Followers
Saturday, September 28, 2013
Wacana Fiqh Qurban
Tuesday, September 24, 2013
Konsep Wakalah Dalam Pengurusan Korban
Konsep Wakalah:
Wakalah dari segi bahasa bererti menyerahkan kuasa, pengawasan,
penjagaan dan pemeliharaan. Dari segi istilah fiqh pula ialah seseorang itu
menyerahkan sesuatu perkara ketika hidupnya kepada orang lain agar melakukannya
dalam hal-hal yang boleh diwakilkan. Hukum wakalah adalah harus berdasarkan
Al-Qur’an, sunnah dan ijma‘ ulama. Wakalah
mempunyai empat rukun iaitu:
- Muwakkil (orang yang berwakil)
- Wakil /Muwakkal (orang yang dijadikan wakil)
- Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan)
- Shighah (ijab dan qabul).
Syarat-syarat wakil dalam ibadah korban:
- Hendaklah seorang Muslim
- Hendaklah mendapat keizinan orang yang berkorban.
- Memenuhi syarat-syarat mukallaf.
Hukum upah bagi wakil:
- Ulama’ sepakat mengatakan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh mengambil bahagian daripada sembelihan korban sebagai upah kerana terdapat larangan yang keras daripada Nabi SAW di dalam hadis Sayyidina Ali: “Rasulullah telah memerintahkanku supaya mengorbankan untanya (iaitu ketika hari Nahar), dan supaya aku membahagikan kulitnya dan anggota badannya, dan supaya tidak memberikan kepada penyembelih sesuatu daripadanya”. (Muttafaqun Alaih).
- Oleh itu, boleh disimpulkan bahawa wakil atau penyembelih tidak boleh menetapkan bahagian daripada binatang korban itu sebagai upahnya.
- Jika hendak memberi upah hendaklah menggunakan peruntukkan lain selian dari daging korban. Ali r.a berkata: “Nabi s.a.w pernah menyuruhku menyempurnakan seekor unta milik Baginda kemudian menyedekahkan daging, kulit dan apa yang menutupi belakang unta-unta itu (seperti pelana dan seumpamanya) serta aku juga tidak memberi apa pun kepada tukang sembelih tersebut. Dia berkata: Kami memberinya dengan harta kami sendiri”. (riwayat Muslim di dalam Sahihnya)
- Hujjah lain, pada dasarnya upah untuk ibadah adalah diharuskan seperti upah haji dan umrah. Adapun ibadah-ibadah yang tidak memerlukan belanja dan usaha yang keras maka tidak diharuskan padanya sebarang upah.
- Larangan dijadikan upah sebahagian daripada daging Korban adalah kerana daging daripada penyembelihan korban adalah bertujuan untuk ibadah korban dan kebajikan. Dengan itu ia tidak boleh dijadikan balasan/upah kepada kerja (pengurusan penyembelihan).
Kaedah Kaedah Wakalah di dalam Ibadah Korban:
- Wakalah berbentuk penyerahan binatang korban:Penyerahan binatang korban kepada wakil haruslah melalui pernyataan yang jelas dalam jenis korbannya samaada sunat atau wajib dan urusan yang diserahkannya samada menyembelih saja atau juga membahagikan dagingnya kepada pihak ketiga. Oleh kerana itu harus ada shighah yang jelas antara orang yang berkorban dengan wakil tersebut dan kedua-dua pihak harus memenuhi rukun-rukun wakalah iaitu Muwakkil (orang yang berwakil), Muwakkal (orang yang dijadikan wakil), Muwakkal fihi (sesuatu yang diwakilkan) dan Shighah (ijab dan qabul )
- أركانها اربعة موكل ووكيل وموكل فيه وصيغة ويكفى فيها اللفظ من أحدهما وعدم الرد من الأخر كقول الموكل وكلتك بكذا او فوضته إليك ولو بمكاتبة او مراسلة (الباجورى جزء 1 ص : 296 )
Wakalah berbentuk penyerahan wang:
Dengan cara ini
urusan ibadah korban dapat dilakukan dengan mudah. Melalui cara ini orang yang
ingin melakukan ibadat korban akan menyerahkan sejumlah wang yang sama nilai
dengan sebahagian atau seekor binatang korban kepada wakil. Wakil tersebut akan
menguruskan segala urusan ibadah korban bagi pihaknya. Dalam hal ini menurut
pandangan ulama hukumnya adalah harus.
Penjelasan tentang keharusan wakalah
melalui penyerahan wang dijelaskan dalam kitab I’anah al-Talibin:
للصواب: في فتاوي العلامة الشيخ محمد بن سليمان
الكردي محشي شرح ابن حجر على المختصر ما نصه: (سئل) رحمه الله تعالى: جرت عادة أهل
بلد جاوى على توكيل من يشتري لهم النعم في مكة للعقيقة أو الأضحية ويذبحه في مكة،
والحال أن من يعق أو يضحي عنه في بلد جاوى فهل يصح ذلك أو لا؟ أفتونا. (الجواب)
نعم، يصح ذلك، ويجوز التوكيل في شراء الأضحية والعقيقة وفي ذبحها، ولو ببلد غير
بلد المضحي والعاق كما أطلقوه فقد صرح أئمتنا بجواز توكيل من تحل ذبيحته في ذبح
الأضحية، وصرحوا بجواز التوكيل أو الوصية في شراء النعم وذبحها، وأنه يستحب حضور
المضحي أضحيته. ولا يجب. وألحقوا
العقيقة في الاحكام بالأضحية، إلا ما استثني، وليس هذا مما استثنوه، فيكون حكمه
حكم الأضحية في ذلك. وبينوا تفاريع هذه المسألة في كل من باب الوكالة والإجارة فراجعه.
Dalam kitab Fatawa Syeikh Sulaiman al-Kurdi
Muhasyyi Syarah Ibni Hajar ‘ala al Mukhtashar terdapat suatu pertanyaan: Beliau
telah ditanya:
“Telah berlaku
kebiasaan penduduk Jawi mewakilkan kepada seseorang agar membelikan haiwan
ternakan untuk mereka di Makkah sebagai aqiqah atau korban dan agar
menyembelihnya di Makkah, sementara orang yang melakukan ibadat tersebut berada
di Jawa. Apakah hal demikian itu sah atau tidak? Mohon diberikan fatwa. Jawabannya
“Ya, demikian itu sah. Diperbolehkan mewakilkan dalam pembelian binatang korban
dan aqiqah dan juga penyembelihnya sekalipun tidak dilaksanakan di negara orang
yang berqorban atau beraqiqah itu.”..
Di antara kesilapan yang biasa berlaku ialah tidak dinyatakan akad
perwakilan (wakalah) ketika mengambil tempahan. Tidak juga dibezakan antara
wakalah secara mutlak ataupun secara khusus. Perwakilan secara khusus berlaku
apabila mereka yang melakukan ibadat korban mewakilkan seseorang tukang
sembelih yang dikenalpasti untuk melakukan penyembelihan, di samping ditentukan
haiwan sembelihan. Bagi wakil yang akan mewakili pihak ketiga untuk menguruskan
ibadah korban terutamanya di luar negara, perlu dinyatakan dengan jelas
perwakilan adalah secara mutlak.
Wakalah Bersama Dengan Upah (wakalah bi al-ajr)
Apabilah wakalah disertakan dengan upah, hukumnya bertukar kepada
ijarah, iaitu upah kepada sesuatu pekerjaan. Ini dianggap sebagai aqad mu‘awadah
seperti jual beli. Di antara kesan fiqh ialah ia berubah daripada kontrak yang
tidak mengikat (non binding/ghair lazim) kepada kontrak yang mengikat
(binding/lazim), dengan erti kata pembatalannya mestilah dengan
persetujuan kedua dua pihak (muwakkil dan wakil). Jumlah upah juga mestilah
diketahui kerana gharar (ketidaktentuan) di di dalam aqad mu‘awadah membatalkan
kontrak. Sebagai contoh, sekiranya disebut harga kambing seekor RM500, perlu
dijelaskan berapa upah kepada wakil yang akan melakukan kerja penyembelihan dan
pengurusan ibadah korban. Diantara kesilapan yang kerap berlaku ialah tidak
disebut berapa upah.
Di antara alternatif adalah seperti berikut:
- Bagi mereka yang mengutip wang penyertaan ibadah Korban, kemudian mewakilkan pihak lain, dan mengambil upah, perlu dinyatakan jumlah upah. Contohnya Harga kambing RM450, upah RM50.
- Menganggarkan/menentukan nilai seekor kambing atau 1/7 lembu, contohnya RM500, baki diberikan kepada masjid/badan kebajikan/sekolah agama/rumah anak yatim dll. Contoh: “Saya bayar duit RM500 ini untuk sebahagian lembu korban, yang selebihnya/baki adalah untuk masjid.”
Tuesday, September 10, 2013
Ibadah Korban di Bangladesh
IBADAH
KORBAN/AQIQAH DI BANGLADESH & KEMBOJA
Lembu:RM250/Bahagian.
Saudara-saudara Islam kita
di Kemboja & Bangladesh hidup dalam keadaan yang dhaif dan menyedihkan.
Mereka amat memerlukan sumbangan dan bantuan daripada masyarakat yang prihatin
dan masyarakat yang menghayati konsep persaudaraan di dalam Islam. Menyedari
hakikat ini, AKADEMI IMAM SYAFI’E(AIS) di atas nama KEBAJIKAN mengambil
inisiatif untuk mengerakkan Misi Pendidikan dan Kemanusiaan Umat Islam bagi
menyempurnakan tanggungjawab terhadap saudara seagama yang sedang berada dalam
kesusahan. Diantara aktiviti misi ini ialah menguruskan pelaksanaan ibadah
korban/ aqiqah, bantuan elaun kepada Dai’e/ Guru/ Guru-guru al-Quran, Tajaan
pelajar dan pembinaan Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e di Kg Keh, Wilayah Kampot,
Kemboja; Pembinaan Wisma Imam Syafi’e di Pesantren Wirausaha, Aceh Temiang.
Pihak AIS telah menguruskan pelaksanaan Ibadah Korban dan
Aqiqah di Kemboja sejak tahun 1430H. Pada tahun 1433H yang lalu AIS telah
diamanahkan untuk melaksanakan ibadah korban dan aqiqah bagi sejumlah 213 ekor
lembu dan 80 ekor kambing. Program Korban & Aqiqah tersebut telah
dilaksanakan di 25 pusat terpilih di Wilayah Kampot, Wilayah Kg Som,Wilayah Koh
Kong, Phnom Penh,Wilayah Kg Cham dan Wilayah Prey Veng.
Penyertaan ini datang
daripada individu di Malaysia, Qatar, UAE, Oman, Arab Saudi dan juga penyertaan
melalui pertubuhan/organisasi yang bekerjasama dengan AIS seperti Badan
Kebajikan Kakitangan Islam BNM, Kelab Sukan dan Rekreasi Kumpulan PNB-Biro
Endah, JAKKAS-MIDA, BAKKIS-RHB, Wargakerja Asian Finance Bank, Warga Kerja
TECHNIP, Wargakerja EXXON MOBIL, Wargakerja TNBF, Surau ar-Raudhah Nusa Subang
dan lain lain.
Menjadi
amalan Akademi Imam Syafi’e sebarang lebihan dari kos belian ternakan dan kos
pelaksanaan ibadah korban/aqiqah, akan disalurkan kepada Tabung Pembinaan/Operasi
Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan Tabung Misi Pendidikan dan Kemanusiaan
Umat Islam seliaan AIS. Lebihan kos bagi tahun 1433H yang lalu, telah
menyumbang kepada sebahagian daripada kos pembinaan bangunan tambahan di
Kompleks Pendidikan Imam Syafi’e dan menampung sebahagian daripada perbelanjaan
operasi/aktiviti misi pendidikan dan kemanusiaan dibawah seliaan AIS. Pada
tahun ini, jika terdapat sebarang lebihan ia juga akan disalurkan untuk tujuan
yang sama.
PROGRAM KORBAN/AQIQAH KEMBOJA & BANGLADESH.
“Idul Adha adalah hari yang
sangat ditunggu-tunggu oleh mereka dan disambut dengan begitu meriah. Perayaan
ini merupakan peluang untuk mereka menikmati juadah istimewa iaitu
daging-daging lembu atau kambing yang disembelih sebagai ibadah korban/aqiqah. Kegembiraan
jelas terpancar di wajah mereka dengan kehadiran ‘Idul Adha.
Bagi menjiwai suasana tersebut,
AIS menggalakkan para peserta ibadah korban dan aqiqah 1434H untuk turut serta
ke sana bagi meraikan ‘Idul Adha bersama-sama saudara seIslam di sana serta
menyelami kehidupan yang mereka lalui.
Selain dapat mengembirakan
saudara seIslam dengan daging-daging dari pelaksanaan ibadah korban/aqiqah ini,
AIS juga berusaha menyesuaikan bantuan “one-off” ini agar dapat dikembangkan untuk
membantu strategi pembangunan
jangkapanjang terutamanya melalui perancangan pembangunan pendidikan.
Penyesuaian ini dirangka agar ianya dapat membantu membangunkan mereka melalui penguasaan
ilmu pengetahuan.
Sokongan dan bantuan ini bakal
membantu mereka untuk bangkit sebagai Muslim yang mempunyai jatidiri serta
mampu memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain.
BORANG WAKALAH IBADAH KORBAN / AQIQAH
Saya
...........................................................................................
(nama), mewakilkan kepada Akademi
Imam Syafi’e untuk menguruskan pelaksanaan ibadah korban / aqiqah sebanyak
............... bahagian lembu/ekor kambing dengan bayaran RM ............….....
(harga & kos pelaksanaan) bagi pihak
saya dan/atau penama-penama dibawah. Saya juga bersetuju untuk menyumbang
lebihan harga & kos pelaksanaan -(jika ada)- untuk pembinaan/operasi/ aktiviti
pendidikan seliaan Akademi Imam Syafi’e.
1
|
4
|
||
2
|
5
|
||
3
|
6
|
||
7
|
*** Bersama ini
disertakan wang tunai/cek bernombor……………..……../ wang dimasukkan dalam akaun Maybank
Islamic (553083023763 ) atas nama AKADEMI IMAM SYAFI’E-DANA KEMBOJA
sebanyak RM……………. untuk tindakan pihak tuan.
Tandatangan
|
………………………………………………………
|
Tarikh
|
………………………………………………………
|
No. Tel/ HP
|
………………………………………………………
|
Alamat
|
………………………………………………………
|
E-mail
|
………………………………………………………
|
………………………………………………………
|
Bagi tujuan rekod dan penyelarasan, sila maklumkan setiap penyertaan korban/aqiqah
yang dibuat melalui; E-Mel: akademimamsyafie@gmail.com / SMS ke:
012-2942574/Fax/ E-Mel: AJK di atas. Sila
pastikan Tuan/Puan mendapat jawapan penyertaan daripada kami.
Subscribe to:
Posts (Atom)