalam perbankan untuk menghuraikan hal ini.



Kalau dulu, pinjam RM100,000, bayar balik RM220,000, RM120,000 (bayaran lebih) itu adalah riba dan satu penganiayaan kepada si peminjam. Kini, pinjam RM100,000, bayar balik RM250,000, bayaran lebih RM150,000 (jauh lebih tinggi) adalah bukan riba dan bukan satu penganiayaan. Malahan ia dihalalkan oleh Ustaz yang dibayar gaji tinggi oleh pihak bank kerana anda menjaga welfare pelabur pelabur mereka (ye lah sebagai pelabur, mereka pun nak untung juga). Riba (bayaran lebih ke atas pinjaman) pun boleh dihalalkan?

Jawapan:


Rujuk penjelasan di atas mengenai perbezaan jual beli dengan pinjaman. Ini berkaitan dengan krisis harga. Rujuk Surah Al Baqarah ayat 275-281.

KENA FAHAM ASAS PERBEZAAN ANTARA JUAL BELI DAN RIBA…SEBAB ITU ALLAH SUDAH MENERANGKAN DALAM AL-QURAN BAHAWA ORANG JAHILIYYAH MENGANGGAP BAHAWA JUAL BELI DAN RIBA ITU SAMA SAHAJA TETAPI ALLAH MENAFIKAN SEKERAS-KERASNYA DENGAN MENYATAKAN TIDAK SAMA! ALLAH MENGHALALKAN JUAL BELI DAN MENGHARAMKAN RIBA!

JANGAN JADI MACAM ORANG JAHILIYYAH YANG TAK BOLEH BEZAKAN ANTARA JUAL BELI DAN RIBA!!


 

Mungkin anda tak setuju kenapa saya tak terima argument mereka yang kata, what bank charge is merely "profits".

Cuba anda fikir sendiri. Kalau saya ada rumah bernilai RM100,000 dan nilai tersebut sudah pun disahkan oleh jurunilai berdaftar mengikut harga pasaran. Anda pun tahu nilai pasaran untuk rumah yang saya jual itu. Tapi bila anda beli rumah tersebut dari saya secara ansuran, saya cakap harga jualan saya adalah RM250,000. Ya, you heard it right, RM250,000 berdasarkan nilai pasaran 30 tahun akan datang. Rasa-rasa you, you akan tepuk tangan dan ucapkan thank you pada saya berkali kali ke, atau anda menyumpah menyumpah saya kerana mark-up harga rumah terlalu tinggi sampai lebih 2 kali ganda?

Mungkin anda rasa anda dah cukup kaya, to sedekah bayaran lebih RM150,000 for rumah bernilai RM100,000 is just nothing to you. Bagaimana pula kalau rumah itu bernilai RM200,000? Bayaran lebih RM300,000 anda sedekahkan. Kalau rumah itu RM300,000, RM450,000 anda sedekahkan sebagai bayaran lebih. Sedekah untuk welfare pelabur-pelabur bank yang sememangnya sudah kaya raya dan mampu memiliki bank islamik sendiri.

With the amount you pay to islamic bank, saya percaya everytime anda jejak kaki di bank mereka, staff mereka patut layan anda dengan carpet merah, minuman jus dan kerusi VIP.

Tapi orang yang meminjam macam anda, dilayan macam taraf third class (muka berhutang), walhal dengan bayaran lebih andalah, bank mampu bayar gaji staff mereka. Orang yang bukak akaun simpanan mudharabah lebih RM50,000 pula yang dipuja-puja, walhal anda beri beratus ribu ringgit to them.

Jawapan:

Ini berkaitan dengan etika pegawai bank yang perlu ditarbiah dan dipertingkatkan mutu perkhidmatan dari masa ke semasa. Tetapi jangan sampai kita blame yang Allah Halal dan yang Allah Haram………..Becareful!!


WHAT HAPPEN WHEN YOU CANNOT PAY ISLAMIC LOAN

Im sure you masih tertanya-tanya, so what's wrong if they charge us a little higher than conventional loan. Saya pun tak kisah istilah yang mereka guna iaitu harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal. Its clear and telus.

Betul, its clear and telus. But what happens bila anda tak mampu bayar pinjaman islamik tersebut? Have you ever ask orang yang muflis, black-listed dan harta mereka dilelong apabila menggunakan islamic loan?

Let say anda buat pinjaman RM100,000 dengan kadar 7.5% setahun untuk 30 tahun. Harga jualan bank islamik = RM 250,944. Sebulan anda bayar lebih kurang RM700 sebulan. Setahun, anda bayar RM8,400. 10 tahun anda bayar RM 84,000.

Selepas 10 tahun, anda diberhentikan kerja atau mengalami masalah kewangan dan tidak mampu bayar ansuran rumah lebih setahun. Rumah tersebut terpaksa bank lelongkan kerana sudah terlalu lama anda gagal buat bayaran. Mengikut harga pasaran, rumah tersebut dinilaikan pada harga RM160,000. Tetapi kerana rumah itu dilelong pada harga murah, ia hanya dapat dijual pada harga RM 146,000 sahaja.

Bank Islamik akan buat pengiraan berdasarkan harga jualan yang sudah ditetapkan dari awal (RM250,944), tolak semua bayaran yang anda sudah buat selama 10 tahun (RM84,000) dan harga kutipan lelong RM146,000. Oleh kerana anda gagal buat bayaran dan rumah dilelong, bank tidak akan beri anda rebet atau diskaun. Mereka caj full price.

Selepas ditolak semua bayaran, anda masih lagi berhutang kepada bank RM20,944. Mahkamah perintahkan anda bayar baki hutang pada kadar RM100 sebulan dan selagi ia tidak selesai, anda masih diblack-list dari kesemua institusi kewangan (CTOS).

Ini berbeza dengan loan konvensional di mana, apabila rumah anda dilelong, jumlah yang boleh dituntut oleh pihak bank, hanyalah setakat full settlement amount selepas 10 tahun (RM 86,655) dicampur dengan tunggakan bayaran serta interest (let say RM10,345 all in all).

Dari harga lelong RM146,000, tolak full settelement value RM 97,000, anda masih dapat untung RM 49,000 dari harga lelong tadi. Memanglah anda kini takde rumah, tapi sekurang kurangnya anda tidak ditinggalkan dalam keadaan masih berhutang dengan pihak bank. Boleh jugak mulakan hidup baru dengan menyewa dan selesaikan hutang hutang lain.

Antara kes loan islamik dan loan konvensional di atas, yang mana satu anda rasa lebih zalim? Cuba anda tanya mereka yang dilelong harta setelah guna islamik loan. Apa kata mereka?

Komen:

Bank Mana?
Kemungkinan apa yg dirujuk oleh saudara adalah berkaitan kes Affin Bank  yang pernah berlaku …tetapi ia merupakan kesilapan teknikal bukan kesilapan HUKUM. Kena beza aspek teknikal dengan aspek Hukum. Allah SWT berfirman bermaksud : Bertanyalah Orang yang mengetahui (berilmu) sekiranya engkau tidak mengetahui"….. Jangan menyatakan sesuatu yang tidak difahami dengan jelas!!


THE TRUTH ABOUT BLR

I find that ramai staff islamic bank, gemar menakut-nakutkan orang ramai dengan isu BLR. Mereka beriya iya takutkan anda kalau BLR naik bila krisis ekonomi, mampuslah anda nak bayar loan konvensional nanti. Siap bagi contoh apa yang berlaku dalam tahun 1998 lagi.

Sedangkan kalau anda tanya mereka lebih details lagi mengenai BLR, mereka tak tahu sangat pun. Yang mereka tahu, BLR tu stands for Base Lending Rate atau kadar asas untuk pinjaman.

Memang saya akui, kadar BLR akan berubah ubah dari masa ke semasa, tetapi ia tidak akan naik tak tentu pasal. Jika ia dinaikkan, tentu ada sebab di sebaliknya. Sebagai contoh, tahun 1998 kadar BLR terpaksa dinaikkan kerana masalah manipulasi matawang ringgit di pasaran luar. Bila kadar pinjaman dinaikkan, ekonomi akan jatuh kerana kurang consumption by the public and commercial sector.

Jika anda perhatikan, BLR naik pun tak lama. BNM pun tahu, kalau kadar BLR disetkan tinggi, lama-lama orang tak mampu bayar loan mereka dan suffer. Kadar pinjaman tak berbayar (non-performing loan) naik mencanak canak. Selepas 2 tahun, kadar BLR jatuh kepada 6.8%, kemudian kepada 6.4% dan akhir sekali kepada 6.0%.

Hanya apabila harga petrol dinaikkan 30 sen, harga barang mula naik, inflasi juga mula naik. To control inflasi dan harga barang yang dikawal oleh supply & demand, maka BNM naikkan kadar BLR sedikit, to reduce consumption. Reduction in consumption will affect supply di pasaran thus, stabilizing kenaikan harga barang (inflation). That is why, BLR dinaikkan from 6.0% kepada 6.75% sekarang ini.

Kadar BLR hanya akan dinaikkan atas sebab sebab tertentu. Dan ia biasanya dinaikkan tak lama. Untuk beberapa tahun sahaja. Saya percaya, anda pun boleh fikir sendiri, kalau krisis ekonomi sampai gawat, orang pun kurang purchasing power dan reduce consumption (berjiimat cermat), adakah bank nak letak kadar BLR tinggi tinggi sampai orang tak mampu bayar loan and affect their own NPL percentage? Bila ekonomi jatuhlah, bank akan beri kadar BLR murah (refer period 2001-2006), supaya interest loan pun murah dan menggalakkan orang consume lebih melalui duit pinjaman.

Orang yang dulunya ambil loan konvensional pada BLR + 0.75%, kini terpaksa bayar interest pada 7.5% setahun, macam kadar islamik loan. Staff-staff islamik loan mula promote islamic loans dan takutkan orang ramai lagi tentang BLR ini.

But, for people yang tahu pasal financial planning and are fully aware of loan market, anda akan mendapati konvensional loan sekarang sudah ditawarkan pada BLR - 0.75%. Yes, dulu ++, kini minus minus. Meaning, interest rate for loan konvensional will remain between 6% -6.5%% setahun walaupun BLR sudah dinaikkan (BLR 6.75% - 0.75%). Anda boleh refinance loan konvensional lama kepada loan baru yang menawarkan kadar lebih murah BLR minus minus, dengan FREE MOVING COST lagi, tanpa ada yuran guaman. Pindah saja loan lama kepada bank baru yang offer interest lebih murah.

Malahan ada institusi kewangan yang sanggup beri fixed rate untuk loan konvensional sepanjang tempoh pinjaman seperti di AIA Assurance, Malaysian Building Society (MBSB), Citibank,CIMB Bank dan sebagainya. Mereka boleh offer 5.75%, 5.99%, 6% fixed rate loan, dan boleh buat bayaran lebih to reduce principal amount serta withdrawal lebihan at any time lagi. Meanwhile, Islamic bank raised their existing 7.5% setahun kini kepada 7.8% - 8.2% setahun untuk islamic loan mereka.

Rasa-rasa anda mana yang lebih mahal? Loan konvensional atau loan islamik?

Komen:

Persoalan di atas adalah berkaitan dengan krisis perletakkan harga. Yang mana mahal dan yang mana murah. Produk jualan ada ketikanya murah dan ada ketikanya mahal. Perlu diingat perbankan Islam masih tertakluk dibawah perundangan Bank Negara berkenaan perletakkan harga. Kalau itu tanggapan saudara, adakah perbankan Islam akan dipersetujui oleh anda sekiranya ia lebih murah? Kalau anda setuju beerti anda bukan sahaja mengalami krisis harga dan nilai tetapi krisis memahami asas hukum perbezaan diantara jualbeli dengan pinjaman.



BENARKAH BANK ISLAMIK BERMURAH HATI BERI DISKAUN (IBRA')?

Bank Islamik menyatakan mereka bermurah hati, apabila mereka memberikan diskaun atau rebet (ibra') apabila anda melakukan early settlement (penyelesaian awal). Memang benar mereka beri rebet bila anda selesai awal, tapi adakah diskaun ini something yang unik dan istimewa, atau sekadar amalan biasa pihak bank yang dijadikan gimmick untuk islamik loan?

Dari contoh pinjaman rumah tadi, setelah membayar pinjaman rumah selama 10 tahun (total payment RM84,000), nilai full settlement untuk loan konvensional adalah RM 86,655. Anda bayar RM 84,000, hanya untuk mengurangkan baki pinjaman sebanyak RM 13,345. Ini yang orang dulu mengamuk, bayar punyalah banyak, tapi baki pinjaman baru berkurangan sikit. Kebanyakan bayaran selama ni, hangus sebagai interest (bayaran lebih) kepada bank sahaja. Ini yang banyak dijadikan modal oleh islamik bank untuk condemn sistem interest oleh bank konvensional, kononnya tak telus. Padahal, orang mengamuk sebab mereka takde knowledge about sistem pengiraan loan.

Kalau anda pakai loan islamik, setelah bayaran 10 tahun RM84,000, anda buat full settlement, bank islamik akan tolak RM 84,000 dari harga jualan RM 250,944. Baki hutang sepatutnya RM 166,944. Tetapi oleh kerana anda selesaikan pinjaman awal, maka bank islamik minta bayaran RM 86,655 sahaja lah. Lagi RM 80,289 kira diskaunlah, rebet ibra' dari bank islamik. Banyak tuh RM80,000 diskaun, mana nak dapat? Kan bank islamik bermurah hati.

Padahal, nilainya sama sahaja dengan full settlement loan konvensional. Tapi diwar-warkan seolah olah bank islamik sangat bermurah hati kasi diskaun RM80,000. Sedangkan dari sudut teknikal, apabila anda selesaikan pinjaman lebih awal, pihak bank TIDAK BERHAK UNTUK TUNTUT INTEREST / PROFIT untuk baki tempoh pinjaman. Mereka hanya berhak ke atas tempoh sebelum penyelesaian awal sahaja. Lainlah kalau early settlement RM86,655, tapi bank islamik kira bayar RM50,000 sajalah, itu baru, real diskaun.

Cuba anda bandingkan sendiri, nilai early settlement dari loan konvensional dan loan islamik? Yang mana lebih murah? Kadangkala early settlement dari islamik loan lebih tinggi sedikit dari loan konvensional kerana mereka kenakan penalti caj yang lebih tinggi. Whatever it is, untuk kepastian, cuba anda selidik sendiri dan semak betulkan ada diskaun seperti yang dinyatakan, atau sekadar GIMMICK SAHAJA?

Yang menjadi masalah sekarang, loan islamik tidak memgambil kira bayaran lebih yang anda lakukan untuk kurangkan profit yang dicaj ke atas loan anda. Ini berlaku terutamanya dalam pinjaman kereta dan pinjaman peribadi. Selagi pinjaman tidak fully-settled, apa jua bayaran lebih tidak dikira untuk kurangkan total profit. Ini berbeza dengan loan konvensional di mana anda boleh bayar lebih untuk kurangkan baki pinjaman anda. Baki pinjaman berkurangan, interest yang dikenakan juga berkurangan.



BANK ISLAMIK BERNIAGA DALAM KHIDMAT KEWANGAN

Of course, orang yang tidak puas hati dengan komen saya, akan argue perbankan islam bukan memperkenalkan skim pinjaman. Mereka buat skim pembiayaan di mana mereka menjual barang mengikut akad jual-beli. Sebab itulah mereka namakan ia sebagai profit dan profit ini dihalalkan dalam islam, sedangkan interest dalam pinjaman diharamkan.

First of all, rasa-rasa anda, bank-bank islamik ini didaftarkan sebagai syarikat developer rumah, francais kereta dan kedai barangan atau sebagai pemberi khidmat kewangan? Just becoz bank menukar istilah dari pinjaman kepada pembiayaan, tidak bermakna anda TIDAK BERHUTANG ya. Bila berhutang tetap berhutang. Dalam Islam, bila berhutang kena bayar balik. Cuma bila anda disuruh bayar balik hutang anda dalam jumlah yang lebih banyak, lebihan itu dipanggil riba (bayaran lebih).

Bank islamik bukan penjual rumah, kereta atau barangan kedai. Mereka adalah insititusi yang beri khidmat kewangan dan khidmat kewangan mereka, banyak datang dari meminjamkan duit pelabur pelabur mereka kepada orang ramai. Tak kisah bagaimana anda pusing cerita anda, a bank is never a house or a car seller.

Komen:

Anda perlu memahami BAFIA (Bank and Finance Inst. Act) terlebih dahului di mana bank adalah sebuah bank. Jadi apa yang boleh dibuat dalam kerangka perundangan Negara di bawah Bank Negara Malaysia dengan mewujudkan kontrak jual beli sebagaimana amalan perbankan Islam sekarang untuk mengelak dari amalan riba.


Yang menjadi masalah, mereka mengenakan profit yang terlalu tinggi dari modal asal barang tersebut. Apabila si penjual mengenakan profit yang terlalu tinggi, ia mirip riba juga, iaitu riba al-Fadl. Ada dalil dari Quran yang menyatakan, adalah haram bagi seseorang yang mengenakan riba (bayaran lebih) berlipat ganda.

Komen:


Riba Al-Fadl adalah pertukaran barangan ribawi yang tidak setara. Jadi di dalam kes pinjaman bank peminjam dikehendaki membayar lebih daripada apa yang dipinjamnya. Inilah yang dikatakan pertukaran barangan ribawi yang tidak sama nilainya. Dalam kes ini barangan ribawi adalah ringgit (dari bank konvensional) dengan ringgit (dari peminjam).

Manakala perbankan Islam pula berasakan kepada jual beli dimana bank adalah penjual. Pertukarannya tidak melibatkan barangan ribawi iaitu barang (Cth rumah, kenderaan) dengan wang ansuran (RM) yang dibayar oleh sipembeli (Peminjam dalam Istilah perbankan konvensional). Jadi tidak timbul langsung persoalan riba al fadhl dalam perbankan Islam.

SAUDARA KENA FAHAM APA ITU RIBA…. KENA MENGAJI BETUL-BETUL! JANGAN JADI GOLONGAN YANG BUKAN SEKADAR TAK FAHAM TAPI MENYESATKAN !





KESIMPULAN:

  1. PERLU MEMAHAMI ASAS DAN SUMBER HUKUM DALAM ISLAM
  2. PERLU MEMAHAMI ASAS PENGGUNAAN KAEDAH FEQAH DALAM MENENTUKAN HUKUM
  3. PERLU MEMAHAMI PERLAKSANAAN PERBANKAN ISLAM DI MALAYSIA DALAM KERANGKA PERUNDANGAN DAN AKTA YANG DITETAPKAN.
  4. PERLU MEMAHAMI SEDALAM-DALAMNYA PERBEZAAN DIANTARA JUALBELI DENGAN PINJAMAN.

PERSOALAN:

  1. ADAKAH KITA MENGALAMI KRISIS NILAI (KOS) ATAU KRISIS HUKUM.
  2. SEKIRANYA KRISIS HARGA ATAU NILAI JANGAN PERSALAHKAN HUKUM.
  3. PERLU MEMAHAMI TAHAP-TAHAP KEPERLUAN DALAM ISLAM SEPERTI DHARURIYYAH, HAJIYYAH DAN TAHSINIYYAH.
  4. SEKIRANYA TIDAK MEMEHAMI TAHAP-TAHAP KEPERLUAN DALAM ISLAM DI ATAS, KITA AKAN MENGALAMI KRISIS NILAI (KOS) YANG AKAN MENYEBABKAN KITA TERJERUMUS DALAM KRISIS HUKUM.

No comments:

Post a Comment