Soalan: Bolehkah memberi zakat kepada orang miskin yang malas bekerja?
Jawapan:
Jumhur fuqaha' menyatakan haram memberikan zakat kepada seseorang yang sihat tubuh badan dan yang mampu bekerja. Zakat hanya boleh diberikan kepada mereka sekiranya menepati beberapa syarat iaitu:
1. Mereka sudah berusaha untuk mendapatkan kerja tetapi masih tidak memperolehnya.
2. Mereka mempunyai pekerjaan tetapi gaji yang diterima tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas
3. Mereka mampu bekerja dan memperolehnya tetapi tidak memiliki alat-alat yang diperlukan untuk bekerja seperti gerai untuk berniaga, peralatan untuk menjadi tukang kayu dan sebagainya.
Soalan: Bolehkah membei zakat kepada orang yang menentang Islam dan tidak solat?
Jawapan:
Tidak boleh memberikan zakat kepada mereka yang secara jelas menunjukkan permusuhan terhadap Islam atau yang melakukan maksiat dengan jelas sehinggakan bantuan zakat itu akan digunakan untuk perbuatan maksiat mereka. Zakat hanya boleh diberikan kepada mereka sekiranya pemberian zakat itu dijangka dapat menjinakkan hati mereka untuk meninggalkan maksiat dan kembali ke jalan hidayah.
Soalan: Bolehkah memberi zakat kepada anak yatim?
Jawapan:
Anak yatim tidak termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat, maka tidak harus memberikan zakat mepada mereka kecuali sekiranya mereka termasuk dalam asnaf lain seperti fakir miskin dan sebagainya.
kalau anak piatu, sedangkan ayahnya sebetulnya tergolong mampu, apa kita boleh memberikan sedekah padanya...
ReplyDeletesebetulnya yang wajib di sedekahi yang seperti apa?