SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
PERMOHONAN FELLOWSHIP PENYELIDIK SISWAZAH (GRF)
SEMESTER PERTAMA 2013/2012
Dimaklumkan bahawa permohonan
Fellowship Penyelidik Siswazah (GRF) bagi Semester Pertama 2013/2012 dibuka.
KELAYAKAN MEMOHON
1. Permohonan adalah terbuka
kepada semua warganegara Malaysia telah ditawarkan tempat untuk mengikuti
program Master atau PhD (mod penyelidikan) di UPM.
2. Permohonan juga adalah
dibuka kepada semua pelajar UPM yang sedang mengikuti program Master atau PhD
(mod penyelidikan). Walau bagaimanapun, mereka mestilah memenuhi syarat
berikut:
i. Status pengajian adalah
“Baik”. Pelajar yang berstatus “Menangguh” atau “Probation” tidak layak untuk
memohon.
ii. Semester pengajian semasa
tidak melebihi 3 semester bagi pelajar Master dan 5 semester bagi pelajar
PhD(semasa permohonan dikemukakan).
iii. Tidak mengikuti program
siswazah UPM secara split programme
iv. Memperolehi CGPA peringkat
Bacelor 3.000 ke atas bagi Kluster Sains/Teknikal dan 3.500 bagi Kluster
Sastera/Sains Sosial
vi. Telah mendapat tawaran
Mymaster/telah mengemukakan permohonan MyMaster/MyPhD
3. Permohonan juga terbuka
kepada Pegawai Kerajaan/Swasta yang mendapat kebenaran cuti belajar tanpa Gaji.
4. Setiap permohonan hendaklah
disertakan bersama:
i. Salinan Kad
Pengenalan/Pasport
ii. Salinan surat tawaran
iii. Kertas Penerbitan (Jika
ada)
iv. Salinan surat tawaran
MyBrain 15 (MyMaster) / Salinan Permohonan My Master/MyPhD
v. Salinan keputusan
akhir/transkrip peringkat Bacelor/Master
4. Permohonan yang tidak
lengkap dan lewat tidak akan diproses dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.
TEMPOH PEMBIAYAAN
a. Program PhD : Maksimum 6
semester
b. Program Master : Maksimum 4
semester
BENTUK PEMBIAYAAN
i) Pengecualian yuran pelajaran
sahaja (ditanggung oleh UPM) jika bukan penerima MyMaster
ii) Calon yang berjaya juga
akan menerima elaun bulanan iaitu sebanyak RM1,500.00 untuk pelajar Master dan
RM1,700.00 untuk pelajar PhD.
CARA MEMOHON DAN TARIKH
TUTUP
Borang permohonan boleh dimuat
turun dari laman web Sekolah Pengajian Siswazah di
http://reg.upm.edu.my/eISO/docs/20121101103724PU-S-BR05-GS-44_14.8.2012.pdf
Semua permohonan hendaklah
dihantar ke alamat berikut tidak lewat daripada 26 Julai 2013:
Sekolah Pengajian Siswazah 2
Zon 4 Off Jalan Stadium
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
(u/p:Puan Maizatul Afzan Tajul
Ariffin)
Sebarang
pertanyaan boleh diajukan melalui telefon ke 03-89464211/4224.
No comments:
Post a Comment