Followers

Monday, October 21, 2013

Laporan Ibadah Qurban di Bangladesh 2013 / 1434 H




Pada tanggal 10 Zulhijjah bersamaan 15 Oktober 2013, rombongan AJK Akademi Imam Syafie (AIS) seramai 3 orang telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk misi kemanusiaan dan ibadah qurban. Menaiki pesawat Malindo pada jam 6.55 petang dan penerbangan mengambil masa selama lebih kurang 3 jam setengah, lalu sampai di Dhaka sekitar jam 8.40 malam (waktu Bangladesh)







Setelah keluar dari airport Dhaka, wakil AIS di Bangladesh sudah siap menunggu untuk meneruskan perjalanan ke Laxmipur, Rajshahi yang mengambil masa lebih kurang 6 jam dengan menaiki van. Rombongan AIS sampai di Rajshahi lebih kurang pukul 4.30 pagi. Rombongan AIS menumpang tidur di rumah Dr. Arif, seorang pensyarah veterinar di Universiti Rajshahi. Tak sempat untuk melelapkan mata, kerana waktu solat subuh sudah hampir iaiatu pada pukul 5 pagi. Selesai solat Subuh, diadakan sedikit perbincangan dengan Dr Arif untuk pelaksanaan ibadah korban di 35 tempat. AIS membawa amanah untuk melaksanakan ibadah qurban sebanyak 100 ekor lembu dan 5 ekor kambing di Bangladesh.










Tepat pukul 8, solat iduladha ditunaikan bersama dengan jamaah di masjid Fatah yang masih dalam pembinaan. Hari raya iduladha disambut pada hari Rabu bersamaan 16 Oktober di Bangladesh. Seusai solat hari raya, ibadah qurban mula dilaksanakan di beberapa tempat di Rajshahi sehingga lewat petang. 





Kembali ke rumah Dr Arif dan sempat berehat pada malamnya. Keletihan amat terasa sehingga tidak sempat untuk dinner, terus tidur sehingga ke pukul 4 pagi. Selepas subuh, perjalanan ibadah qurban diteruskan dan antara tempat yang sempat dilawati ialah sebuah perkampungan di Biana yang mengambil masa 2 jam setengah perjalanan dari Laxmipur dengan menaiki van.






Sambutan penduduk kampung amat menggalakkan. Jelas kelihatan kegembiraan di wajah penduduk yang menyambut kehadiran AJK AIS. Keletihan tidak terasa apabila melihat wajah-wajah umat Islam di situ yang begitu gembira dengan daging korban yang dapat diagihkan kepada mereka. Rombongan sempat meninjau kedaifan rumah-rumah di sekitar perkampungan ini. 













Selepas menunaikan solat jamak dan qasar, rombongan berpatah balik ke Rajshahi dengan singgah di beberapa tempat yang dilaksanakan ibadah qurban. Perbincangan dengan Dr Arif diadakan di rumahnya dengan beberapa rakan NGO Bangladesh yang lain untuk meneruskan kerjasama dari sudut misi pendidikan dan kemanusiaan, terutamanya pembinaan sekolah dan madrasah untuk memenuhi keperluan umat Islam di sana.







Rombongan Akademi Imam Syafie bertolak balik ke Malaysia pada pukul 9.30 malam dan sampai di Kuala Lumpur pada pukul 3.30 pagi (waktu Malaysia) pada 19 Oktober 2013.


1 comment:

  1. Terasa nak ke sana juga nak menikmati pengalaman sebegini.

    ReplyDelete